Thursday, June 11, 2009

Samy Mahu Bersatu Dengan Semua Parti Kaum India

PUTRAJAYA - Datuk Seri Samy Vellu mencetuskan satu idea baru lantaran dari isu Kerajaan perpaduan diantara UMNO dan PAS. Katanya Samy, langkah itu bukan bertujuan untuk bergabung dengan mereka tetapi bekerjasama dengan parti itu untuk jangka panjang demi kebaikan bersama.


Beliau berkata parti-parti lain akan mengekalkan struktur dan kebebasan masing-masing dan menurutnya MIC telah mengadakan perbincangan seumpama itu dengan parti-parti berkenaan di masa lalu tetapi tiada komitmen daripada mereka pada masa itu.


Bagi tujuan itu, Samy Vellu berkata beliau akan menulis surat kepada semua parti kaum India dalam waktu terdekat mengenai tawarannya untuk menyatukan masyarakat India.


Beliau juga mengumumkan ibu pejabat MIC akan membenarkan bekas atau anggota yang dipecat untuk merayu bagi menjadi anggota parti dan menurutnya rayuan mereka akan diteliti bagi memastikan mereka ikhlas untuk menyertai semula MIC.


Bekas Menteri Kerja Raya itu berkata MIC tidak akan 'mengambil' anggota parti politik lain tetapi jika mereka berminat menyertai parti itu, pintu terbuka untuk mereka.


"Cawangan MIC yang tidak lagi beroperasi atau telah ditutup juga akan dibuka semula dan diperkuatkan dengan pemimpin baru, dengan syarat mendapat kelulusan Pendaftar Pertubuhan," katanya.


No comments:

Post a Comment