NEW YORK – Seorang pemilik kedai berjaya menghalang percubaan seorang pencuri dengan bertindak memberikan penjenayah terbabit wang sebanyak AS$40 (RM144) dan sebuku roti.Video yang disiarkan semalam dalam laman web www.newsday.com menunjukkan, seorang lelaki memasuki kedai berkenaan di Shirley, Long Island pada 21 Mei lalu dan mengugut meminta wang.
Namun pemilik kedai, Mohammad Sohail bertindak pantas mengacukan senapang patahnya kepada pencuri itu. “Dia melutut minta maaf dan memberitahu saya, dia tidak ada wang, pekerjaan dan keluarganya kelaparan.
“Saya berasa kasihan kepadanya dan memberikannya wang. Saya tidak merancang untuk mendakwa penjenayah terbabit,’’ kata Sohail


No comments:
Post a Comment