Monday, June 15, 2009

Ketua AMK Johor Cadang Had Umur 30 Tahun

Teman-teman mengadu bahang sungguh sekarang ini. Cuaca siang-malam hangat, AMK juga hangat dan PKR sememang menjadi perhatian warga dunia.

Saya kecewa kerana teman-teman yang berusia lebih 35 tahun tidak lagi boleh aktif sebagai penjawat AMK jika pindaan terbaru yang diluluskan dan tiada perubahan. Sebagai parti yang berusia 8 tahun, rasanya ada rakan-rakan baru setahun dua beraktif dalam PKR. Mungkin berjinak-jawatan dalam AMK agak bersesuaian.

Pada kongres khas yang lepas, terdapat rakan AMK yang tidak bersetuju usia dihadkan pada 35 tahun. Pelbagai fakta dibincang untuk menolak keputusan itu. Saya pula, sudah melangkau 41 tahun, setuju boleh tak setuju pun boleh. Anggap sahaja saya setuju had itu 35 tahun , kerana 70% telah bersetuju pada pengundian tersebut.

Bila saya melihat rencana perniagaan dan kerjaya di televisyen dan majalah perniagaan, di Malaysia dan dunia telah ramai pada usia 30'an telah mencipta nama sebagai pemimpin dan pengarah yang hebat. Malah ada yang telah menjadi Billionair.

Di padang bolasepak, usia 35 tahun boleh dianggap veteran. Di padang golf, 35 tahun dianggap begitu muda dan permulaan baik untuk berjinak sebagai pemain professional sukan itu. Di bidang perniagaan, 35 tahun adalah langkah sesuai dan karisma penting untuk menceburi bidang koperat dan antarabangsa.

Nama pun Angkatan Muda Keadilan (AMK). Jika usia 38 dipanggil 'anak muda' , tentu isteri dan anak-anak sendiri akan tergelak. Jika tidak keberatan saya nak minta Datuk Seri Anwar Ibrahim tukar kepada 30 tahun sahaja. Usia 31 tahun keatas tidak lagi berada atau bergelar 'anak muda'.

Alasan saya, usia 31 tahun uban biasanya dah lebih 20 helai, 'hero' sepatutnya duduk sebaris dengan pimpinan bangsa dan dunia. Jika di UMNO, barisannya pemudanya besar-besar dan buncit-bucit. Kereta dan rumah banglow menyusuk kalbu. Ada usia 60 tahun masih jadi pemimpin belia.

Zabidie Abas
http://amkj.blogspot.com

Pendikar Amin Halau Pendikar Perak

Kuala Lumpur - Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin hari ini menjadi 'Pendikar Perak ' di sidang parlimen. Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengarahkan Nizar dan 6 MP lain keluar dewan . Amin berbuat demikian atas dakwaan "berkelakuan kasar".

Sejurus selepas mengangkat sumpah sebagai anggota baru parlimen bagi Bukit Gantang Nizar terus melaungkan "hidup rakyat, bubar DUN".

Menteri Besar Pakatan Rakyat itu diperintah meninggalkan Dewan Rakyat bersama enam lagi ahli parlimen pembangkang.

Mereka bertujuh turut digantung daripada menghadiri sidang dewan selama dua hari. Selain Mohammad Nizar, mereka yang mengalami nasib yang sama: Datuk Ngeh Khoo Ham (DAP-Beruas), Nga Kor Ming (DAP-Taiping), Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena), Dr Hatta Ramali (PAS-Kuala Krai), Dr Dzulkefly Ahmad (PAS-Kuala Selangor) dan N Gobalakrishnan (PKR-Padang Serai).

Mohammad Nizar bersama Nga dan Ngeh - kedua-duanya bekas exco kerajaan Pakatan Perak - antara pemimpin yang paling aktif dan lantang menuntut dikembalikan kerajaan yang mereka pernah kuasai sejak Mac tahun lalu.

Zaid Ibrahim Dilantik MPT

Kajang - Bekas menteri di jabatan perdana menteri, Datuk Zaid Ibrahim secara rasminya menyertai PKR sabtu lepas.

Ketika mengumumkan perkara itu, ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Zaid akan dilantik menganggotai Majlis Kepimpinan Tertinggi (MPT) parti itu. Bercakap dalam satu sidang akhbar di Bangi hari ini, Anwar berkata, Zaid juga akan dilantik sebagai anggota biro politik PKR.


Anwar juga menyifatkan penyertaan Zaid itu sebagai satu penghormatan kepada PKR. Zaid, tambahnya merupakan seorang yang serius mempertahankan hak asasi dan kebebasan badan kehakiman di Malaysia.


Anwar yang juga ketua pembangkang, turut menganggap penyertaan Zaid itu sebagai satu langkah positif kepada PKR dalam usaha untuk mengukuhkan hubungan dalam Pakatan Rakyat.


Kemasukkan Zaid ke PKR tidak mengejutkan kerana sebelum ini belaiu telah kelihata dibeberapa majlis Pakatan Rakyat dan PKR.



Durian Runtuh Di Manek Urai

Kuala Krai - "Saya yakin pengundi Manek Urai akan memilih dengan penuh bijaksana walaupun di kalangan penyokong Pas atau atas pagar, apabila menyedari hakikat bahawa selama ini segala pembangunan yang ada merupakan jasa bakti serta khidmat budi kerajaan yang bertanggungjawab," kata Datuk Ahmad Maslan.

Pembangunan itu, katanya, dilaksanakan oleh pelbagai agensi Kerajaan Persekutuan termasuk Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar), Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP), Jabatan Pelajaran, Jabatan Kesihatan, Jabatan Kerja Raya (JKR), Felcra, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Risda, Mara dan Jabatan Pertanian.


Ketika berada di Kampung Budi awal minggu lepas, Ahmad bersama-sama 120 penduduk kampung, termasuk penyokong Pas dan UMNO, mengadakan program gotong-royong membersihkan jalan dan kawasan perkuburan.


"Saya sendiri potong rumput guna mesin hampir sejam sehingga selesai majlis. Pada sebelah malam saya menginap di rumah Saudara Sulaimi di Kampung Karangan Manek Urai.


"Saya juga menziarah 11 buah rumah penduduk yang tua, sakit dan daif di sekitar peti undi Manjor dan Manek Urai Lama,'' jelas Ahmad.


Johor Daily merasakan kemewahan yang bakal diterima oleh pengundi Manek Urai. Lagi banyak bendera PAS berkibar, lagi banyak habuan yang diterima oleh pengundi. Jangan biarkan pemimpin UMNO datang dan pulang di Manek Urai dengan tangan kosong. Habiskan harta rakyat Malaysia yang diambil secara haram sebelum ini.


Apa juga alasan mereka turun padang, ianya hanya mainan lumrah BN-Umno disetiap pilihanraya.


Cheng Guan Enggan Tinggalkan Gerakan & BN

BUKIT MERTAJAM – Selepas menyatakan hasrat keluar parti bulan lalu, Naib Presiden Gerakan, Huan Cheng Guan hari ini mengumumkan keputusannya untuk terus kekal dalam parti itu.

Sehubungan itu, katanya, beliau akan menjawab surat tunjuk sebab bertarikh 1 Jun lalu berhubung tindakannya mengkritik kepimpinan parti baru-baru ini.


‘‘Saya sudah mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan ahli-ahli di akar umbi dan mereka mahu saya terus kekal dalam parti. Pandangan sama juga diberikan oleh pemimpin parti di negeri-negeri lain.


‘‘Maka saya sudah ambil keputusan untuk terus kekal dan menyumbang kepada parti,” katanya pada sidang akhbar yang turut dihadiri sebahagian besar pemimpin bahagian dan cawangan Gerakan sekitar Seberang Perai .


Cheng Guan sebelum ini secara terbuka mengkritik kepimpinan Pengerusi Gerakan negeri, Teng Hock Nan ekoran pelantikan penyelaras di beberapa bahagian di Seberang Perai yang disifatkannya membelakangkan suara akar umbi.


MP Shah Alam Minta Maaf

SHAH ALAM - Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abd. Samad mengakui beliau tidak menyemak dan meneliti semula usul yang meminta supaya pertubuhan Sister In Islam (SIS) diharamkan jika bertentangan dengan syariat Islam.

Beliau berkata, usul daripada Dewan Muslimat Pas Shah Alam itu tidak bermaksud untuk menghukum pertubuhan tersebut seperti yang dicatatkan dan usul itu kemudiannya diluluskan tanpa bahas semasa Muktamar Tahunan Pas Ke-55 di sini, minggu lalu.


Khalid menjelaskan, Dewan Muslimat sebenarnya mahu menyatakan pandangan SIS sepatutnya diselidik mengikut syariat Islam termasuk diadakan perbincangan dan perdebatan mengenai sesuatu isu yang diperjuangkan oleh pertubuhan tersebut.


Usul itu mencetuskan kontroversi kerana terdapat ungkapan iaitu mencadangkan agar Majlis Fatwa Kebangsaan membuat penyelidikan ke atas SIS yang didakwa membawa aliran Islam liberal dan mengharamkannya jika terbukti bertentangan dengan syariat Islam.


''Usul ini asalnya dibangkitkan semasa mesyuarat Dewan Muslimat pada 12 April dan kesilapan ungkapan itu saya sedari semasa ia dinyatakan pada mesyuarat Ahli Jawatankuasa (AJK) Pas kawasan pada 23 April lalu dan meminta ayat tersebut dipinda tetapi ia tidak berlaku seperti itu.


''Silap saya kerana tidak menyemak semula versi akhir usul yang dihantar ke AJK Pas Pusat dan hanya menyedari kesilapan tersebut apabila ia diluluskan tanpa bahas pada hari akhir muktamar tersebut,'' katanya.


MAS - ' Menang Sorak Kampung Tergadai'

PETALING JAYA - Malaysian Airline System Bhd (MAS) mencatat kerugian pada suku pertama yang berakhir pada 31 Mac 2009 berdasarkan tiga faktor - lebihan kapasiti, turun naik bahan bakar yang luar biasa serta kelembapan global yang menjejaskan permintaan penumpang dan kargo.

MAS mencatatkan kerugian operasi sebanyak RM138 juta bagi suku pertama 2009 berbanding keuntungan bersih sebanyak RM120.06 juta dalam tempoh yang sama pada suku yang lepas.

"MAS mencatatkan kerugian operasi suku pertama 2009 sebanyak RM138 juta, kerugian operasi pertama bagi syarikat penerbangan itu sejak suku ketiga 2006, kata Pengarah Urusan/ Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Datuk Seri Idris Jala.

MAS juga mencatat kerugian dalam lindung nilai bahan bakar berjumlah RM557 juta.

Pendapatan turun kepada RM2.7 bilion ketika ia berdepan dengan kemelesetan global paling buruk dalam tempoh 70 tahun dengan faktor tempat duduk jatuh 13.1 mata peratusan, katanya.

Idris berkata MAS bagaimanapun masih mempunyai kecairan kukuh dengan baki tunai RM3.8 bilion hasil daripada penjimatannya.

"Penjimatan kos sejak tiga tahun lepas sebanyak RM2 bilion. "Sehingga ini kami secara proaktif mengurangkan kapasiti sebanyak 11 peratus pada 2009 dan melaksanakan kawalan ketat ke atas kos dan pelaburan," katanya.

Selain itu, MAS juga mengguna pakai pendekatan jualan yang agresif, terutama menerusi Internet, katanya yang menambah, tumpuan pada 2009 ialah untuk meneruskan inisiatif tambahan yang kompetitif bagi merangsang permintaan.


"Ini menyediakan komuniti kewangan dengan ketelusan terhadap keputusan kewangan, membolekan mereka menilai MAS dan saingannya. "Banyak syarikat penerbangan sudah menggunakan standard perakaunan yang sama," katanya.

Berdasarkan FRS 139, jumlah lindung nilai bahan bakar ke pasaran (MTM) yang tidak tercapai, tukaran asing dan kadar faedah yang tidak dimasukkan dalam lembarangan imbangan, diperakui dalam lembaran imbangan, katanya.

Idris bagaimanapun berkata bahan bakar MTM yang tidak tercapai merupakan aturan lindung nilai bahan bakar adalah mengikut kontrak bagi tempoh tiga tahun hingga 2011.

"Dengan andaian ia kekal sama, MAS secara potensinya memperoleh keuntungan lindung nilai sebanyak RM1.1 bilion pada suku kedua 2009 berdasarkan harga bahan bakar pada AS$66 setong pada 29 Mei, 2009.

Johor Daily dapati Singapore Airline (SIA) yang mengendalikan penerebangan yang hampir sama banyak dengan MAS tidak mengalami rugi sebesar MAS. Rakyat malaysia sudah lali dengan penipuan MAS sejak abad lepas. Tiada siapa peduli jika penipuan angka dan pakta berlaku lagi.

MAS yang acapkali menerima anugerah, MAS hanya mementingkan pujian dan piala. Ini yang dikatakan ' menang sorak kampung tergadai '. Perlunya Idris pergi ke SIA dan kursus 3 hingga 6 bulan disana bagi memperlajari selok belok menguruskan syarikat penerbangan.


Jangan Buat Spekulasi - Polis

KUALA LUMPUR - Polis meminta orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kematian mengejut seorang lelaki A.Ganana Prakasom ketika ditahan di lokap Balai Polis Damansara .

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Arjunaidi Mohamed berkata polis sedang menunggu laporan bedah siasat dari Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) bagi mengetahui punca sebenar kematian lelaki itu.

"Hasil siasatan awal, didapati tiada 'foul play'...walau bagaimanapun kita kena tunggu (laporan) 'post mortem' yang dijalankan untuk mengetahui punca sebenar kematian," katanya lagi.

Ganana, 53, ditahan reman sejak empat hari lepas bagi membantu siasatan kes pecah rumah di Sungai Buloh, ditemui mati dalam tandas lokap balai itu kira-kira jam 8 pagi ini oleh anggota yang bertugas.

Arjunaidi berkata, mangsa ditemui dalam keadaan terbaring dan sudah meninggal dunia, bagaimanapun siasatan awal mendapati tiada terdapat sebarang kecederaan pada badan suspek.

Anwar Tidak Ada Perasaan , Kata Hishammuddin

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mengambil kira sensitiviti dan perasaan seluruh rakyat pelbagai kaum dan agama apabila membuat kenyataan berhubung isu Setiausaha

Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata apa yang disebut oleh Anwar amat dikesali kerana beliau seolah-olah mahu melupakan sejarah, penderitaan dan pengorbanan anggota keselamatan serta mereka yang telah terkorban.

"Isu ini telah didebatkan di media massa dan pelbagai pihak telah tampil memberi pandangan dengan menolak sebarang usaha untuk membawa balik Chin Peng ke negara ini," katanya dalam satu kenyataan akhbar berhubung isu Chin Peng hari ini.

Hishammuddin berkata pejuang yang mempertahankan anak bangsa dan kemerdekaan negara sudah pasti kecewa serta terkilan dengan perkembangan terbaru berhubung isu ini apabila Anwar membuat kenyataan yang terlalu bertentangan dengan kehendak rakyat.

"Anwar perlu sedar bahawa tindakannya bukan sahaja tidak disenangi tetapi telah mengundang kemarahan pelbagai pihak," katanya.

Semalam, Anwar mahu kerajaan menimbang kembali usaha membawa Chin Peng untuk menghabiskan hari-hari terakhirnya di negara ini. Permintaan itu wajar dibenarkan atas alasan negara sudah berdamai dengan kerajaan komunis China, kata Anwar.

Saturday, June 13, 2009

Anwar Memulakan Kongras Khas PKR Dengan Kehangatan

Kajang - Sebentar tadi, Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat datuk Seri Anwar Ibrahim telah merasmikan Kongres Khas parti itu selepas Presiden PKR iaitu Datin Seri Wan Azizah menyampaikan kata alu-aluan. Johor Daily dilaporkan sehingga 10.30 pagi tadi kehadiran mencecah 1,009 perwakilan dan 330 orang pemerhati.

Dalam ucapan pembukaan Anwar menyentuh mengenai had umur calon yang layak bertanding sebagai ketua pemuda iaitu maksimum 35 tahun. Beliau berharap ianya diterima oleh ahli parti kerana bagi pendapat beliau usia 40 tahun sebenarnya seseorang pemimpin itu sudah layak menerajui kepimpinan utama. Anwar mengambil contoh dibeberapa negara luar sebagai panduan.

Belaiu juga menyentuh mengenai isu sensasi iaitu Parti Komunis Malaya (PKM). Anwar menegaskan bahawa bekas anggota PKM itu selayaknya dimaafkan kerana pada pandangan beliau pada masa lampau (zaman penjajahan) banyak negera termasuk Indonesia menerima nasib serupa dengan Malaysia, iaitu menjadi mangsa kekejaman PKM itu. Tegas beliau negara lain telah mengambil sikap 'bermurah hati'.

Ketika ini setiap perwakilan negeri sedang membahasa usul pindaan perlembagaan parti itu. Johor Daily dimaklumkan pengunaan nama 'cabang' , 'ranting' dn had umur 35 tahun mungkin menjadi 'panas' pada sesi perbahasan. Johor diwakili oleh Srd. Nazri ( AMK ) dan Sdr. Zaaba ( PPN ).

22hb. Jun 2009

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 22 Jun untuk mendengar permohonan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim , meminta pihak pendakwaan menyerahkan semua dokumen berkaitan kes liwatnya. Peguam Anwar, Sankara Nair berkata kes itu akan didengar oleh Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah.

Rabu lepas, Anwar memfailkan satu notis usul memohon perintah mahkamah supaya pendakwa raya membekalkan segala dokumen dan bahan bukti sebelum perbicaraan kes liwatnya bermula pada 1 Julai. Walaupun peguam Anwar meminta bahan-bahan kes seawal tahun lalu, Pendakwa Raya masih belum menyerahkan rakaman asal kamera litar tertutup (CCTV) yang diambil di beberapa lokasi di tempat kejadian itu di sebuah kondominium di Bukit Damansara dari 25 hingga 27 Jun 2008, sampel DNA, dan kenyataan daripada saksi termasuk pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Anwar memohon kepada mahkamah melepas dan membebaskan beliau dengan segera daripada pertuduhan itu atau menggantung perbicaraan jika pendakwa raya tidak mematuhi perintah mahkamah itu untuk membekalnnya dengan dokumen berkenaan.

Anwar Mula Naik Angin Dengan Blogger Ahli PKR

Kuala Lumpur - Malam tadi Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengadakan perjumpaan dengan pimpinan Parti Keadilan Rakyat di Kuala Lumpur. Pada sesi perjumpaan pra-kongres khas itu Ketua Umum PKR itu Anwar telah memberi penerangan singkat mengenai pindaan perlembagaan yang akan berlansung hari ini.

Dalam ucapannya itu juga Anwar menegur ahli dan pimpinan PKR yang kerapkali mengeluarkan teguran, arikel dan kenyetaan media yang menyentuh ahli pimpinan secara terbuka. Anwar melahirkan rasa dukacitanya tentang displin buruk yang berlaku kepada parti itu.

Anwar yang tidak menentuh mana-mana individu dan blog mana yang dimaksudkan pada sesi penerangan tersebut. Namun dengan tegas Anwar berharap pekara yang sedemikan tidak berlaku lagi pada masa akan datang.

Menyentuh mengenai perubahan beberapa nama dalam perjawatan dan perlembagaan parti itu, Anwar berkata, ianya penting bagi menyusuri peredaran zaman dunia politik tanahair. Belaiu juga menyentuh mengenai asasir Umno yang memberi tekanan kepada PKR dan Pakatan Rakyat.

Tengku Adnan Muskil Dengan PAS

Putrajaya - Setiausaha Agung Barisan Nasional, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor tidak yakin dengan cadangan Pas untuk membentuk kerajaan perpaduan seperti dizahirkan oleh Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Malah, katanya, BN masih ragu-ragu dan sangsi dengan idea kewujudan kerajaan perpaduan itu memandangkan Pas pernah mengadakan perbincangan berhubung perkara sama sebelum ini.


''Saya tak yakin, BN tak perlu yakin dan terlalu yakin kerana mereka nak cari kuasa untuk kepentingan diri, bukannya nak bantu rakyat atau bangunkan negara.


''Dahulu semasa saya jadi Setiausaha Kerja UMNO dan Tun Khalil Yaakob sebagai Setiausaha Agung, beliau telah bertemu dengan pihak Pas tetapi selepas bertemu tak ada apa-apa pun, jadi kita masih ragu dan sangsi dengan apa yang mereka maksudkan," katanya.


Tengku Adnan turut menyifatkan isu tersebut sebagai permainan pakatan pembangkang untuk menutup keretakan hubungan mereka yang diibaratkan retak menanti belah. ''Bila sudah mula retak, nak sorokkanlah. Sebenarnya mereka tak mampu menguruskan negeri jadi keluar macam-macam helah sehingga Pas sendiri berpuak-puak," katanya.

Beliau turut mengesahkan bahawa tidak ada wakil daripada Pas yang datang menemui pemimpin tertinggi UMNO untuk membincangkan cadangan pembentukan kerajaan perpaduan.


Mat Sabu Minta Seminggu Untuk Fikirkan

Tuai padi antara masak,

nanti jangan layu-layuan,

intailah aku sementara nampak,

nanti jangan rindu-rinduan,"


Itulah ucapan penangguhan Mohamad Sabu pada Muktamar PAS minggu lalu. Mat Sabu yang merupakan bekas Naib Presiden Pas memberikan alasan beliau memerlukan tempoh seminggu untuk berfikir sebelum membuat keputusan."Saya akan ambil masa seminggu untuk terima atau tidak.


"Buat masa ini saya tidak kata sudi atau tak, saya nak bincang, nak fikir dan nak tengok perkembangan," katanya .


Menjawab soalan, Mohamad berkata, pendirian itu tidak bermakna beliau merajuk selepas tewas kepada penyandang jawatan Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa.

"Dalam kamus perjuangan saya, tidak pernah wujud istilah berkecil hati. Ini bukan kekalahan pertama, sebelum ini saya pernah tewas jawatan Ketua Dewan Pemuda serta Naib Presiden, namun banyak kali juga saya menang," tegasnya.


Mengenai pelantikan Jawatankuasa Pas Pusat tambahan semalam, Mohamad berkata, ia adalah hak Abdul Hadi. "Pelantikan itu adalah bersesuaian dengan (kehendak) Presiden, mereka adalah pasukan yang baik," katanya.


Ibrahim Ali Makin Rapat Dengan UMNO

Kuala Lumpur - Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali berkata, walaupun bertanggungjawab kepada semua kaum, Najib tetap mahu agenda orang Melayu diberikan perhatian utama.

"Kita mengalu-alukan dan amat senang hati apabila Perdana Menteri menyebut konsep 1Malaysia tetap bertunjangkan kepada Perlembagaan Negara, ini asasnya. Sebagai Perdana Menteri yang menunaikan kewajipan kepada semua kaum rakyat Malaysia, agenda Melayu tetap dekat di hatinya (Najib)," katanya.


Menurut Ibrahim, perbincangan tersebut juga menyentuh isu-isu berkaitan liberalisasi yang turut akan menjaga kepentingan orang Melayu dan bumiputera.


Antaranya, jelas beliau, Perdana Menteri mahu pengambilan bilangan pelajar Universiti Teknologi Mara ditambah kepada 200,000 orang bagi melahirkan lebih ramai profesional Melayu. Selain itu, tambahnya, Majlis Amanah Rakyat diberi suntikan sebanyak RM550 juta untuk program-program pembangunan orang Melayu dan bumiputera.


Sehubungan itu, Ibrahim memberitahu, Perkasa akan terus memainkan peranan sebagai 'mata dan telinga' kepada orang Melayu dalam menjelaskan pelaksanaan konsep 1Malaysia dan liberalisasi kerana ramai yang masih keliru.


Katanya, Perkasa akan mengadakan sesi penerangan bergerak ke seluruh negara untuk memberi maklumat kepada rakyat di peringkat akar umbi mengenainya. Ia dijadual bermula pada 21 Jun ini di Negeri Sembilan diikuti Wilayah Persekutuan, Johor, Perak, Selangor dan negeri-negeri lain termasuk Sabah serta Sarawak.

Minggu lepas Ibrahim berkata, dalam masa terdekat beliau akan menyatakan pendiriannya mengaenai parti politik mana akan disertai. Mungkin juga Pari Makkal Sakti Malaysia atau Gerakkan !



Karpal Gesa Hadi Minta Maaf

PULAU PINANG - Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang perlu meminta maaf kepada DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) kerana mencadangkan perbincangan isu kerajaan perpaduan dengan Umno kerana jelas ia tidak jujur, kata Pengerusi DAP Karpal Singh.

"Hadi Awang telah memalukan pakatan pembangkang dan selepas ini beliau kena berfikir dua kali sebelum bercakap," katanya .

Katanya Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga Mursyidul Am PAS dalam nada penuh emosi dan marah dipetik sebagai berkata bahawa pemimpin ini mahu merosakkan parti itu.

Katanya DAP juga tidak membiarkan walaupun Abdul Hadi yang mencadangkan perbincangan kerajaan perpaduan dengan Umno baru-baru ini. Tan Sri Khalid Abdullah pula membidas Nik Abdul Aziz kerana menyifatkan anggota parti itu yang mempertahan cadangan Hadi untuk membentuk kerajaan perpaduan sebagai "boneka UMNO."

"Sebagai seorang muslim yang baik, beliau sepatutnya bercakap benda yang baik dan lebih baik mendiamkan diri jika nak cakap benda buruk," katanya kepada Bernama semasa dihubungi.

Khalid berkata idea mewujudkan kerajaan perpaduan antara UMNO dan Pas adalah perkara baik selaras dengan kehendak Islam. "Islam tidak pernah menggalakkan umatnya berpecah belah malah menyuruh mereka bersatupadu. Agama mesti didahulukan, bukannya parti," kata Khalid.

Johor Daily mendapati Utusan Malaysia berjaya memaikan isu ini dengan baik sebagai ejan rasi Umno. Semalam Hadi enggan menjawab soalan dari wartawan dan beliau hanya akan menjawab jika ada pemimpin Pakatan Rakyat yang mahukan penjelasan mengenai Kerajaan Perpaduan.

Namun Johor Daily mendapati isu ini berjaya mempopualar Hadi dan disudahi dengan persepakatan Pakatan Rakyat. Mungkin Utusan malaysia tersilap lagi dalam memainkan isu ini untuk melemahkan Pakatan Rakyat.

Friday, June 12, 2009

Manohara : Apa Kesudahan Dakwaannya ?

Johor Bahru - Johor Daily mempunyai citarasa sama dengan rakyat Maysia juga Indonesia yang menyaksikan kes Manohara didakwa didera oleh kerabat sultan Kelantan. Ketika ini kedua-dua kerajaan iaitu Pemerintah Indonesia dan Kerajaan Malaysia mengambil sikap tunggu dan lihat.

Johor Daily berpendapat, pekara ini tidak perlu diperbesarkan lagi kerana ia melibatkan airmuka istana kelantan dan populariti bekas model itu sendiri. Adalah elok jika Perdana Penteri atau Menteri Luar mengubungi rakan sejawat untuk menyelesaikan pekara ini secara rundingan.

Adakah dakwaan itu benar atau tidak, kes ini perlu ada jalan penyelesaian terbaik kerana sekarang ini telah melibatkan 'image' kerajaan Malaysia dan institusi kesultanan.

Sikap membisu Perdana menteri itu amat mendukacitakan kerana pekara ini telah dimainkan oleh media Indonesia dengan meluas. Perlunya pihak Kedutaan Malaysia di Indonesia memanggil bekas model itu dan berbincang apa sebenarnya yang berlaku dan apa tujuan pekara ini dimainkan begitu meluas. Mungkin juga bentuk ugutan untuk mendapat habuan yang besar.

Jika pekara ini sudah sampai ke Mahkamah, sudah tentu 'si-pengadu' mahukan habuan lebih besar jika mahu kes ini ditutup . Manohara mendakwa, bukti telah ada. Persoalannya mengapa kes berprofil ini dibiarkan berlarutan.

Adakah Datuk Seri Najib razak mahu menjadi hero dipengujung skesta ini ? Johor Daily percaya ada pihak akan mendabik dada nanti.

Harapan Zabidie Pada Kongres Khas PKR

Esok akan tercipta sejarah bagi Parti Keadilan Rakyat. Satu Kongres Khas akan berlangsung di Kajang. Saya pasti semua pendokong PKR mengetahui akan stuasi ini.

Pekara penting yang akan dibincangkan mengenai perlembagaan parti dan penstrukturan serta nama perjawatan dipelbagai peringkat. Parti yang bertuankan rakyat ini sudah pasti menerima pandangan akar umbi bagi memantapkan gagasan parti untuk lebih gemilang.

Saya berharap perwakilan AMK Johor sudah membuat persediaan mental dan sikap keterbukaan dalam kongras khas ini nanti. Saya seperti pimpinan PKR lain juga berharap cetusan baru akan tercipta esok demi mengukuhkan parti ulung ini lebih ampuh untuk berlayar dengan penuh kegagahan.

Harapan saya tidak berlaku 'rumah siap tukul berbunyi' selepas kongres khas ini menutup tirainya. Saya yang memegang amanah untuk menentukan perwakilan AMK Johor dan perkara yang ingin dibahaskan, amat mengalu-alukan segala pandangan dan cetusan dari saudara/i sekelian.

Selamat berkongres kepada semua dokongan dan penjawat PKR.

Zabidi Abas
Ketua Angkatan Muda Keadilan Johor
http://amkj.blogspot.com
.

BACALAH PETIKAN DI BAWAH UNTUK MENGETAHUI SISTEM KEHAKIMAN KERAJAAN UMNO/BN: SEMAKIN BAIK ATAU BURUK ?

Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak, Datuk Sri Nizar Jamaluddin tidak dapat memfailkan rayuan kepada mahkamah persekutuan untuk menyemak balik keputusan mahkamah rayuan, mengisthiarkan Zambry Kadir dari UMNO sebagai menteri besar Perak.

Datuk Seri Nizar tidak dapat mengemukakan rayuan itu kerana sehingga sekarang ketiga-tiga hakim Mahkamah Rayuan belum mengemukakan hujahan bertulis mengenai keputusan berkenaan.


Tiga hakim berkenaan ialah Datuk Md Raus Sharif, Datuk Wira Abu Samah Nordin dan Datuk Sulong Matjeraie. Hakim Md Raus sebelum ini pernah berjanji untuk memberikan alasan kehakiman bertulis kepada peguam Datuk Sri Nizar dalam masa 7 hari.


Tapi 2 minggu sudah berlalu dan peguam Datuk Seri Nizar masih belum menerima hujahan bertulis dari 3 hakim berkenaan. Exco Kerajaan Negeri Perak, Ngar Kor Ming ketika dihubungi Tv Antara melahirkan rasa kesal dengan perkembangan itu.


“Kita amat kecewa sekali sehingga hari ini, telah lebih 2 minggu peguamcara Datuk Seri Nizar masih belum terima daripada Mahkamah Rayuan demi membela kewibawaan institusi kehakiman. Saya memohon kepada Ketua Hakim Tun Mohd Zaki supaya mengarahkan arahan kepada Mahkamah Rayuan sediakan alasan kehakiman yang betrtulis dengan segera. Kerana tempoh 20 hari untuk memfailkan rayuan sudah semakin dekat tanpa alasan kehakiman ia akan menyulitkan Datuk Sri Nizar untuk kemukakan isu rayuan diperingkat Mahkamah Persekutuan.” Ujar Ngar.


Pada 11 Mei lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan Datuk Sri Nizar adalah menteri besar Perak yang sah.


Hakim Abdul Aziz Abdul Rahim memutuskan bahawa Nizar tidak pernah mengosongkan jawatan itu dan justeru itu terus menjadi menteri besar yan sah. Panel hakim Mahkamah Rayuan bagaimanapun membuat keputusan sebaliknya, dan menyanggah hujah bertulis Abdul Aziz.


Tiga hakim berkenaan mengambil masa hanya 5 minit untuk mengumumkan keputusan yang memihak kepada Zambry, tanpa disokong oleh hujah bertulis. Ngar berkata seluruh proses bersabit krisis perak di Mahkamah Rayuan menimbulkan persoalan mengenai kewibawaan institusi kehakiman.


“Ini adalah satu perkara yang amat aneh sekali kerana apabila Barisan Nasional membuat permohonan kita dapati Mahkamah Rayuan cepat dan cekap membuat keputusan seperti pergantungan perlaksanaan penghakiman. Bermakna Yang Arif Ramli Ali membuat keputusan dalam tempoh beberapa jam sahaja untuk menggantung keputusan hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Tapi bila pakatan rakyat membuat rayuan sehingga hari ini tiada apa- apa berita.” Tambahnya lagi.


Datuk Sri Nizar kini hanya boleh merayu kepada Mahkamah Persekutuan sebagai ruang perundangan terakhir bagi mengatasi krisis politik negeri Perak yang berpanjangan sejak awal Febuari lalu.


Jika disahkan sebagai menteri besar Perak, beliau bertekad untuk memohon istana Perak membubarkan dewan undangan negeri bagi membolehkan pilihanaya negeri diadakan semula.


OLEH : PENGANALISIS BEBAS

http://anwaribrahimblog.com/2009/06/11/ambush-prosecution-a-repeat-of-1998-trial/#comments


Sultan Azlan Minta Rakyat Taat Agong

Ipoh - Sultan Perak, Sultan Azlan Shah menegaskan, perkara yang termaktub dalam kedua-dua perlembagaan itu adalah persetujuan yang dicapai secara bersama ketika kemerdekaan negara sedang dirundingkan.

Titah baginda, ia dicapai dalam semangat memberi dan menerima serta memahami dan menghormati di kalangan pemimpin yang mewakili kepentingan pelbagai kaum.''Persetujuan tersebut telah dicapai di antara pemimpin pelbagai kaum, kerajaan Inggeris dan juga Raja-raja Melayu.


''Oleh itu, apa juga gerakan yang dicetuskan untuk mempertikaikan perkara ini, bukan sahaja melanggar peruntukan asas di dalam Perlembagaan Negara dan Perlembagaan Negeri malah mempertikaikan kedaulatan Yang di-Pertuan Agong begitu juga kedaulatan Raja-Raja Melayu," titahnya.


Sultan Azlan Shah turut memberi peringatan kepada para pemimpin negara bahawa mereka mempunyai tanggung jawab politik dan tanggung jawab kenegaraan.

''Pemimpin di negara ini mempunyai tanggungjawab politik dan kenegaraan untuk menghormati asas-asas yang menjadi tunjang kedaulatan sebuah negara merdeka dan asas-asas yang menjadi akar kepada hubungan kaum yang harmonis iaitu asas-asas yang dipersetujui ketika negara menggubal Perlembagaan Merdeka,'' titah baginda.


Titah Sultan Azlan, penyimpangan daripada semangat asal yang dicapai itu tentunya akan mencetuskan kegelisahan dan mengheret negara kepada keadaan ketidaktentuan.


Pada masa sama, titah baginda, asas-asas persetujuan tersebut jangan sama sekali disalahgunakan di peringkat pelaksanaan sehingga ada kaum yang merasakan diri mereka tertindas.


''Selaras dengan peranan takhta sebagai sumber keadilan, adalah juga menjadi tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong dan Raja Pemerintah di setiap negeri memastikan bahawa kepentingan-kepentingan kaum lain yang sah dari segi undang-undang turut dilindungi," titah baginda.


Ghani Sokong Matematik & Sains Guna Bahasa Ibunda

Johor Bahru - Menteri Besar dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Datuk Abdul Ghani Othman menyokong cadangan Kementerian Pelajaran yang mahu menjadikan Bahasa Inggeris sebagai mata pelajaran wajib lulus dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

"Dengan sukatan mata pelajaran yang tersusun kepada murid-murid selama 11 tahun sebelum menduduki peperiksaan SPM, saya yakin murid-murid dari kampung boleh menguasai Bahasa Inggeris dengan baik.


"Sebaliknya, jika pembelajaran yang ada sekarang tidak disusun semula, saya tidak menolak kemungkinan pelajar dari kampung tidak dapat menguasai Bahasa Inggeris," katanya.


"Jadi, tidak hairanlah jika murid-murid kita termasuk di luar bandar tidak dapat menguasai Bahasa Inggeris dengan baik," katanya.


Mengenai Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris, Abdul Ghani berkata Badan Perhubungan Umno Johor berpendirian bahawa pengajaran mata pelajaran tersebut lebih berkesan jika menggunakan bahasa ibunda.


Katanya pakar-pakar dunia mengakui pengajaran mata pelajaran itu lebih berkesan jika menggunakan bahasa ibunda.


ROSMAH & NAJIB : ANTARA FITNAH ATAU REALITI


Sila layati laman dibawah. Namun anda perlu perlu mendengar fakta kedua belah pihak sebelum membuat penilaian :

1. http://www.youtube.com/watch?v=2vP2wDVBtvA&feature=related

2. http://www.youtube.com/watch?v=reAkgSBMH1c&feature=related

3. http://www.youtube.com/watch?v=L34ci3hMqug&feature=related
.

Thursday, June 11, 2009

Hurai... Razak Dapat Anugerah Dari Universiti Oxford

KUALA LUMPUR - Penganalisis politik Abdul Razak Baginda yang menjadi perhatian dunia dalam perbicaraan berprofil tinggi kerana dituduh bersubahat dalam pembunuhan seorang wanita Mongolia hingga dibebaskan lewat tahun lepas, telah dianugerah ijazah Doktor Falsafah oleh Oxford University, salah sebuah universiti terkemuka dunia.

Dr Abdul Razak berkata, beliau mengemukakan disertasi doktoratnya pada September 2006 tetapi universiti menangguhkannya kerana penangkapannya dua bulan kemudian berhubung pembunuhan Altantuya Shaariibuu.

"Bila dilepas dan dibebaskan dari penjara pada 31 Okt tahun lepas, saya menulis semula kepada universiti, mereka memulihkan proses seluruhnya dan awal tahun ini mereka memberitahu saya bahawa saya telah lulus dan dianugerah ijazah Doktor Falsafah (DPhil).

Beliau berkata pada Oktober, beliau akan memegang jawatan sebagai anggota bersekutu kanan St. Antony's College di universiti itu.

Dengan jawatan ini, beliau akan menjalankan penyelidikan mengenai isu-isu antarabangsa. Dr Abdul Razak, yang belajar di Trinity College Oxford semasa membuat persediaan untuk doktoratnya berkata beliau berharap lebih ramai rakyat Malaysia mengikuti pengajian di universiti-universiti utama.

"Terlalu kecil bilangan rakyat Malaysia yang memasuki Oxford, lebih kecil ialah bilangan yang mendapat DPhil dan lebih kecil lagi bilangan Melayu," katanya.

Dua anggota polis, Ketua Inspektor Azilah Hadri, dan Korporal Sirul Azhar Umar yang menanti hukuman mati pernah berkata di mahkamah bahawa beliau tidak mengenali Altantuya. Dakwa bekas anggota Polis itu, Razak yang mengenali Altantuya mengapa orang yang pernah 'menemani Altantuya ' dibebaskan begitu sahaja.

Najib Terus Dengan Janji Manisnya

Johor Bahru - Setelah 'Bajet Rangsangan ke-2' yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak memberi kesan positif kepada ekonomi Malaysia. Hari ini Najib berkata beliau akan membuat satu "pengumuman besar" berkaitan liberalisasi yang lebih meluas pada persidangan "2009 Invest Malaysia" pada akhir tahun ini.

Mungkin akhir tahun 2009 nanti rakyat Malaysia akan lupa skesta yang Najib sebutkan hari ini. Johor Daily berharap ianya bukannya sekadar 'omong-omong' kosong seperti perlaksanaan Bajet Rangsangan pertama dan ke-2 yang lepas. Angkanya besar tetapi rakyat terus menderita.

Najib yang sering dipersendakan oleh setiap ceramah Pakatan Rakyat tentang perlaksanaan dan menguruskan ekonomi negara berkata, "Kami sedang menangani cabaran jangka pendek, adalah penting bagi kita untuk melakar satu hala tuju baru bagi negara ini, satu model ekonomi baru akan dibangunkan oleh kerajaan."

Mengenai Bajet 2010, Najib berkata ia akan menekankan mengenai cara-cara untuk merangsangkan lagi ekonomi negara dengan merubahnya menjadi sebuah ekonomi berasaskan pendapatan tinggi dengan sektor perkhidmatan memainkan peranan penting di dalam model baru ekonomi yang sedang dirancang.

Najib turut berjanji lagi, "tidak mengubah dasar sewenang-wenangnya atau mempunyai kepincangan di dalam dasar kita."

Walaupun sehingga hari ini Najib belum berani menyaman individu atau media yang mendakwa beliau terbabit dalam siri penyelewangan kuasa dan terbabit dalam pembunuhan Altantuya berkata, "Pada masa yang sama, kita perlu mewujudkan satu masyarakat yang adil dan jujur .. matlamat ini telah dilupai atau diketepikan. Kita perlu menjadikan terasnya lebih mesra pasaran dan pada masa yang sama mempunyai satu mesyarakat yang adil dan jujur,"

Katanya lagi , "Langkah membantu bumiputera dengan cara yang salah tidak akan memberikan hasil yang mampan. Kita mahu menjadikan mereka lebih berdaya tahan dan kompetitif.

Johor Daily berharap Datuk Ahmad Maslan tidak bersendiri menginap dan tidur dirumah rakyat bawahan. Johor Daily berharap Najib satu hari nanti akan turut serta Ahmad Maslan menginap dirumah peneroka Felda dan merasai keperitan hidup rakyat yang sering ditabur janji-janji tidak pasti.

PAS Umumkan Barisan Kepimpinan

Johor Bahru - Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini mengumumkan barisan kepimpinan PAS. Johor Daily menganggap pengumum tersebut tiada sebarang kejutan. Namun dua tokoh utama yang bertanding terpaksa 'turun pangkat', iaitu Husam dan Mohamad dilantik sebagai jawatankuasa PAS pusat setelah kalah dalam merebut jawatan timbalan presiden.

Datuk Mustafa Ali hari ini dilantik sebagai Setiausaha Agung. Idris Ahmad dilantik sebagai Ketua Penerangan. Perlantikkan itu dilihat seperti parti itu berpuashati dengan keputusan pilihanraya yang lepas dan pilihanraya kecil.

Johor Daily mengucapkan tahniah kepada mereka yang baru dilantik. berikut adalah senarai Ahli Jawatankuasa dan Pesuruhjaya Negeri.

Ahli jawatankuasa baru yang dilantik:

Datuk Husam Musa, bekas naib presiden
Mohamad Sabu, bekas naib presiden
Mohd Anuar Tahir, bekas setiausaha agung PKR
Mohd Taufik Abdul Ghani, ADUN Paroi
Dr Mariah Mahamud,
Wan Ubaidah Wan Omar
Asmuni Awi
Ahmad Dollah

Senarai pesuruhjaya PAS negeri

Hashim Jasin - Perlis
Datuk Seri Azizan Abdul Razak - Kedah
Saleh Man (Penang
Abu Bakar Husin - Perak
Datuk Nik Aziz Nik Mat -Kelantan
Datuk Harun Taib -Terengganu
Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man - Pahang
Datuk Dr Hassan Ali - Selangor
Mohd Noor Mohamad - Wilayah Persekutuan
Zulkifli Mohd Omar - Negeri Sembilan
Abdul Ghani Abdul Rahman - Melaka
Datuk Mahfodz Mohamad - Johor
Mohamad Abdullah - Sabah
Osman Moras - Sarawak

PKR Melangkau Pindaan Perlembagaan

Johor Bahru - Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah meluluskan usul pindaan perlembagaan parti itu oleh Majlis Pimpinan Tertinggi dalam mesyuarat pada 26 April lalu dan dikemukakan untuk kelulusan Kongres di bawah Fasal 31 Perlembagaan Parti.

Beberapa pindaan dan cadangan yang telah diluluskan itu akan dibincangkan dengan lebih terperinci di Kongres Khas parti itu pada 13hb June 2009 di Selangor kepada semua penjawat dan ahli parti itu.

Antara tujuan utama cadangan ini adalah untuk:

1- Memperkasakan amalan demokrasi dalam parti

2- Menambah-baik pentadbiran parti

3- Mencegah atau mengurangkan potensi berkembangnya amalan negetif seperti politik wang atau cawangan hantu.

4- Memastikan struktur parti disemua peringkat disesuaikan sebaik- baiknya dengan visi dan misi parti sebagai sebuah parti pelbagai kaum yang mewakili semua komuniti.


Pindaan yang terbabit adalah seperti berikut:-


1- Istilah

a- "Bahagian" kepada "Cabang"

b- "Cawangan" kepada "Ranting"

c- "Majlis Pimpinan Tertinggi" kepada "Majlis Pimpinan Pusat"

d- "Perhubungan Negeri" kepada "Majlis Pimpinan Negeri"

e- "Ahli" dan "Keahlian" kepada "Anggota" dan "Keahlian"


2- Proses pemilihan dalam parti

a- Hak memilih pimpinan pusat diturunkan daripada perwakilan kepada semua ahli di peringkat Bahagian

b- Proses pemilihan akan dilakukan secara undi sulit dua minggu sebelum Kongres Nasional di tahun pemilihan.


3- Penubuhan "Ranting" sebagai unit operasi

a- Ranting akan didaftarkan dengan Bahagian bukan Pendaftar Pertubuhan


4- Struktur Majlis Pimpinan Tertinggi.

a- Menambah jumlah Naib Presiden daripada 7 kepada 9

b- had penggal 9 tahun atau 3 penggal untuk jawatan Presiden


5- Struktur Perhubungan Negeri


6- Struktur Bahagian

a- Keahlian minima untuk menubuhkan Bahagian ditukar kepada 100 ahli daripada 50


7- Keahlian


8- Angkatan Muda

a- Had umur keahlian ditukar daripada 40 tahun ke bawah dan bukan lagi 35 tahun ke bawah


9- Kongres Nasional


10- Disiplin

a- Lembaga Rayuan dimansuhkan supaya sistem disiplin lebih cekap


11- Perkara Lain

a- Nama ringkasan parti ditukar daripada KeADILan kepada KEADILAN

b- Cogan kata parti dijadikan "Keadilan Untuk Semua"


Johor Daily difahamkan setiap bahagian diwakili 10 pejawat bahagian dan 5 pemerhati dikalangan ahli bahagian dan pindaan tersebut telah dibincangkan sejak empat bulan yang lepas disetiap negeri, bahagian , AMK dan MPT parti itu.


Khairy Menyelit Disebalik Isu SIS

Johor Bahru - Muktamar PAS menerima usul bagi mendesak Majlis Fatwa Kebangsaan menyiasat SIS dan mengharamkannya jika benar siasatan mendapati NGO itu mengancam akidah umat Islam.

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin semalam memulakan langkan 'hero'nya menyertai kira-kira 322 NGO dan individu membantah gesaan PAS supaya Sisters in Islam (SIS) diharamkan.

Ketua Pemuda Umno yang tidak beri langsung jawatan dalam kabinet menulis dalam blognya, tidak ada justifikasi untuk mengharamkan SIS atau memulihkan ahli-ahlinya.

"Tidak kira sama ada seseorang itu menyokong agenda SIS atau tidak, dan cara diambilnya untuk mencapai matlamat persamaan gender dalam kontek Muslim, tiada justifikasi untuk mengharamkan pertubuhan itu, apatalah mahu memulihkan ahli-ahlinya," tulis Khairy.

Beliau menyifatkan tindakan keras PAS itu amat bercanggah dengan agenda untuk menegakkan demokrasi yang didakwa dipertahankan oleh parti itu. "Ia menunjukkan kepada kita bahawa dalam membuat gesaan tersebut, PAS telahpun berpandangan bahawa SIS mesti diharamkan dan aktivitinya tamatkan," kata lagi.


Pada prinsipnya, tambah mereka lagi, persoalan untuk mengharamkan mana-mana pertubuhan semata-mata kerana pandangan mereka, tidak harus berbangkit. Sebaliknya, tegas mereka lagi, perbezaan pandangan hendaklah dihormati dan diselesaikan secara yang membina.

"Oleh itu, kami menggesa PAS supaya menimbangkan semula pendiriannya dan mengambil langkah-langkah perlu untuk menarik balik usul menggesa SIS diharamkan," tegasnya.

Johor Daily berpendapat Khairy perlu ada platformnya sendiri setelah disisihkan oleh Umno bagi mengukuhkan kerjaya politiknya. Tindakannya yang sering menyelit dalam setiap isu kelompok lain hanya mengeruhkan keadaan dan boleh diibaratkan 'politik lalang'.

Manohara Odelia Pinot vs Istana Kelantan

Johor Bahru - Manohara Odelia Pinot menyahut cabaran yang mengatakan beliau tidak manohara odelia pinot jakarta 100609bercakap benar dengan membuat aduan polis terhadap istana Kelantan, termasuk Sultan dan Raja Perempuan.

Dalam laporan Polisnya, beliau mengatakan dia telah diculik dan dicederakan oleh orang yang 'berada' di Istana Kelantan.Peguamnya Hotman Paris Hutapea dipetik berkata, Manohara juga melaporkan beberapa nama individu yang didakwa melarikannya dari Jeddah pada Mac lalu.

Selepas laporan Polis itu Manohara kemudian dibawa untuk pemeriksaan perubatan yang rapi bersama pegawai penyiasat polis selepas aduan itu, kata Hotman Paris lagi.

Mengulas lanjut kes anak guamnya itu, Hotman Paris berkata Manohara akan meminta bantuan polis Indonesia untuk bekerjasama dengan Interpol untuk menyelesaikan siasatan.

"Juga kerjasama dengan Polis Diraja Malaysia untuk menyelesaikan masalah ini. Begitupun dengan Dubes (duta besar) di Malaysia agar memfasilitasi (memudahkan)," kata seorang lagi peguam wanita itu, Warsito Sanyoto.

Samy Mahu Bersatu Dengan Semua Parti Kaum India

PUTRAJAYA - Datuk Seri Samy Vellu mencetuskan satu idea baru lantaran dari isu Kerajaan perpaduan diantara UMNO dan PAS. Katanya Samy, langkah itu bukan bertujuan untuk bergabung dengan mereka tetapi bekerjasama dengan parti itu untuk jangka panjang demi kebaikan bersama.


Beliau berkata parti-parti lain akan mengekalkan struktur dan kebebasan masing-masing dan menurutnya MIC telah mengadakan perbincangan seumpama itu dengan parti-parti berkenaan di masa lalu tetapi tiada komitmen daripada mereka pada masa itu.


Bagi tujuan itu, Samy Vellu berkata beliau akan menulis surat kepada semua parti kaum India dalam waktu terdekat mengenai tawarannya untuk menyatukan masyarakat India.


Beliau juga mengumumkan ibu pejabat MIC akan membenarkan bekas atau anggota yang dipecat untuk merayu bagi menjadi anggota parti dan menurutnya rayuan mereka akan diteliti bagi memastikan mereka ikhlas untuk menyertai semula MIC.


Bekas Menteri Kerja Raya itu berkata MIC tidak akan 'mengambil' anggota parti politik lain tetapi jika mereka berminat menyertai parti itu, pintu terbuka untuk mereka.


"Cawangan MIC yang tidak lagi beroperasi atau telah ditutup juga akan dibuka semula dan diperkuatkan dengan pemimpin baru, dengan syarat mendapat kelulusan Pendaftar Pertubuhan," katanya.


Wednesday, June 10, 2009

Kelantan Hantar 10 Nama Untuk Manek Urai

Johor Bahru - PAS sudah pasti bertanding di Manek Urai apabila parti lain dari pakatan Rakyat sehingga hari ini tidak menyentuh pasal calon di piliharaya kecil Dewan Undangan Negeri itu.


Sementara itu, Menteri Besar kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat berkata, pihaknya menyerahkan kepada Jawatankuasa Pas Kawasan jika benar terdapat 10 calon Pas menawarkan diri untuk bertanding pada Pilihan Raya kecil Manek Urai.


Johor Daily mendapat maklumat, di Manek Urai PAS telah mula memasang bendara, berkempen dan mengadakan ceramah kelompok terutama di surau dan masjid.


"Saya tidak mahu komen lagi isu ini, biar jawatankuasa terbabit putuskan. Satu sidang media akan dibuat nanti," katanya di Pahang.


Mengenai reaksi PKR dan DAP berhubung cadangan kerajaan perpaduan itu, Nik Aziz berkata, Pas akan mendapatkan pandangan kedua-dua parti itu mengenai kerajaan perpaduan dan semua urusan itu adalah di peringkat pentadbiran tertinggi parti.


Muhyiddin Mula Berbicara Kerajaan Perpaduan

PUTRAJAYA - Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata adalah lebih wajar sekiranya PAS mempunyai pendirian yang tetap berhubung saranan berkenaan memandangkan ia melibatkan kepentingan negara secara total.

Menurut beliau, aspek penubuhan negara bukan sesuatu yang enteng justeru pandangan semua pihak termasuk parti pembangkang yang lain perlu diambil kira.

"Adalah lebih baik sekiranya pihak yang menyuarakan idea ini tahu apa yang mereka mahukan kerana ia bukan perkara yang mudah. Ia melibatkan kepentingan negara dan perlu juga mengambil kira pandangan daripada parti-parti pembangkang yang lain," katanya.

Muhyiddin menyatakan demikian ketika diminta mengulas reaksi berbeza parti pembangkang berhubung saranan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang supaya kerajaan perpaduan antara pembangkang dan BN ditubuhkan bagi menyelesaikan segala kemelut politik yang melanda negara.

Johor Daily mendapati di Johor terutama Parlimen Muar, Bakri, Pagog dan Ledang mencatatkan undi Pakatan Rakyat terutama PAS dan DAP meningkat secara mendadak sehingga ada yang naik sehingga lebih 200% termasuk Parlimen Muhyiddin itu sendiri.

Beliau tahu pakatan Rakyat ketika ini sedang berhempas pulas di seluruh negara. termasuk diutara Johor itu. Tidak mustahil beliau terpaksa menerima cadangan Kerajaan Perpaduan ini untuk diperhalusi.

Mahathit Tidak Setuju Cadangan Hadi

Johor Bahru - Dalam Umno hangat membicarakan mengenai Kerajaan perpaduan cetusan PAS. Mantan Perdana Menteri iaitu Tun Mahathir Mohammad menolak cadangan itu. walaupun sebilangan besar pemimpin UMNO meminta ianya dibincangkan secara mendalam.

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Pakatan Rakyat perlu ada bagi memainkan peranannya sebagai "cermin" kepada kerajaan dan "tidak sihat" mewujudkan negara satu parti.

Beliau berkata "Kalau nak buat negara satu parti ni, kurang sihat la, kita kena ada pembangkang, jika tidak kita tidak ada cermin nak tengok muka kita, cantik ke tidak."


"Dulu masa kita tubuhkan BN, kita jemput semua orang (parti) untuk menyertai dan yang tolak hanya DAP. "PAS pun masuk jugak BN tapi kemudian kita terpaksa berpisah dengan PAS sebab dia guna kuasa dia dalam kerajaan untuk perkukuhkan parti dia bukan BN," Dr Mahathir berkata lagi.

"Tapi ahli politik ni kadangkala susah jugak nak ikhlas, saya ahli politik jugak tau," katanya sambil tersenyum.

Johor Daily mendapati semasa dan sebelum Muktamar PAS yang lepas ramai pemimpin PAS yang tidak setuju dengan cetusan Kerajaan Perpaduan ini. Malah mendapat bantahan keras dari DAP.

Tuesday, June 9, 2009

UMNO masih Keliru Di Manik Urai

Kota Bahru - Jika sebelum ini pakatan Rakyat kerap mempertikaikan pengundi hantu Hari ini jentera Kemas -Umno mengakui seramai 1,145 pengundi di DUN Manek Urai gagal dikesan oleh Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) dan BN sukar menilai pendirian politik mereka, kata pemimpin Umno Kuala Krai.

"Kemas yang menjalankan bancian terhadap pengundi Manek Urai tidak dapat mengesan pengundi berkenaan," kata ahli jawatankuasa bahagian Anua Yusoff.

"Nama mereka ada dalam senarai daftar pemilih, tetapi Kemas tidak tahu di mana mereka tinggal." Akibatnya, tambahnya, agensi kerajaan itu tidak dapat mengukur kecenderungan pengundian mereka sama ada memangkah BN atau PAS.

Anua berkata, sikap mereka sukar diramal kerana kerana pengundi berkenaan tidak mahu berterus-terang. "Bila ditanya hendak pangkah (undi) kali ini, mereka kata 'tunggu hari mengundilah'," katanya lagi.

"ADUN PAS itu disenangi oleh semua orang di kawasan ini, tidak kira orang PAS atau Umno.
"Kalau orang minta atap zink, dia kata pergi ambil di kedai, tak usah bayar kerana dia yang bayar," katanya lagi.

Bagaimanapun, Anua berkata, jika BN menang, penduduk Manek Urai "akan mendapat apa sahaja yang mereka mahu" sebagai "hadiah kemenangan kepada BN" setelah kalah dalam beberapa pilihanraya kecil sebelumnya.

UMNO Mula Mengikut Rentak Pakatan Rakyat

Johor Bahru - Muktamar PAS ke-55 berjaya disempurnakan tanpa gangguan ahad lepas . Tetapi kali ini menimbulkan beberapa persoalan yang menguji kepimpinan Pakatan Rakyat.

Usul yang diluluskan dan dibicarakan pada muktamar itu mengenai Sister In Islam (SIS), Kerajaan Perpaduan dan kouta 30% bumiputera memperlihatkan DAP dan PKR cuma menimbulkan persoalan di media.

Johor Daily berpandangan ketiga-tiga pekara tersebut bukan hanya sekadar perbincangan dalaman PAS sahaja. Teguran dari beberapa pemimpinan tertinggi Pakatan Rakyat iaitu Datuk Nik Aziz Nik Mat, Mustafa Kamil Ayub dan Lim Kit Siang bukan sekadar mencari publisiti kepada umum. Mereka mahu pekara tersebut perlu ada muktamad yang konkrit.

Sebelum ini SIS banyak menerima teguran keras daripada PAS terutama berkaitan akidah dalam beribadat. Keputusan yang dibuat oleh SIS amat bertenang dengan ajaran Islam bagi pendapat PAS. PKR dan DAP berharap PAS mengurangkan ketegangan dalam membuat keputusan dlam isu SIS itu.

Mungkin Kerajaan Perpaduan ditimbul bagi mengatasi kebuntuan apa yang berlaku di Perak. Adakah Datuk Seri Abdul Hadi Awang ingin menjerat Barisan Nasional agar BN bersetuju diadakan semula pilihanraya di Perak atau Hadi sengaja mengendurkan ketegangan BN agar leka dari terus menusun parti komponennya yang majoritinya menghadapi masalah perebutan jawatan.

Isu kuta 30% bumiputera sejak dahulu lagi mendapat tentangan dari MCA dan DAP. Parti seperihan lain boleh dianggap sebagai 'nasi tambah' saja bila mengutarakan permasalahan kuota itu. Sudah pasti Umno dan PAS bermati-matian inginkan kuota itu kekal atau ditambah lagi.

Jika Lim Kit Siang mendakwa pekara tersebut adalah 'krisis keyakinan' terutama pada PAS. pemimpin senior DAP itu mengukur dari pengalamannya lebih 30 tahun sebagai pembangkang. Johor Daily berpendapat ketiga-tiga parti ini akan menarik permasalahan ini pada jangkamasa beberapa bulan sebelum 'salam pendamaian' dimeterai oleh Pakatan Rakyat.

Beranikah BN-UMNO menerima arus perubahan politik tanahair. Jika mereka terus leka dan masih merebut jawatan, jerat besar sudah menanti...

Adnan Memperlekeh PAS Pahang

KUANTAN - Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, pemilihan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Nasrudin Hassan Tantawi, masing-masing sebagai Naib Presiden dan Ketua Pemuda Pas tidak memberikan sebarang implikasi kepada rakyat negeri ini.

Menurutnya, kedua-dua pemimpin terbabit kurang mendapat sokongan rakyat dan mereka pernah kalah dalam beberapa pilihan raya umum di negeri ini termasuk pada Pilihan Raya Umum Ke-12 tahun lalu.


''Bagaimanapun, pemilihan kedua-dua pemimpin ini dianggap sebagai sumber kekuatan baru kepada Pas di Pahang,'' katanya lagi. Beliau mengulas terpilihnya Pesuruhjaya Pas Pahang, Tuan Ibrahim sebagai Naib Presiden dan Nasrudin Hassan sebagai Ketua Pemuda Pas yang baru pada Muktamar Tahunan Pas Ke-55 yang berakhir semalam.


Johor Daily mendapati ketika ini PAS dan PKR Pahang telah membuka banyak cawangannya terutama dikawasan Felda. Semenjak isu yang diutarakan oleh Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda (ANAK) mengenai hak peneroka yang diabaikan dan perlantikkan Datuk Fauzi Abdul Rahman sebagai Ketua Perhubungan Negeri PKR Pahang. Pakatan Rakyat Pahang telah banyak menembusi kubu kuat BN-Umno.


Johor Daily mendapati persefahaman diantara PAS, PKR dan DAP Pahang semakin kukuh. malah kes mahkamah yang melibatkan Adnan telah menyababkan parti pembangkang itu mempunyai isu yang kuat untuk meluaskannya pengaruhnya.


Giliran Pemuda Umno Terengganu 'Kipas' Hadi

KUALA TERENGGANU - Setelah Datuk Seri Najib Razak memberi lampu hijau mengenai kerajaan perpaduan cetusan Datuk Seri Hadi Awang . Kini gilrian Pergerakan Pemuda UMNO Terengganu berkata pemimpin PAS itu berpandangan jauh kerana tidak menutup pintu rundingan ke arah pembentukan kerajaan perpaduan antara UMNO-PAS.


Ketuanya, Saiful Bahri Baharuddin berkata, sikap Abdul Hadi itu menunjukkan beliau mengutamakan kestabilan politik negara serta pengukuhan orang Melayu di negara ini.


''Pemuda UMNO Terengganu mengalu-alukan sebarang perbincangan di antara pucuk pimpinan kedua-dua parti," katanya dalam kenyataan yang dikirimkan melalui SMS semalam.


Menurut Saiful Bahri, sudah sampai masanya pemimpin kedua-dua parti duduk semeja untuk mencipta kestabilan dan kemakmuran negara.


Beliau berkata, tindakan mereka yang menolak usaha itu bertentangan dengan kehendak rakyat yang mahukan kemakmuran negara berkekalan. ''Rakyat juga mempunyai hasrat yang sama untuk melihat perpaduan dan kestabilan politik negara," ujarnya.


Sementara itu Ketua Pemuda PKR Johor, Zabidie Abbas berkata, kepada Johor Daily beliau mengikuti perkembangan ini secara dekat dan berpendapat PAS mempunyai cara tersendiri bagi mengukuhkan partinya.


Jentera Polis Dikerah Ke Manek Urai

KOTA BHARU - Bagi mengelakkan sebarang pergaduhan dan pekara diluar jangkaan pihak Polis akan menempatkan kira-kira 1,000 anggota untuk bertugas menjaga ketenteraman awam menjelang Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Manek Urai pada 14 Julai ini.


Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Amir Hamzah Ibrahim berkata, penempatan anggota terbabit akan dilakukan secara berperingkat sebelum penamaan calon sehingga ke hari pembuangan undi.


Johor Daily mendapati pihak keselamatan terpaksa mengerahkan anggota yang ramai kerana Polis menjangka banyak masalah akan timbul disitu kelak.


"Kawasan itu akan dipantau sepenuhnya bermula dari tarikh penamaan calon dan selepas pembuangan undi sekiranya berlaku kejadian yang tidak diingini.

''Sehubungan itu, kita sudah mengadakan perbincangan dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengenainya," katanya kepada pemberita sempena Majlis Perhimpunan Bulan Jun Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini hari ini.


Amir Hamzah berkata, semua persiapan kini berjalan lancar dan pengundi tidak perlu bimbang mengenai keselamatan mereka ketika keluar mengundi. "Pada peringkat awal, kita akan mengerahkan anggota dan pegawai dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Krai dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan serta l dibantu oleh anggota dari Bukit Aman.


Johor Daily mendapati dua parti yang bertanding iaitu PAS dan Umno telah mula mengerakkan jenteranya sejak dua minggu lepas bagi memastikan kemenangan di pilihanraya kecil itu.


Murugiah Dakwa Kayveas Menyampaikan Cerita Donggeng

KUALA LUMPUR - Ahad lepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah meresmikan Perhimpuanan Agung PPP yang ke-56. Ia bagaikan isyarat bahawa M. Kayveas mendapat restu dari Najib.

Namun kisah 'Kala Jengking Dan Katak' yang diceritakan Kayveas semasa Perhimpunan itu semalam adalah dongeng yang tidak dapat menutup kebenaran parti itu mungkin dibatalkan pendaftarannya, kata Datuk T. Murugiah.


Dalam satu kenyataan akhbar hari ini, Murugiah berkata ahli-ahli Parti Progresif Penduduk (PPP) "bukan lagi bayi ataupun kanak-kanak yang boleh diperdayakan dengan nyanyian, buaian mahupun cerita waktu tidur".

Murugiah, yang dilucutkan keahlian dari PPP, turut menekankan bahawa perjumpamaan yang lebih tepat bagi PPP buat masa ini ialah "Harapkan Pagar, Pagar Makan Padi".

"Ahli-ahli PPP yang memberi keyakinan dan sokongan penuh kepada Datuk M. Kayveas sejak 1993 ketika beliau mengambil alih kepimpinan PPP digemparkan dengan berita bahawa parti ini berdepan dengan risiko dibatalkan pendaftarannya.

"Malah, mereka juga rasa tertipu apabila mengetahui bahawa wang yang dikutip sejak 2002 untuk yuran keahlian dan sumbangan untuk Tabung Universiti PPP dan Koperasi PPP tidak diaudit dan tidak mempunyai rekod langsung," kata Murugiah.

Beliau turut menyatakan rasa muak dan bosan ahli-ahli PPP dengan ugutan Kayveas untuk keluar dari BN sebagai cerita 'Gembala Kambing dengan Harimau'.


Wanita MCA Bidas Pemuda PAS

KUALA LUMPUR - Pengerusi Wanita MCA Datin Paduka Chew Mei Fun hari ini menyelar Pemuda PAS yang mengkritik langkah kerajaan untuk menghapus ekuiti 30 peratus bumiputera dari 27 sub sektor perkhidmatan.

Beliau berkata kenyataan Pemuda PAS itu semata-mata berdasarkan pada keuntungan yang diperolehi sesuatu kaum sedang ia bertentangan dengan manifesto parti itu dalam mendekati semua kaum secara saksama.

Sebelum ini Datuk Ibrahim Ali meyokong penuh keputusan Dewan pemuda PAS dalam Muktamarnya yang ke-55 tentang kuota bumiputera itu.

"Wanita MCA menyokong penuh liberalisasi 27 sektor itu oleh kerana ia sesuai dengan keanggotaan negara dalam Komuniti Ekonomi ASEAN dan Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO)," kata Chew..

Beliau mengulas kenyataan seorang wakil Pemuda PAS Ahmad Sabki Yusof di Muktamar Pas ke 55 kelmarin agar Kerajaan tidak menghapuskan kuota bumiputera bagi sub sektor berkenaan.

Beliau berkata penghapusan kuota dalam mana-mana sektor perdagangan harus diterima sebagai satu cara meningkatkan daya saing ekonomi, dengan itu menaikkan lagi profesionalisme dan menaik taraf industri selari dengan produktiviti yang meningkat.

Monday, June 8, 2009

DAP Minta Penjelasan PAS

PULAU PINANG - Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng meminta PAS memberi penjelasan kepada rakan dalam gabungan pembangkang berhubung cadangan Presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk membentuk kerajaan perpaduan.

Lim, yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata, penjelasan itu penting kerana DAP tidak pernah dimaklumkan atau bersetuju dengan penubuhan kerajaan perpaduan yang antaranya memerlukan kerjasama dengan Umno.

"PAS kena beri penjelasan berhubung perkara itu dan setahu saya ia tidak pernah dipersetujui, malah PAS tidak pernah membangkitkan perkara itu dalam mesyuarat Majlis Kepimpinan Tertinggi yang lepas.

"Apa kerajaan perpaduan yang PAS maksudkan? Sehubungan itu, mereka kena jawab dalam mesyuarat Majlis Kepimpinan Tertinggi akan datang," katanya kepada pemberita selepas majlis mengangkat sumpah jawatan Yang Dipertua MPPP yang baru, Tan Cheng Chui di sini, hari ini.

Katanya, mesyuarat itu dijangka diadakan dalam masa terdekat iaitu semasa persidangan Parlimen yang akan bermula minggu depan.

Abdul Hadi ketika merasmikan Muktamar PAS Ke-55 minggu lalu menggesa supaya kerajaan perpaduan dibentuk bagi menyelesaikan masalah dalam negara secara menyeluruh.

Bagaimanapun, saranannya mengenai pembentukan kerajaan perpaduan itu bukan saja dipertikaikan oleh DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR), malahan bekas pemimpin kanan parti itu sendiri.

Akhirnya UMNO Melutut Kepada PAS ?

Johor Bahru - Selama ini pemimpin Umno memandang rendah-hina terhadap Parti Islam Se-Malaysia. Ceramah dan kenyataan media oleh pemimpin Umno sebelum ini begitu mempersendakan PAS. tetapi bila Presiden PAS melaungkan 'Kerajaan Perpaduan' Datuk Seri najib Tun Razak terus menyahutnya.

Johor Daily memandang dua aspek terhapad tindakan Umno yang 'menyembah' PAS kali ini.

1. Menurangkan ketegangan dikalangan akar-umbi Umno yang begitu marahkankan Najib diatas beberapa kekalahan Pilihanraya Kecil.
2. Memecah-belahkan Pakatan Rakyat termasuk golongan extrimis PAS itu sendiri.

Apapun tanggapan marhaen, ia memperlihat maruah Umno kian pudar. Krebiliti pemimpin tertinggi Umno memperlihatkan parti mereka sudah hilang taring sehingga sanggup berkerjasama dengan musuh paling utamanya sebelum ini. Umno sudah hilang 'gah'nya.

Muktamar ke-55 yang berakhir semalam. Ia boleh diibaratkan Umno dan Utusan Malaysia bagaikan terpaksa melutut agar PAS menjayakan Kerajaan Perpaduan dengan segera , cadangan dari Presiden PAS iaitu Datuk Seri Abdul Hadi Awang . Umno tahu tiada gunaanya menentang PAS lagi kerana Umno tahu masadepan partinya sudah diambang kehancuran. Penyokong akar-umbinya sudah mula memilih PAS dan PKR.

Pemimpin atas mereka terpaksa bermalam dirumah penoroka Felda dan penduduk kampung bagi mengaburi mata rakyat Malaysia lagi. Najib percaya tindakan Ahmad Maslan tidak dapat membantu Umno. Dengan mengambil PAS sebagai sahabat sahaja dapat membantu menutup kes Altantuya dan pembelian kapal salam.


Adakah ini hanya helah PAS , ataupun Hj. Hadi iklas ingin bersama membentuk kerajaan bersamaUmno. Johor Daily beranggapan hanya Hj. Hadi yang mengetahui apa yang tersirat dengan laungan 'Kerajaan Perpaduan' ini.

Tidak kelihatan PAS ingin memporbodohkan Umno dalam laungan 'Kerajaan Perpaduan'. Cuma Umno perlu melutut meminta maaf atas segala salah-silapnya . Najib mengerti Umno itu pasti rebah dan hancur jika berterusn menyerang PAS kerana parti itu mempunya jentera terkuatnya kini. Mungkin ini salah satu cara Najib menikam parti lawannya.