KUALA LUMPUR - Pemimpin kontrversi MIC Datuk Seri S. Samy Vellu berkata beliau akan mengumumkan tidak lama lagi sama ada akan menyokong mana-mana calon atau sebaliknya dalam pemilihan parti 12 Sept."Saya sudah pun menetapkan fikiran dan akan beritahu anda semua tidak lama lagi," katanya kepada pemberita sebelum merasmikan konvensyen kepimpinan pelajar di Universiti Malaya di sini.
"Sabelum ini saya sangkakan semua calon yang berhasrat bertanding dapat duduk dan berbincang mengenai siapa yang patut bertanding jawatan mana, tetapi nampaknya semua orang membuat pengumuman mengenai jawatan yang mereka ingin tandingi," katanya.
"Semua orang bebas untuk bertanding tetapi saya juga perlu beritahu mengenai pendirian saya," katanya tanpa menyebut bila beliau akan berbuat demikian.
Sebelum ini, Samy Vellu berkata beliau tidak akan menyokong sesiapa pun untuk mana-mana jawatan, sebaliknya akan membenarkan satu pertandingan yang "bebas untuk semua". Bagaimanapun, beliau menegaskan beliau tidak dapat meramalkan apakah pendiriannya di masa depan.
Bekas timbalan presiden Datuk S. Subramaniam dan naib presiden semasa Datuk S. Sothinathan mengumumkan hasrat mereka untuk bertanding jawatan timbalan presiden manakala penyandang Datuk G. Palanivel masih belum mengumumkan pendiriannya.
Seorang lagi bakal pesaing bagi jawatan itu ialah Menteri Sumber Manusia dan setiausaha agung parti Datuk Dr S. Subramaniam.
Menurut sumber parti Samy Vellu lebih menyukai pertembungan satu lawan satu bagi jawatan nombor 2 untuk memastikan parti terus bersatu. Mereka merasakan Samy Vellu bimbang sekiranya berlaku pertandingan tiga atau empat penjuru, ia akan memecahbelahkan parti memandangkan akan wujud tiga atau empat puak.


No comments:
Post a Comment