Johor Bahru - Bekas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo sepantas kilat mengulas kemenangan PKR di DUN Penanti. Beliau yang dianggap "hanya bertemankan wartawan dan blog' itu, seperti biasa akan menghentam PKR yang berjaya memalukan beliau pada PRU-12. Namun begitu demi memenuhi naluri Khir, Johor Daily memberi raung kepadanya.Khir berkata "Hari ini mereka mahu halang bas keluar pula kononnya hendak halang pengundi yang sah dari keluar kawasan pilihanraya. Mereka menentukan peraturan, mereka membuat keputusan dan mereka melaksanakan penguatkuasaan.
"Namun apabila diperhatikan polemik dan politik PKR dan parti-parti sekutunya sejak menang beberapa negeri sehingga sekarang ini, kenyataan paling sesuai bagi cara mereka mentadbir dan berpolitik ialah 'politik bogeyman'," tulis Dr Mohd Khir dalam blognya .
Katanya, mereka menjadikan BN dan Umno sebagai boogeyman atas apa sahaja mala petaka, nasib malang dan kegagalan mereka, mahupun sesiapa sahaja yang boleh mengundi.
"Kempen mereka, kenyataan mereka dan ceramah mereka meletakkan apa sahaja kesalahan atau kekurangan atas BN. "Jika kita masih ingat suatu ketika dahulu, masalah jerebu juga salah pemimpin BN yang kononnya membiarkan maksiat berleluasa.
"Sudah tentu idea tersebut tidak lagi digunakan sekarang. Ceramah dan hasutan mereka dalam bentuk baru tetapi hantunya atau boogeyman tetap BN.
"Jika ada orang kena bunuh pun, maka mereka mencari pemimpin BN untuk dijadikan boogeymannya. Jika ada jalan berlopak pun mereka menunjuk jari kepada pemimpin BN
"Malah jika ada anak gagal mendapat tempat di institut pengajian tinggi yang mereka mahu juga salah pemimpin BN," tulis Dr Mohd . "Saya andaikan politik boogeyman ini mungkin ada sedikit sinar dalam beberapa tahun akan datang sebelum rakyat mulai meluat dan menyampah.


No comments:
Post a Comment