BUTTERWORTH - Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak menafikan bahawa dua individu yang didakwa menawarkan ganjaran wang serta jawatan Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang kepada calon Bebas pilihan raya kecil Penanti, Aminah Abdullah, adalah anggota parti itu.Pengarah Pilihan Raya PKR Saifuddin Nasution Ismail bagaimanapun berkata tawaran itu bukannya daripada parti berkenaan.
"Saya sudah menemui kedua-duanya. Mereka memaklumkan tawaran itu dibuat berdasarkan hubungan rapat antara mereka dan (ia) bukan mewakili parti," katanya di Yayasan Aman .
"Komen saya ialah satu majlis makan diadakan, saya bayangkan itu antara pertemuan dengan sahabat yang berlangsung dalam keadaan ceria. Rakaman itu juga memberi gambaran ada hasrat untuk kembali menyertai parti.
"Kenyataan semalam menyebut tentang tawaran jawatan dan sebagainya, sebab itu kita terus meminta peguam kita mendengar, dan keputusannya kita meminta peguam menghantar notis (kepada Aminah)," katanya.
Beliau berkata peguam Ong Chin Wen sudah menghantar notis tuntutan permohonan maaf dan menarik balik kenyataan kepada Aminah ke alamat kediaman calon Bebas itu.
"Notis itu bertujuan supaya Aminah menghentikan fitnah yang dilemparkan bagi tujuan memperoleh keutungan peribadi," katanya. Dalam satu sidang akhbar berasingan, dua anggota parti itu mengakui telah menemui Aminah setelah diundang oleh beliau.
Anggota Dewan Tertinggi PKR, Cheah Kah Peng, dan pembantu kepada seorang anggota exco kerajaan Pulau Pinang, Peter Lim, berkata mereka tidak membuat sebarang tawaran kerana mereka bukannya berkedudukan untuk berbuat demikian.
Cheah dan Lim menganggap rakaman perbualan mereka dengan Aminah dibuat dengan tujuan untuk memerangkap mereka. Mereka akan merujuk perkara itu kepada peguam, kata Cheah.




Katanya lagi , keadaan ini boleh menjejaskan imej parti terutama ada kumpulan yang tidak senang dengan kepimpinan Menteri Besar, Datuk Seru Md Isa Sabu."Umno Perlis menjadi kacau bilau kerana tindakan-tindakan bekas setiausaha agung Umno itu," tegasnya lagi.
Mereka ditangkap di depan Wisma DAP di Ipoh selepas jam 6 pagi ini. Tiada maklumat lengkap diperolehi tentang status mereka, setakat ini.


"Penolakan ke atas Umno adalah kerana sifat perjuangannya yang memisahkan aktiviti pemerintahan daripada hitungan akhirat dan bimbingan wahyu, yang membawa kepada berleluasanya korupsi, penyelewengan dan salah guna kuasa serta hilang puncanya








Panel tiga hakim itu sebulat suara menerima rayuan Datuk Seri Zambry. Keputusan itu membatalkan penghakiman Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur minggu lalu yang mengesahkan kedudukan asal Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

Dalam blognya hari ini, ahli jawatankuasa pusat PAS itu mendakwa kata-kata tersebut diucapkan oleh Raja Nong Chik sewaktu lawatan mengejut menteri baru itu ke sebuah pasar baru di Kampung Datuk Keramat petang semalam.
Mohamad telah mengumumkan akan bertanding jawatan timbalan presiden. Manakala Husam yang turut dicalon jawatan yang sama, belum membuat sebarang keputusan mengenainya.

"Tetapi bila kami sampai ke jalan, seorang pegawai polis melaung ke arah kami, sambil berkata kami mengadakan perhimpunan haram," kata Swee Kuan.












