Tuesday, June 2, 2009

Ringgit masih Tidak Menentu Atas Faktor Politik

KUALA LUMPUR - Ringgit mengukuh berbanding dolar AS ketika ditutup hari ini dengan dolar AS berhadapan dengan tekanan jualan secara keseluruhannya, kata para peniaga. Pada pukul 5 petang, ringgit naik berbanding dolar AS kepada 3.4700/4730 daripada penutup Jumaat 3.4940/4990.


Seorang peniaga berkata dolar AS lemah di semua pasaran, sekali gus menyediakan kelebihan kepada mata wang lain secara umumnya di seluruh dunia, termasuk ringgit. Ringgit bergerak antara 3.4700 dan 3.4870 hari ini. Akhir sekali ketika ia mencaratkan paras tinggi baru ialah pada 3.46 pada 2 Jan tahun ini.


Pada penutup, ringgit diniagakan rendah berbanding mata wang utama yang lain. Berbanding dolar Singapura, mata wang tempatan mengukuh kepada 2.4117/4163 daripada 2.4158/4226 Jumaat lepas tetapi merosot berbanding yen Jepun kepada 3.6723/6759 daripada 3.6241/6308 sebelumnya.


Ringgit juga lemah berbanding euro pada 4.9357/9407 daripada 4.9010/9091 Jumaat lepas dan lebih rendah berbanding pound Britain kepada 5.6832/6895 daripada 5.6187/6285 sebelumnya.


No comments:

Post a Comment