Monday, June 8, 2009

Umno Tagihkan Kerajaan Perpaduan Cadangan Hadi

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjelaskan, beliau bersikap terbuka terhadap konsep kerajaan perpaduan yang dikemukakan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.


Najib yang mengerti bahawa partinya iaitu UMNO kini sudah hilang keyakinan dari kaum melayu itu sendiri. Malah bangsa lain seperti cina dan india telah menolak parti itu pada PRU-12 dan pilihanraya kecil yang lepas.


Sambil mengucapkan terima kasih kepada Abdul Hadi kerana mengemukakan konsep itu, Najib berkata, beliau bagaimanapun belum mempunyai kefahaman yang jelas mengenainya.


Sehubungan itu, Najib menyerahkan kepada pihak Abdul Hadi untuk menjelaskan apa yang dimaksudkan dengan kerajaan perpaduan tersebut.


"Saya ucap terima kasih kepada Presiden Pas yang telah mengutarakan kerajaan perpaduan, saya tidak tahu lagi apa yang dimaksudkannya. "Jadi saya bersikap terbuka dalam hal ini, terpulang kepada pihak Abdul Hadi untuk menggambarkan apa yang dimaksudkan," katanya .


Abdul Hadi dalam sidang akhbar selepas menyampaikan ucapan dasar pada Muktamar Tahunan Pas Ke-55 di Stadium Malawati, kelmarin, mempertahankan ideanya mengenai pembentukan kerajaan perpaduan melalui kerjasama dengan semua pihak termasuk UMNO bagi menyelesaikan masalah negara.


Mengenai kesediaan Pas berunding dengan UMNO untuk menjayakan kerajaan perpaduan, Perdana Menteri menjelaskan, beliau tidak mempunyai kuasa untuk memutuskannya secara bersendirian.


Katanya, ia merupakan satu perkara yang amat besar dan perlu dibincangkan di peringkat pemimpin tertinggi UMNO dan Barisan Nasional (BN).


"Ini bukan satu keputusan yang saya boleh buat sendiri kerana ia satu keputusan yang amat besar dan mesti diterima oleh pimpinan atasan UMNO dan BN," tegasnya.


No comments:

Post a Comment