Thursday, June 4, 2009

SPR Masih Kebinggunan Untuk Bantu BN

Johor Bahru - Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, maklum balas menyeluruh di Penanti dengan kerjasama parti politik memperlihatkan pelaksanaan itu membantu pilihan raya berjalan dengan tenang dan aman manakala pengundi tidak menghadapi sebarang tekanan.


Beliau berharap permulaan seperti itu dalam pilihan raya kecil akan turut diadakan di Manek Urai walaupun dalam keadaan senario politik dan kempen berbeza apabila Barisan Nasional (BN) akan bertanding menghadapi Pas dalam persaingan yang dijangka sengit dan 'serius'.


Di Manek Urai pada hari pengundian kelak, melalui Sub Sekyen 26 (1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954, buat pertama kalinya juga, kenderaan-kenderaan parti yang digunakan bagi khidmat mengangkut pengundi ke pusat pengundian akan ditentukan dengan penggunaan pelekat khas.


Katanya, semua kenderaan tidak lagi dibenarkan menggunakan logo dan lambang parti masing-masing dan hanya kenderaan berpelekat contohnya warna biru bagi Barisan Nasional, hijau (Pas), oren (bebas) akan dibenarkan memasuki laluan ke pusat pengundian, menurun dan mengambil pengundi di lokasi yang ditentukan.


Johor Daily mendapati setiap kali pilihanraya ada sahaja pertukaran undang-undang atau peraturan bagi menyelamatkan Barisan Nasional. Johor Daily percaya akan ada perubahan lain sebelum hari mengundi.


No comments:

Post a Comment