SHAH ALAM - Parti Islam se-Malaysia (PAS) yang telah mendapat kerusi terbanyaknya ( DUN Dan Parlimen pada PRU-12 ) selepas berganding dan mendapat suntikan daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas pemimpin itu dibebaskan dari penjara berazam terus meluaskan kuasa politiknya di Sarawak.Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Md. Isa berkata, parti itu akan melaksanakan beberapa pendekatan sebagai 'kejutan' apabila bertanding dalam pilihan raya di Sarawak tidak lama lagi.
Tanpa mendedahkan apa pendekatan tersebut, beliau berkata, langkah itu merupakan antara perkara yang diputuskan dalam mesyuarat kepimpinan tertinggi parti tersebut, baru-baru ini.
''Masuk pilihan raya di Sarawak bukan perkara baru bagi Pas, kita dah bertanding beberapa kali di negeri itu antaranya ialah di Batang Sadong.
''Kita ada berapa pendekatan untuk dilaksanakan, tapi saya tidak mahu sebut sekarang, kita akan 'uji' di Sarawak bila ada pilihan raya," katanya .
''Kita akan kumpulkan tenaga melibatkan kepimpinan ulama, Pemuda dan Muslimat Pas untuk kuatkan parti ini di Sarawak. Kita tahu bukan mudah, tapi kita akan cuba kerana prinsip kita jika bertanding adalah untuk mencapai kemenangan," jelas beliau.


No comments:
Post a Comment