Johor Bahru - Manohara Odelia Pinot menyahut cabaran yang mengatakan beliau tidak
bercakap benar dengan membuat aduan polis terhadap istana Kelantan, termasuk Sultan dan Raja Perempuan.
Dalam laporan Polisnya, beliau mengatakan dia telah diculik dan dicederakan oleh orang yang 'berada' di Istana Kelantan.Peguamnya Hotman Paris Hutapea dipetik berkata, Manohara juga melaporkan beberapa nama individu yang didakwa melarikannya dari Jeddah pada Mac lalu.
Selepas laporan Polis itu Manohara kemudian dibawa untuk pemeriksaan perubatan yang rapi bersama pegawai penyiasat polis selepas aduan itu, kata Hotman Paris lagi.
Mengulas lanjut kes anak guamnya itu, Hotman Paris berkata Manohara akan meminta bantuan polis Indonesia untuk bekerjasama dengan Interpol untuk menyelesaikan siasatan.
"Juga kerjasama dengan Polis Diraja Malaysia untuk menyelesaikan masalah ini. Begitupun dengan Dubes (duta besar) di Malaysia agar memfasilitasi (memudahkan)," kata seorang lagi peguam wanita itu, Warsito Sanyoto.
bercakap benar dengan membuat aduan polis terhadap istana Kelantan, termasuk Sultan dan Raja Perempuan.Dalam laporan Polisnya, beliau mengatakan dia telah diculik dan dicederakan oleh orang yang 'berada' di Istana Kelantan.Peguamnya Hotman Paris Hutapea dipetik berkata, Manohara juga melaporkan beberapa nama individu yang didakwa melarikannya dari Jeddah pada Mac lalu.
Selepas laporan Polis itu Manohara kemudian dibawa untuk pemeriksaan perubatan yang rapi bersama pegawai penyiasat polis selepas aduan itu, kata Hotman Paris lagi.
Mengulas lanjut kes anak guamnya itu, Hotman Paris berkata Manohara akan meminta bantuan polis Indonesia untuk bekerjasama dengan Interpol untuk menyelesaikan siasatan.
"Juga kerjasama dengan Polis Diraja Malaysia untuk menyelesaikan masalah ini. Begitupun dengan Dubes (duta besar) di Malaysia agar memfasilitasi (memudahkan)," kata seorang lagi peguam wanita itu, Warsito Sanyoto.


No comments:
Post a Comment