Monday, June 1, 2009

Penanti - Apa Kata Muhyiddin

PUTRAJAYA - Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata peratusan undi yang merosot itu adalah bukti jelas bahawa rakyat telah mula bosan dengan dakyah PKR selain boleh ditafsirkan sebagai tanda protes pengundi yang sudah jelak dengan permainan politik pembangkang.

Katanya rakyat secara tidak langsung telah menyuarakan isi hati mereka terhadap pilihan raya kecil berkenaan yang hanya membuang masa dan membazirkan wang.

"Peratusan 46 peratus tak pernah berlaku dalam mana-mana sejarah pilihan raya. Ini bukti bahawa pengundi di Penanti memang bosan dengan apa yang dilakukan oleh PKR," katanya.

Timbalan Perdana Menteri berkata, ketiadaan calon daripada Barisan Nasional seharusnya memberikan majoriti undi yang lebih besar terhadap calon PKR, namun keadaan sebaliknya berlaku, sekaligus menandakan kekuatan BN masih dirasai.

"PKR pun cakap besar. Sepatutnya tak ada calon dari BN mereka boleh dapat peratus lebih besar tapi jelas terbukti tidak begitu. Jadi maknanya kekuatan BN ada di situ cuma kita tak masuk bertanding sahaja," katanya.

No comments:

Post a Comment