Wednesday, May 27, 2009

Saifuddin Akui Dakwaan Aminah ?

BUTTERWORTH - Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak menafikan bahawa dua individu yang didakwa menawarkan ganjaran wang serta jawatan Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang kepada calon Bebas pilihan raya kecil Penanti, Aminah Abdullah, adalah anggota parti itu.

Pengarah Pilihan Raya PKR Saifuddin Nasution Ismail bagaimanapun berkata tawaran itu bukannya daripada parti berkenaan.


"Saya sudah menemui kedua-duanya. Mereka memaklumkan tawaran itu dibuat berdasarkan hubungan rapat antara mereka dan (ia) bukan mewakili parti," katanya di Yayasan Aman .

"Komen saya ialah satu majlis makan diadakan, saya bayangkan itu antara pertemuan dengan sahabat yang berlangsung dalam keadaan ceria. Rakaman itu juga memberi gambaran ada hasrat untuk kembali menyertai parti.

"Kenyataan semalam menyebut tentang tawaran jawatan dan sebagainya, sebab itu kita terus meminta peguam kita mendengar, dan keputusannya kita meminta peguam menghantar notis (kepada Aminah)," katanya.

Beliau berkata peguam Ong Chin Wen sudah menghantar notis tuntutan permohonan maaf dan menarik balik kenyataan kepada Aminah ke alamat kediaman calon Bebas itu.

"Notis itu bertujuan supaya Aminah menghentikan fitnah yang dilemparkan bagi tujuan memperoleh keutungan peribadi," katanya. Dalam satu sidang akhbar berasingan, dua anggota parti itu mengakui telah menemui Aminah setelah diundang oleh beliau.

Anggota Dewan Tertinggi PKR, Cheah Kah Peng, dan pembantu kepada seorang anggota exco kerajaan Pulau Pinang, Peter Lim, berkata mereka tidak membuat sebarang tawaran kerana mereka bukannya berkedudukan untuk berbuat demikian.

Cheah dan Lim menganggap rakaman perbualan mereka dengan Aminah dibuat dengan tujuan untuk memerangkap mereka. Mereka akan merujuk perkara itu kepada peguam, kata Cheah.


Peletakan jawatan Zahir tiada unsur politik - Khalid

SHAH ALAM - Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini menafikan peletakan jawatan seorang Pegawai Khasnya, Zahir Hasan berpunca daripada tekanan politik oleh pihak tertentu.

Beliau berkata, tindakan Zahir itu dibuat atas kehendak dirinya sendiri dengan alasan mahu memberikan tumpuan kepada perniagaannya. "Tidak ada, tidak ada tekanan politik oleh pihak tertentu kecuali tekanan daripada urusan perniagaan beliau (Zahir) yang semakin merosot sejak akhir-akhir ini.


"Beliau menyatakan kepada saya bahawa syarikatnya tidak lagi berfungsi sepenuhnya dan saya menerima peletakan jawatan beliau," katanya .Abdul Khalid berkata demikian ketika diminta mengulas peletakan jawatan Zahir awal Mei lalu yang didakwa berpunca daripada tekanan politik oleh pihak tertentu termasuklah bebanan tugas.


Zulkifli Yaacob Bakal Calon PAS Manek Urai ?

KOTA BHARU - Empat nama disebut-sebut sebagai bakal calon yang akan membawa cabaran Pas pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai ..

Mendahului senarai tersebut ialah bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Guchil, Zulkifli Yaacob yang juga bekas Ketua Pemuda Pas Kelantan.

Nama lain yang turut disebut-sebut ialah bekas calon Pas bagi kerusi DUN Manek Urai pada 2004, Zamzuri Mat Lazim; Ketua Pemuda Pas Kuala Krai, Mahadi Mohd. Zain dan Yang Dipertua Pas Kawasan Gua Musang, Dr. Zulkefli Mohamad .

Kesemua mereka berlatar belakangkan agama kecuali Dr. Zulkefli, seorang pengamal perubatan yang memiliki dua buah klinik di Chiku dan Gua Musang. Keempat-empat bakal calon itu adalah anak tempatan jajahan Kuala Krai, bagaimanapun Dr. Zulkefli aktif dalam Pas di Gua Musang.


Menurut sumber, Zulkefli mempunyai peluang yang lebih cerah untuk dipilih sebagai calon kerana beliau dilihat sebagai pengganti kepada penyandang kerusi DUN Manek Urai, Ismail Yaakob yang meninggal dunia Jumaat lalu. ''Pada pemilihan Pas kawasan baru-baru ini, Zulkifli mencabar Ismail untuk jawatan Timbalan Yang Dipertua, bagaimanapun beliau tewas dengan lima undi.


Saya Tak Layan Hashim - Radzi

Kangar - "Dia buat kerja apa sebagai ketua penerangan Umno Perlis?" Menurut Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad. radzi sheikh ahmad

"Umno Perlis menjadi kacau-bilau kerana tindakan-tindakan bekas setiausaha agung Umno itu," kata Hashim.

"Radzi dan rakan-rakannya juga tidak pernah turut serta dalam pilihanraya-pilihanraya kecil yang diadakan di seluruh negara," kata Hashim lagi. Menyifatkan kenyataan Radzi bahawa rungutan terhadapnya tidak perlu melayan sebagai "cukup angkuh", Hashim terus mengungkit peranan bekas menteri itu dalam pilihanraya umum tahun lepas.

"Yang perlu diperjelaskan adalah betapa Radzi sebenarnya punca kemelut politik Umno Perlis.
"Beliaulah orang yang bertanggungjawab mengetepikan amalan dan sistem dalam parti sehinggakan pemimpin kanan Umno bahagian dan badan perhubungan Perlis disingkirkan daripada menjadi calon dalam pilihanraya umum lalu," katanya.

Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad mendakwa bekas ketua penerangan Umno Perlis, Datuk Hashim Suboh "seorang yang kecewa dan tidak perlu dilayan".

Tuesday, May 26, 2009

Aminah Tiru Cara saiful Cuba Perangkap PKR !

BUTTERWORTH - Calon Bebas bagi pilihan raya kecil negeri kerusi Penanti, Aminah Abdullah Isnin mengemukakan bukti rakaman audio berbentuk cakera padat (CD) berhubung dakwaannya menerima tawaran ganjaran wang RM80,000 serta jawatan Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang (TKM1) oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Aminah yang mendedahkan bukti itu kepada media hari ini mendakwa PKR menawarkan jawatan TKM1 sekiranya beliau menyertai semula parti itu, jika menang pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti pada 31 Mei ini.

"Jika saya menarik diri daripada bertanding pula, mereka menawarkan untuk menggantikan wang deposit saya dan memberi wang sebanyak RM80,000 serta ditawarkan jawatan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pulau Pinang atau Seberang Perai," katanya kepada pemberita di sini.

Beliau berkata rakaman selama kira-kira tiga jam itu dirakam di rumahnya di Jelutong, Pulau Pinang pada 13 Mei lepas.

"Pada 13 Mei lepas saya didatangi oleh dua wakil PKR, seorang ialah pegawai khas kepada exco negeri dan seorang lagi ahli majlis pimpinan tertinggi PKR untuk membincangkan beberapa tawaran jawatan dan ganti rugi," katanya.

Ditanya mengenai respons beliau terhadap tawaran itu, Aminah berkata beliau tidak menerima atau menolak tawaran itu.

Katanya beliau akan mengemukakan bukti itu kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) esok dan menyerahkan kepada suruhanjaya itu membuat laporan berhubung perkara itu kepada Suruhanjaya Percegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

"Saya juga akan membuat laporan polis berhubung perkara itu bagi memastikan keselamatan saya terjamin," katanya.

Johor Daily menghubungi ahli PKR di Penanti sebentar tadi bertanyakan situasi dakwaan Aminah, beliau berkata " Pekara ini sememang telah dirancang dari awal, masakan perakam dan dan juru kemera dah bersedia. kami tidak gentar dengan penipuan ini".

Beliau berkata lagi, "Perangkap Kak Min menjadi, tapi kita tunggu siapa akan terjebak nanti. Mungkin juga akan malu sendiri seperti Saiful ."

Dengan bergurau beliau berkata, " Nak makan cendoi pun mamak yang jual dok senyum sumbing. Dah la kalah, orang kasi 80 ribu tak mau kebas.."


PPP Teruskan Peperangan

JOHOR BAHRU - Pengerusi Parti Progresif Penduduk (PPP) Johor Dr K. Siva Kumar Selasa membuat laporan polis terhadap Senator Datuk T. Murugiah dengan mendakwa beliau menyalahgunakan satu permit untuk menganjurkan mesyuarat agung luar biasa parti itu di Putrajaya Ahad lepas.

Bercakap selepas membuat laporan itu di balai polis Sentral Johor Baharu di sini, beliau berkata permit polis yang digunakan semasa perhimpunan itu sebenar adalah untuk satu majlis perjumpaan dengan rakyat tetapi ia bertukar menjadi satu mesyuarat agung luar biasa parti itu.

Pada mesyuarat itu, Murugiah, yang juga Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, telah dipilih sebagai "presiden" setelah anggota perwakilan meluluskan undi tidak percaya terhadap Presiden PPP sekarang, Datuk M.Kayveas.

Siva berkata mesyuarat agung luar biasa itu adalah tidak sah kerana tidak ada notis 14 hari diberikan kepada semua cawangan parti manakala kebanyakan mereka yang hadir bukannya anggota PPP.

Johor Daily difahamkan oleh seorang bekas ahli PPP yang kini penjawat PKR berkata, "Kayveas kaa... Sammy Vellu kaa... Murugiah kaa... semuanya tak boleh percaya".

Ringgit Jatuh Lagi

KUALA LUMPUR - Ringgit ditutup rendah Selasa berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), dengan mata wang tempatan susut akibat aktiviti pengambilan untung selepas mencatatkan keuntungan awal, kata peniaga.

Ringgit rendah berbanding dollar AS pada 3.5100/5150 berbanding 3.4870/4920 semalam.

Ringgit rendah berbanding dolar Singapura pada 2.4175/4232 berbanding 2.4062/4121 semalam dan rendah berbanding yen pada 3.6973/7045 daripada 3.6698/6773 sebelumnya.

Ringgit susut berbanding pound British pada 5.5484/5574 berbanding 5.5314/5408 semalam dan rendah berbanding euro pada 4.8760/8840 daripada 4.8731/8811 sebelumnya.

Seorang peniaga dan penyokong PKR berkata kepda Johor Daily , "PM hanya pandai berkata, hakikatnya nilai matawang kita terus jatuh". Beliau berpendapat jika Najib terus berkuasa dalam setahun lagi tidak mustahil ringgit jatuh RM4.00 berbanding Dollar Amerika.

Radzi Punca Kami Hijrah Ke PKR

Kangar - Ketua Penerangan Umno negeri yang baru Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad "tidak pandai menjalin hubungan dengan orang lain", kata Datuk Hashim Suboh.

hashim suboh umno perlisKatanya lagi , keadaan ini boleh menjejaskan imej parti terutama ada kumpulan yang tidak senang dengan kepimpinan Menteri Besar, Datuk Seru Md Isa Sabu."Umno Perlis menjadi kacau bilau kerana tindakan-tindakan bekas setiausaha agung Umno itu," tegasnya lagi.

Beliau diminta mengulas kenyataan Radzi di sebuah akhbar hari ini yang menganggap laporan di internet bahawa ramai ahli Umno Perlis menyertai pembangkang adalah "gimik politik murahan demi meraih populariti peribadi sebagai membantah kepemimpin Umno negeri".

Hashim berkata, perkara ini akan menjadi lebih besar jika ia tidak diselesaikan dengan segera.

Orang kanan bekas menteri besar Datuk Seri Shahidan Kassim itu juga kecewa dengan dakwaan Radzi bahawa laporan media bahawa ramai ahli Umno Perlis telah dan akan menyertai pembangkang "didalangi oleh individu tertentu yang mensabotaj parti ketika kempen pilihanraya umum tahun lalu".

Hashim menambah, untuk membuktikan dakwaan tersebut benar atau tidak, ahli parlimen Kangar perlu bertemu dengan mereka yang berpaling tadah. "Tanya mereka sendiri mengapakah mereka keluar Umno. Jawabannya, kerana meluat dengan Radzi," katanya.

Johor Daily ketika dihubungi oleh seorang wanita PKR Johor memberitahu, ketika ini berduyun-duyun ahli Umno masuk PKR termasuk di Johor dan seluruh Malaysia. Beliau berkata lagi, persaingan sengit dan masalah kepimpinan diantara pimpinan BN-UMNO memberi kelebihan kepada parti itu.


Mogok Oh Mogok....

Ipoh - Pakatan Rakyat melancarkan mogok lapar selama 72 jam di ibu pejabat DAP itu mulai 11 pagi bagi mendesak dewan dibubarkan untuk memboleh satu pilihanraya negeri dipanggil sebagai langkah penyelesaian kemelut politik yang berlarutan sejak Februari lalu.

Lima pekerja syarikat pengurusan acara ditahan polis sewaktu sedang menyiapkan khemah untuk acara kempen mogok lapar Pakatan Rakyat yang mendesak DUN Perak dibubarkan.
perak hunger strike police arrest at ipoh dap office 260509 03Mereka ditangkap di depan Wisma DAP di Ipoh selepas jam 6 pagi ini. Tiada maklumat lengkap diperolehi tentang status mereka, setakat ini.

Belon udara besar dengan tulisan 'Bubar DUN' turut dirampas. Difahamkan kakitangan Majlis Bandaraya Ipoh cuba meruntuh khemah untuk majlis pelancaran tetapi tidak meneruskan niat mereka.

Sekurang-kurangnya 50 anggota polis termasuk yang berpakaian biasa dan pasukan pencegah rusuhan kelihatan di sekitar ibu pejabat DAP negeri itu. Menteri besar mereka Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan speaker gabungan pembangkang itu V Sivakumar dijadual melancarkan dan menyertai mogok tersebut.

Aminah dakwa PKR tawar jawatan, wang - Utusan malaysia

( Artikel penuh dari Utusan Malaysia )

AMINAH Abdullah ditemani suaminya Mohd. Rofi Osman menunjukkan salinan laporan polis dan cakera padat yang didakwa sebagai rakaman tawaran PKR di Bukit Mertajam, Pulau Pinang, semalam.



BUKIT MERTAJAM 25 Mei - Calon Bebas, Aminah Abdullah hari ini tampil mendedahkan bukti Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang didakwa cuba menyogoknya dengan menawarkan jawatan Timbalan Ketua Menteri 1 (TKM1) atau Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan wang RM88,000.


Menurutnya, jawatan TKM1 Pulau Pinang dan wang RM88,000 itu ditawarkan sekiranya beliau menang atas tiket Bebas dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti pada 31 Mei ini, tetapi dengan syarat beliau kembali menyertai PKR.


Katanya, jawatan Yang Dipertua MPPP dan wang RM88,000 ditawarkan jika beliau menarik diri daripada bertanding dalam pilihan raya kecil itu.


Jelasnya, bukti kedua-dua tawaran berserta wang tersebut, iaitu rakaman perbualan bersama dua wakil PKR yang datang menemuinya di rumahnya di Jelutong, Pulau Pinang pada 13 Mei lalu, akan diserahkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di Komtar, Pulau Pinang esok.


"Kalau saya teruskan bertanding (atas tiket Bebas) dan menang, PKR menawarkan jawatan TKM1 tetapi mesti masuk semula ke dalam parti PKR manakala kalau saya tarik diri pula, mereka tawarkan jawatan Yang Dipertua MPPP.


"Kedua-dua tawaran itu disertai dengan ganti rugi RM88,000 kerana itulah jumlah yang telah saya belanjakan untuk berkempen termasuk wang deposit untuk bertanding kerusi DUN Penanti," katanya pada sidang akhbar di Simpang Tiga, Kubang Ulu di sini hari ini.


Pada kira-kira pukul 11.50 pagi ini, beliau membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Tengah (SPT) bertujuan melindungi keselamatan dirinya dan keluarga ekoran pendedahannya itu.

Aminah berkata, dua individu yang mewakili PKR adalah seorang pegawai khas Exco kerajaan negeri dan seorang ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) PKR.


Menurutnya, selain pita rakaman perbualan dalam bentuk cakera padat selama lebih tiga jam, beliau akan menyerahkan kepada SPR gambar-gambar ketika dikunjungi dua wakil PKR itu.

"Saya mendedahkan bukti ini kerana berpegang kepada prinsip dan bukan ditaja mana-mana pihak untuk bertanding atas tiket Bebas, sebaliknya berharap SPR menyerahkan laporan ini kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk siasatan lanjut.


"Saya juga membuat pendedahan bukti hari ini bagi menyahut cabaran yang dilontarkan kepada saya oleh pemimpin PKR negeri,"

Menjelaskan lebih lanjut mengenai tawaran PKR itu, Aminah memberitahu, tawaran tersebut dibuat PKR kerana parti itu tidak yakin calon mereka, Dr. Mansor Othman boleh menang kerusi DUN Penanti.


Lawan Tetap lawan - Kayveas

KUANTAN - Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP), Datuk M. Kayveas mencabar Senator Datuk T. Murugiah yang diumum Presiden PPP semalam, supaya menubuhkan parti baru jika merasakan dirinya wira kaum India.

"Kalau dia rasa dia kuat dan popular, dia boleh membentuk parti baru dan satukan semua kaum India. Dia perlu lakukannya dan jangan ganggu PPP lagi," cabar Kayveas.


Kayveas mengulas krisis PPP apabila Murugiah dipilih sebagai Presiden baru parti itu pada mesyuarat agung luar biasa (EGM) yang dihadiri 1,760 perwakilan didakwa mewakili dua pertiga cawangan PPP di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) semalam.

Sementara itu Murugiah yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri mendakwa dipilih sebulat suara sebagai Presiden selepas undi tidak percaya ke atas Kayveas diluluskan sekali gus membawa kepada pelucutan jawatan Presiden yang disandangnya sejak 1993.


"Dulu dia pernah kata parti ini tidak sah dan meminta Pendaftar Pertubuhan (ROS) membatalkannya. Tiba-tiba semalam dia dilantik Presiden dan itu adalah sah pula.

"Kita kena check kerana ada yang tidak kena dengan dia. Bagaimana dia boleh jadi Presiden kepada parti yang tidak sah," katanya lagi.


Sambil menyifatkan kemelut dalam PPP itu sebagai 'ribut dalam cawan', Kayveas menafikan tindakan Murugiah itu akan menyebabkan PPP berpecah."Beberapa ahli PPP yang hadir itu adalah daripada kalangan yang kecewa dengan parti," katanya.


Tegasnya, PPP akan meminta lapan daripada ahli parti yang dikenal pasti menghadiri EGM itu mengemukakan surat tunjuk sebab sebelum sebarang tindakan diambil.

"Kita ada merakamkan apa yang berlaku dan setakat ini sekurang-kurangnya lapan ahli PPP dikenal pasti hadir dalam perhimpunan tersebut," jelasnya sambil mendakwa menghantar kira-kira 100 'pengintip' untuk merakamkan apa yang berlaku dalam EGM itu.


Kayveas sekali lagi mengingatkan Murugiah bahawa tempoh rayuan berikutan pemecatannya tamat pada 30 Mei ini."Murugiah sepatutnya berjumpa dengan ROS terlebih dahulu sebelum mengadakan EGM," jelasnya.


Beliau juga menggesa BN mengambil tindakan terhadap Murugiah kerana tindakannya itu boleh merosakkan perpaduan dalam parti."Saya pasti Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyedari apa yang berlaku dalam PPP," katanya.



Kegawatan AMK PKR ?

Johor Bahru - Dewasa ini angin bertiup kencang mengenai hubungan diantara ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK ) Parti Keadilan Rakyat dan dan timbalannya berlaku keretakkan. Johor Daily difahamkan ia berlaku disebabkan pertindihan tugas pada beberapa pilihanraya kecil dan pemilihan agung parti itu tidak lama lagi.

Diantara punca-punca lain yang diselami oleh Johor Daily ialah rasa tidak puas hati beberapa perlantikkan Ketua AMK Negeri terutama Pulau Pinang dan beberapa negeri, seperti AMK Pulau Pinang dan kekalutan AMK Pahang di Pilihanraya Kecil DUN Penanti. Pulau Pinang dikatakan kini mempunyai dua Ketua AMK Negeri, satu pro Anwar dan satu kumpulan reformis. Seorang ketua AMK Bahagian Pulau Pinang memaklumkan kepada Johor Daily, Pilihanraya Kecil DUN Penanti didakwa telah diboikot oleh beberapa AMK Bahagian Pulau Pinang disebabkan jawatan tersebut.

Seorang Ketua AMK Negeri memberitahu Johor Daily, kini terdapat dua kem iaitu Kumpulan Sam dan Kumpulan Cikgu Fariz. Beliau yang namanya tidak manu dicatitkan memberitahu, " sepatutnya pilihanraya kecil dijawat oleh ketua, inilah jadinya jika timbalan jadi pengarah pilihanraya kecil".

Dikatakan di setiap lokasi perjumpaan dengan jentera AMK, Fariz kerapkali menafikan berlakunya dua kem dan tidak terlintas padanya untuk merebut jawatan ketua pada pemilihan akan datang.

Johor Daily berharap pekara ini diselesaikan secara harmoni. Pengarah Pilihanraya Kecil perlu digalas oleh Ketua agar tiada pertembungan bidang kuasa.

Aminah Mencari Pulisiti Murahan ?

Penanti - Johor Daily bergegas dari Kota Bahru ke Penanti kelmarin ( sehingga terlepas ceramah Anwar Ibrahim di Skudai - penat aje buat promosi...hehehe ) bagi menyelidik kisah disebalik dakwaan seorang calon Bebas di Pilihanraya Kecil DUN Penanti kononnya berlaku rasuah. Beliau ialah Aminah Abdullah atau lebih mesra dipanggil 'Kak Min' . Johor Daily rupa-rupa terpengaruh dengan kononnya berlaku rasuah oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Setelah menilai lapuran polis, sidang akbar dan rakaman cekra padat ( CD ) tersebut, Johor Daily menghuraikan beberapa fakta :

1. Tiada seduit pun wang diterima oleh Aminah dan tiada sesen pun diberikan oleh ahli PKR tersebut semasa kejadian.

2. Rakaman berbualan tersebut adalah soalan perangkap dan telah diaturkan oleh beliau atau seseorang. Johor Daily difahamkan ia diseliakan oleh seseorang bekas orang kuat Anwar Ibrahim yang kini menjadi pencacai BN-Umno.

3. 'Orang kuat PKR' yang menawarkan jawatan dan wang itu lebik cenderung 'sembang-sembang dengan rakan lama'. Tiada rakaman/bukti wakil PKR tersebut meminta akaun bank, borang jawatan kosong, surat tawaran rasmi dan pemberian wang tunai ketika peristiwa itu berlaku.

4. Ahli PKR tersebut tidak mempunyai kuasa penuh melantik jawatan seperti dakwaan beliau, jika benar tawaran itu berlaku.

5. Jumlah wang dakwaan Aminah yang telah dibelanjakan ( RM88,000.00 ) hanyalah 'soalan perangkap' agar ahli PKR itu membayar balik kos kerugian. Aminah sebenarnya tidak berbelanja jumlah sebanyak itu sebelum penamaan calon. Semasa perbualan itu tiada ditunjukkan slip kos perbelanjaan . Malah ada yang mendakwa , wang untuk penamaan calon pun belun dibayar semasa kejadian( Allahualambisaw) .

6. Pertemuan itu hanya 'sembang rakan lama'. Tiada kecenderungan memberi wang dan jawatan secara bersungguh-sungguh.

7. Dalam politik, tawaran/sembang 'tarik-tali' adalah lumrah. Namun rasuah tidak berlaku di Penanti.

Johor Daily berharap Aminah menilai semua aspek sebelum terpengrangkap dengan agenda seorang- dua bekas orang kanan Anwar dalam mengejar cita-cita politik. Beliau sebelum ini berkerja keras bersama PKR dan PKN, jangan disebabkan kecewa dan tidak berjawatan lagi, menikam rakan lamanya .

Johor Daily mendoakan kesejahteraan Kak Min.... Amin.


Husam Cabar Nashsaruddin

Johor Bahru - Setelah beberapa minggu berfikir, semalam Datuk Husam Musa secara rasmi mengesahkan bertandingi jawatan Timbalan Presiden PAS .

"Saya yakin bahawa gandingan yang mantap boleh membantu Datuk Seri Tuan Guru memimpin PAS terus-menerus menerokai kemajuan dan pembukaan sehingga berjaya dari segi politik menggantikan tempat Umno sebagai teraju utama negara pada masa akan datang," katanya.

husam musa pas annouce contest of number 2 post 250509 02"Penolakan ke atas Umno adalah kerana sifat perjuangannya yang memisahkan aktiviti pemerintahan daripada hitungan akhirat dan bimbingan wahyu, yang membawa kepada berleluasanya korupsi, penyelewengan dan salah guna kuasa serta hilang puncanya
Umno dalam isu hubungan kaum dan agama di Malaysia."

"Saya telah ambil masa yang sangat lama untuk buat keputusan ini, dan ini adalah hari terakhir. Jadi saya rasa ini adalah keputusan yang muktamad."

Kata lahi,"Saya tidak mahu masuk kepada tajuk yang boleh mengelirukan. Saya hanya berkata bahawa, apa yang saya tuliskan itu bolehlah saudara tafsirkan dengan bentuk positif. "Iaitu suasana semasa adalah kritikal dan saya tidak ada pilihan, saya meletakkan satu petanda dalam bentuk pertandingan ini."

Saturday, May 23, 2009

Tidak Perlu Gantung Elaun Khir - Lim Kit Siang

KUALA LUMPUR - DUN Selangor tidak wajar menggantung elaun Datuk Seri Dr Khir Toyo sekalipun jika ia mengesahkan perakuan Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan untuk berbuat demikian kata Lim Kit Siang hari ini. Menurutnya, Khir boleh digantung tetapi tidak harus menggantung elaun mereka oleh kerana anggota-angguta DUN dipilih oleh pengundi yang mewakili mereka di peringkat kerajaan negeri.

"Pengundi tidak harus diletakkan dalam kedaaan tidak menentu kerana tidak mempunyai anggota dewan untuk mewakili sebagai pengantara dengan kerajaan negeri sekalipun jika ia digantung dari sidang Dewan Negeri," kata Lim lagi.

Khir (Adun Sungai Panjang) dan empat anggota DUN lain Barisan Nasional bersalah menghina dewan itu pada 19 Mei yang lepas. Khir didapati bersalah atas tiga tuduhan lain membuat kenyataan menghina dan negatif mengenai Selcat dalam media dan di blognya.

Adun lain BN yang didapati bersalah menyelar Selcat di media dan diperakukan digantung selama enam bulan tanpa elaun dan keistimewaan ialah Datuk Warno Dogol (Sabak Bernam), Datuk Mohd Idris Abu Bakar (Hulu Bernam), Mohd Isa Abu Kassim (Batang Kali) dan Datuk Marsum Paing (Dengkil).

Johor Daily difahamkan tindakan itu wajar diambil selagi dengan tindakan yang sama dikenakan terhadap Ahli Parlimen DAP yang alaun MP itu juga tidak dibayar.

Keputusan Mahkamah Wajar Untuk Perak - Muhyiddin

KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata keputusan Mahkamah Rayuan di Putrajaya mengisytiharkan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak, yang sah memihak kepada Barisan Nasional (BN), merupakan langkah pertama dalam menyelesaikan kemelut politik di Perak.

Beliau berkata keputusan mahkamah itu menunjukkan bahawa BN mengikuti prinsip undang-undang serta tidak melanggar Perlembagaan Persekutuan, Undang-Undang Tubuh Negeri Perak yang selaras dengan peruntukan undang-undang sedia ada.

"Keputusan yang dibuat oleh kesemua hakim muktamad, dan secara keseluruhannya ia memberikan petanda bahawa sudah patut selesai satu daripada kemelut yang berlaku di Perak dan status Menteri Besar ini.

"Jadi saya harap semua pihak termasuk yang kalah, parti lawan terima keputusan mahkamah ini dengan hati terbuka, menghormatinya dan harus memberikan peluang kepada pimpinan Datuk Seri Dr Zambry untuk menjalankan tugas dengan tidak diganggu yang membawa kesan kepada kebajikan rakyat Perak," katanya.

PKR Cuba Rasuah Saya - Aminah

Johor Bahru - Aminah Abdullah mendakwa Parti keadilan Rakyat cuba menawarkan ganjaran kepadanya supaya menarik diri daripada bertanding pada pilihanraya Penanti.

"Saya akan bongkar dengan memberi bukti yang PKR ada menawarkan rasuah terhadap saya selepas saya mengumumkan untuk bertanding pada pilihanraya ini," katanya lagi.

Beliau turut menafikan ditaja oleh oleh mana-mana pihak termasuk Umno. Ia merupakan tamparan pertama PKR daripada bekas pemimpin parti itu. Beliau yang mengunakan logo kunci itu berazam unutk memenangi pilihanraya itu.

Bagaimanapun Aminah tidak memberitahu berapa jumlah dan siapa yang datang berjumpa kepadanya untuk dakwaan tersebut. sehubungan dari itu belaiu berkata akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membuktikan tuduhannya bukan sekadar mencari populariti.

Gadis Pujaan Razak Baginda III

Tersebar luas gamabrnya bersama seorang tokoh di Malaysia. Sudikah anda bergambar dengan jika gadis ini masih hidup....


Gadis Pujaan Razak Baginda II

Mengapa Malaysia dianggap negara paling makmur didunia, apa punca si-genit ini diletupkan oleh anggota Polis ? Apakah kesalahan gadis ini ?

Gadis Pujaan Razak Baginda

Siapakah gadis ini ?

Calon Proksi Umno Kena Tendang

Bukit Mertajam - Ahli Umno Mohd Saberi Othman, yang seorang bekas pembantu Tun Abdullah Ahmad Badawi di kawasan parlimennya di Kepala Batas, dibatalkan borang pencalonannya. Sebab penolakan tersebut belum dapat dipastikan.

Empat sahaja calon diterima untuk bertarung menghadapi pilihanraya kecil DUN Penanti pada 31 Mei 2009. Kali ini tanpa persaingan sengit BN yang memutuskan untuk memulaukannya tetapi muslihat Umno terbongkar juga. Rata-rata blogger menganggap tindakan BN-Umno itu bacul dan lari dari pertarungan.

Mereka yang bertanding ialah Kamarul Ramizu Idris , Aminah Abdullah , Nai Khan Ari dan Dr. Mansor. Seorang penyokong PKR menghubungi Johor Daily memberitahu bahawa, " Calon proksi Umno kena tendang dan mengaibkan kata Umno tak mahu bertanding".


PAS Mula Mendabik Dada - DUN Manek Urai

Johor Bahru - Pengarah Pilihanraya PAS Datuk Mustafa Ali pagi ini berkata kemenangan BN di Manek Urai tidak memberi banyak makna kerana PAS menguasai majoriti besar di Kelantan.

"Kalau BN menang, ia tidak mengubah majoriti kerana kita ada majoriti dua pertiga yang besar (di DUN Kelantan)," katanya di Kuala Lumpur bagi mengumumkan kematian mengejut wakil rakyatnya itu.

Sementara itu Tan Sri Muhyiddin Yassin juga berkata, BN tidak akan memberi laluan mudah kepada PAS di kerusi tersebut. "PAS jangan terlalu yakin, walaupun ini kawasan mereka, jangan ingat mereka akan sentiasa menang. "Dalam pilihanraya umum lalu, kita kalah cuma 1,000 undi," katanya lagi.

"Saya berpendapat walaupun agak awal, kita akan bertanding di kawasan itu apabila telah diumumkan kekosongannya oleh Suruhanjaya Pilihan Raya " katanya. Johor Daily dimaklumkan Datuk Seri Najib Razak telah mengesahkan BN akan meletakkan calonnya bagi mencabar PAS di kerusi tersebut.


5 Berentap Kecuali Umno

Bukit Mertajam - Zabidie Abas , Ketua AMK Parti Keadilan Rakyat memklumkan kepada Johor Daily 5 calon disahkan bertanding di Pilihanraya kecil DUN Penanti keculai Umno selepas tempoh penamaan calon tamat jam 10 pagi . Lima orang termasuk calon PKR Dr. Mansor Othman .

Calon Bebas yang bertanding ialah bekas calon Bebas Bukit Gantang Kamarul Ramizu Idris, bekas pemimpin Gerakan, Nai Khan Ari; bekas pemimpin Wanita PKR negeri Aminah Abdullah dan Mohd Saberi Othman

Menteri besar Pakatan Rakyat di Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, yang turut mengiringi calon PKR mendapat sambutan meriah dengan jeritan "bubar (DUN) Perak" para penyokong. Tokoh-tokoh kanan PKR termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim dan lainnya kelihatan tampil memberikan sokongan kepada Mansor.

Johor Daily difahamkan tiada rusuhan berlaku ditempat penamaan calon. Pihak keselamatan juga dilihat bersantai sahaja. Zabidie memberitahu Johor Daily " Selama ini Umno yang menghuru-harakan setiap pilihanraya, mereka sebenarnya perusuh".


15 Fakta Najib Bacul Di Perak

Johor Bahru - Johor Daily mendapati keputusan Datuk Seri Najib Razak enggan 'melepaskan' Perak dari kerakusan mereka (Barisan Nasional ) adalah disebabkan 15 fakta asas.

1. Najib mendakwa berjiwa rakyat tetapi isterinya berlimpahan intan permata ( emas dan perak tak main laa... )

2. Kes pembunuhan Altantuya menyebabkan salah satu faktor utama kekalahan Barisan Nasional PRU ke-12.

3. Majoriti Pakatan Rakyat akan pasti bertambah jika DUN Perak dibubarkan. Ia akan memendekkan usia Najib sebagai Perdana Menteri.

4. Najib bimbang rahsia 'tiga ADUN yang ditawannya' terbongkar.

5. Keputusan Pilihanraya Kecil yang lepas membuktikan Najib sudah tiada popuariti. Malah lebih buruk dari Pak Lah.

6. Perebutan kuasa di Perlis, Terngganu, Selangor dan Perak sendiri menyebabkan Najib tidak yakin dengan jentera BN.

7. Komisyen pembelian kapal selam dan helikopter yang diseliakan oleh Najib memberi imej buruk kepada BN dan punca utama kekalahan BN di PRU ke-12.

8. Najib sebelum ini kerap menyalahkan Tun Abdullah dan Tun mahathir kekalahan PRU-12, tetapi beliau sendiri sebagai Pengarah Pilihanraya Kecil selepas PRU ke-12 menerima kekalahan lebih teruk.

9. Skandal liwat dibawah seliaan Najib membawa padah kepada BN.

10. Pemilihan Menteri kabinet baru menimbulkan banyak rasa tidak puashati dikalangan pemimpin BN.

11. Razak Baginda terlepas tetapi pembunuh upahan dihukum mati. Pembunuh upahan itu adalah pengawal peribadi Datin Seri Rosmah Mansor.

12. Sumpah dan janji palsu banyak ditaburkan semasa Pilihanraya kecil yang lepas. Sebahagian besarnya dusta.

13. Najib bimbang jika berlaku pilihanraya di Perak lebih ramai pemimpin BN akan menyertai Pakatan Rakyat.

14. Tiada projek mega baru dilancarkan sebagai pemangkin ekonomi Malaysia. Pekaj Rangsangan Ekonomi yang lalu sebenarnya hanya Bajet 2009 yang telah diumumkan oleh Tun Abdulah Badawi di Parlimen.

15. Najib hanya menumpang ketokohan arwah ayahnya, iaitu Allahyarham Tun Abdul Razak. FELDA yang dimangkinkan oleh Tun Razak dimusnahkan oleh Najib.

Renungi fakta ini, dan anda pasti bersetuju dengan Johor Daily.

MCA Mahu Sertai Puteri BN

KUALA LUMPUR - Pergerakan Wanita MCA menyokong penuh pembentukan Puteri Barisan Nasional (BN) dengan menghantar kepimpinan tertinggi Beliawanis, sayap pergerakan itu menyertai Puteri BN.

Ketua Wanita MCA Datin Paduka Chew Mei Fun berkata Jawatankuasa Pusat Wanita MCA akan menghantar Ketua Beliawanis, Timbalan Ketua dan Setiausahanya untuk mewakili parti itu dalam Puteri BN. "Kami menyokong Puteri BN dan ini tidak akan mengubah struktur organisasi Wanita MCA," katanya lagi.

Beliau yakin Puteri BN akan dapat berkerjasama bagi mengembeling tenaga bagi memastikan Pilihanraya Umum Ke-13 dapat dimenangi oleh Barisan nasional lagi.

Johor Daily difahamkan sayap parti BN yang lain belum lagi menyatakan persetujuan tentang penubuhan Puteri BN, terutama di Sabah dan Sarawak.

Umno Mahu Menjiat Ludah di Manek Urai

Johor Bahru - Selepas pengumuman kematian ADUN Manek Urai, Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan Ahli Parlimen Pontian berkata Bn wajar bertanding disitu. Ia disokong oleh rata-rata pemimpin Barisan Nasional.

Namun Datuk Takiyuddin Hassan berkata, BN tidak perlu bertanding kerana ia adalah pembaziran dan PAS yakin BN akan kalah juga di Manek Urai. "Pilihanraya kecil ke-7 ini menyaksikan Umno cuba bersandiwara lagi," kata seorang penyokong PKR.

BN dianggap mahu menjilat ludahnya yang sebelum ini dengan tegas menyatakan pilihanraya kecil hanya membazir wang dan masa.

Mahkamah Tinggi Silap - Mahkamah Rayuan

Putrajaya - sivakumar and zambry at perak state assembly 130509 04Panel tiga hakim itu sebulat suara menerima rayuan Datuk Seri Zambry. Keputusan itu membatalkan penghakiman Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur minggu lalu yang mengesahkan kedudukan asal Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

Dalam penghakimannya, ketiga-tiga mereka berhujah bahawa hakim mahkamah tinggi Datuk Abdul Aziz Abd Rahim membuat kesilapan dalam keputusannya dan Sultan Perak layak melantik Zambry apabila Mohamad Nizar hilang majoriti dalam DUN.

Panel tiga hakim yang mendengar rayuan tersebut ialah Datuk Md Raus Sharif, Datuk Zainun Ali dan Datuk Ahmad Maarop. Dalam keputusan semalam Mahkamah Tinggi telah silap dalam keputusannya sebelum ini. Namun dalam perkembangan lain Johor Daily diberitahu Nizar tidak akan beriam diri dengan keputusan itu.

Akhirnya Saya Tinggalkan Umno - Shaari

Kangar - "Kepimpinan tertinggi Umno telah lari dari matlamat perjuangan asal Umno sendiri," Shaari Ludin .Bekas ahli jawatankuasa bahagian Kangar.

Beliau juga turut menyalahkan kepimpinan tertinggi Umno yang didakwanya 'lari dari matlamat perjuangan asal Umno" sehingga mendorong beliau beralih kepada pembangkang. "Saya sudah lama dalam Umno, saya masuk PKR, sebab kepimpinan Umno sudah jauh menyimpang. " kata Shaari lagi.

Menurut Shaari lagi, beliau menyertai PKR atas kerelaan beliau sendiri dan diikuti oleh ahli-ahli Umno yang lain, yang juga tidak puashati dengan parti itu sekarang. Seingatnya, kata Shaari, sehingga bulan April lalu, 500 hingga 600 ahli Umno sudah menyertai PKR.

Umno Telah Mati, Yang Tinggal Hanya Lanun......

Samporna - Umno Telah Mati, Yang Tinggal Hanya Lanun...... itulah simbolik dari gambar dibawah untuk parti Umno oleh ahli parti itu . Akibat tidak puas hati dengan isu tanah, penduduk setempat didakwa telah "mentalkinkan mayat Umno" di Semporna, kawasan parlimen naib presiden parti itu Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.
majlis talqin umno funeral prayer 200509

Gambar itu memaparkan empat lelaki berbaring dalam satu barisan sambil diselimuti bendera Umno. Sekumpulan kira-kira 40 penduduk kampung, sebahagiannya orang tua berkopiah putih, berdiri di hadapan "mayat" tersebut dan mengangkat tangan seolah-olah sedang berdoa.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR Badrul Hisham Saharin, yang mendakwa menerima gambar tersebut melalui emel, berkata beliau difahamkan bahawa ia dirakam di kawasan Mohd Shafie, yang juga menteri kemajuan luar bandar dan wilayah.

Bendahari Umno Semporna, Datuk Madlan Alami yakin majlis talkin itu bukan protes daripada penyokong Umno sendiri."Saya yakin bukan orang Umno yang buat. (Orang Umno) kalaupun benar mereka tidak puas hati, mereka tidak akan buat macam itu," katanya lagi.

Pesuruhjaya PAS Sabah, Mohammad Abdullah dan ketua bahagian PKR Semporna, Abdul Wahab Ali pula mengakui terdapat rasa tidak puas hati penduduk Semporna berhubung status pemilikan tanah yang diusahakan mereka. Johor Daily difahamkan mereka sebelum ini adalah penyokong setia mohd. Shafei Afdal.

Friday, May 22, 2009

SPR Tentukan P/Raya Kecil Manik Urai Khamis Depan

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pilihan Raya(SPR) akan bermesyuarat pada Khamis depan untuk memutuskan tarikh penamaan calon dan pengundian bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Manik Urai, Kelantan, yang kosong berikutan kematian penyandangnya Ismail Yaacob pagi ini.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata mesyuarat akan diadakan pada hari berkenaan sekiranya surat pemakluman mengenai kekosongan dihantar pada Isnin. "Mesyuarat dijangka bermula pada 10 pagi dan SPR akan memaklumkan pada hari sama mengenai tarikh penamaan calon dan hari pengundian," katanya.

Speaker DUN Kelantan Mohd Nassuruddin Daud hari ini berkata kekosongan kerusi DUN Manik Urai akan dimaklumkan kepada SPR, Isnin ini. Ismail, 60, meninggal dunia di Hospital Raja Perempuan Zainab II di sini kira-kira 5.55 pagi kerana sakit jantung selepas dimasukkan ke hospital itu untuk menerima rawatan sejak bulan lepas.

Pele Pangkor Sah MB Perak

KUALA LUMPUR - 'Pele Pangkor' atau Datuk Seri Zambry Abdul Kadir ialah Menteri Besar Perak yang sah, Mahkamah Rayuan membuat keputusan hari ini. Itu keputusan para hakim bagi menyokong keputusan mereka sebelum ini.


ANAK FELDA Mengamuk...

Johor Bahru - Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda (ANAK) telah membuat satu laporan polis besar-besaran akan dibuat di IPD Kuantan jam 10.00 pagi ini bersama Mazlan Aliman (Presiden) dan para peneroka berhubung dengan kezaliman pihak Felda yang mengugut para peneroka yang terlibat membuat kerja tanam semula.

Banyak laporan yang diterima daripada kalangan peneroka Felda tentang perkara ini, malah ada dikalangan mereka adalah terdiri daripada pemimpin dan ahli UMNO sendiri yang telah sekian lama menyokong kerajaan. Tindakan mengugut dan menahan hak mereka amatlah bertentangan dengan dasar kemanusia itu sendiri. Peneroka yang menanam semula secara sendiri dianggap sebagai pengkhianat kepada Felda.

Mereka mendakwa sebenarnya sudah habis membayar segala hutang kepada Felda dan telah mendapat Hak Milik masing-masing. Johor Daily menghubungi Setiausaha Agung ANAK, Zabidie Abas, belaiu mengesahkan pekara tersebut dan menyatakan ANAK akan terus menuntut sehingga hak mereka terlaksana.

Beliau mendakwa pemberian Hak Milik selama ini adalah hanya penipuan FELDA terhadap peneroka dan berharap FELDA berhenti menipu para peneroka.


Menteri BN-Umno Melucah lagi Dan Lagi

Kuala Lumpur - Selepas beberapa pemimpin BN disabitkan dengan skandal jalang, kini Menteri Wilayah Persekutuan, Senator Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin didakwa mengeluarkan kata-kata kurang sopan yang bersifat "gangguan seksual" terhadap ahli parlimen wanita PAS semalam.

Menurut Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali, Raja berkata "Saya turun setiap tempat, takkan nak beritahu awak semua. Ini saya nak pergi tandas, takkan nak beritahu awak, awak nak ikut ke?"

dr loloDalam blognya hari ini, ahli jawatankuasa pusat PAS itu mendakwa kata-kata tersebut diucapkan oleh Raja Nong Chik sewaktu lawatan mengejut menteri baru itu ke sebuah pasar baru di Kampung Datuk Keramat petang semalam.

"Sebagai seorang wanita yang terhormat, seorang Wanita Islam yang menjaga sahsiah diri, saya merasa terhina dan tidak dapat menerima kata-kata tersebut keluar dari mulut seorang menteri, lebih-lebih lagi saya seorang wakil rakyat yang dipilih oleh rakyat," kata Dr Lo' Lo' lagi.

"Ada ramai rakan-rakan yang berpendapat ini satu bentuk gangguan seksual walau pun tidak berapa jelas tujuan dan maksud kata-kata tersebut dikeluarkan."

Dalam sidang media pagi ini, Dr Lo' Lo' menjelaskan bahawa Raja Nong Chik telah memohon maaf kepadanya secara peribadi semalam. Johor Daily berharap Dr Lo' Lo' tidak membuat lapuran polis kerana tidak akan ada tindakan susulan seperti laporan-laporan yang lepas.

Umno Tidak Bertanding di DUN Manik

Johor Bahru - Al-Fatihah dan takziah buat keluarga ADUN Manik Urai, Ismail Yaacob meninggal dunia awal pagi tadi . Allahyarham dimasukkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II pada 26 April lalu kerana menghadapi masalah di bahagian kakinya sehingga menyebabkan kesihatannya sering kali terganggu.

Pengarah pilihanraya PAS Datuk Mustafa Ali dijadual mengadakan satu sidang media di ibu pejabat parti itu di Kuala Lumpur jam 11 pagi ini. Beliau juga dijangka mengulas pilihanraya kecil DUN Penanti yang akan bermula Sabtu ini sehingga 31 Mei.

Jahor Daily difahamkan Umno mungkin tidak bertanding pilihanraya semula itu kerana akan menumpukkan pentadbiran negara dan mahu berjimat cermat. Tahniah Barisan Nasional.

PAS Tak Gelogoh Macam Umno

Johor Bahru - Seorang lagi calon PAS menarik diri dari perebutan kerusi di Mutamar PAS ke -55 nanti. Pesuruhjaya PAS Perak, Ahmad Awang menolak semua pencalonan termasuk menarik diri daripada mempertahankan jawatan naib presiden dalam pemilihan parti itu bulan depan.

Dua lagi pencalonan yang ditolaknya ialah untuk kerusi jawatankuasa PAS pusat dan jawatankuasa Dewan Ulama. ahmad awangMohamad telah mengumumkan akan bertanding jawatan timbalan presiden. Manakala Husam yang turut dicalon jawatan yang sama, belum membuat sebarang keputusan mengenainya.

Seramai 16 orang dicalonkan bertanding jawatan naib presiden kali ini - bilangan yang tertinggi dalam sejarah pemilihan PAS. Ahmad mengesahkan tidak akan mempertahankan jawatan naib presiden kerana ingin menumpukan kepada usaha-usaha dakwah.

Selain itu, katanya, calon-calon bagi jawatan tersebut lebih muda daripadanya dan sesuai untuk menggalas tugas naib presiden bagi membantu pucuk pimpinan parti. Seorang penyokong PAS memberitahu Johor Daily bahawa pimpinan PAS tidak seperti Umno, berebut dan golojoh dengan jawatan sehingga menikam kawan sendiri.

Awas Hindaf ! - Maslan

KUALA LUMPUR – Ketua Bahagian Pontian, Ahmad Maslan berkata, tuntutan tidak munasabah yang menggunakan pendekatan ekstrem sehingga mengancam keselamatan negara hanya akan menyebabkan masyarakat India yang menyokong Hindraf dibenci selain terpaksa berdepan dengan tindakan undang-undang.


‘‘Saya mengingatkan pertubuhan haram seperti Hindraf jangan melampau dan ekstrem menuntut hak atas dasar demokrasi kononnya bagi memperjuangkan kaum India.


‘‘Kesan tindak-tanduk Hindraf itu akan menyebabkan masyarakat India lain akan dibenci sehingga boleh menimbulkan pergaduhan yang akhirnya merugikan kaum itu sendiri,’’ katanya di sini hari ini.


Beliau berkata demikian ketika ditanya pendirian UMNO selaku parti tunjang dalam kerajaan berhubung ancaman Hindraf yang semakin lantang selepas pemimpinnya, P. Uthayakumar dibebaskan daripada tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).


Johor Daily berharap Ahmad Maslan tidak bertindak seperti Polis yang merlagak seperti Ketua Polis Negara. Beliau hanya Ketua Penerangan Umno sahaja dan bukannya menjaga hal-ehwal keselamatan dalam negeri. Sebelum ini beliau juga mengatakan 60,000 jentera Umno tidak tahu bekerja.


BN Gerakkan Jentera Di Perak

Johor Bahru - Dua minggu kebelakangan ini parti komponen Barisan Nasional (BN) sudah aktif mengerakkan jentera mereka di seluruh Perak. Kelihatan dipaparan media, pemimpin Umno, MCA dan MIC kerapkali bergerak ke pelusuk Perak.

BN sudah membayangkan mereka telah kalah oleh kegelojohan Presiden Umno merampas Perak dengan jalan salah tanpa menyelidik peruntukkan undang - undang. Kini BN tiada jalan lain bagi menutup kesilapannya dengan mempergunakkan mahkamah untuk menjuarai segala kesilapannya.

Apa juga alasan mereka, moral BN dan Najib Razak kini telah menyusut teruk. Johor Daily difahamkan bancian umum di seluruh Malaysia BN kini berada pada tahap terrendah. Ia disebabkan beberapa pekara termasuk tiada projek mega dilancarkan dan beberapa skandal peribadi Perdana Menteri.

Kini pemimpin Pakatan Rakyat dan BN yakin pilihanraya Perak 99% akan berlaku menjelang June hingga September tahun ini. Ia dilihat kerana pemimpin pusat BN telah 'turun padang' di Perak. Kelulusan segera Parti Makkal Sakti bekas pemimpin Hindraf adalah gambaran jelas akan belaku pilihanraya ia kerana di Perak terdapat peratusan tinggi pengundi india.

Apa juga keputusan BN kini, Najib telah melakukan keputusan lebih buruk dari Tun Abdullah Badawi semasa menjadi PM. Ahli akedemi sering mengeleng-geleng kepala bila bebicara tenang BN dan Najib.

Petang Ini 3.30 Petang Penentuan Perak

PUTRAJAYA- Mahkamah Rayuan akan mengumumkan petang Jumaat keputusannya mengenai siapa Menteri Besar Perak yang sah. Hakim Datuk Md Raus Shariff, yang bersidang bersama Hakim Datuk Zainun Ali dan Hakim Datuk Ahmad Maarop, menetapkan pukul 3.30 petang Jumaat untuk memberikan keputusannya berhubung rayuan Datuk Seri Zambry Abdul Kadir .

Panel tiga hakim itu hari ini mendengar selama tujuh jam penghujahan oleh tiga pihak yang terlibat terdiri Zambry, Mohammad Nizar dan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail selaku pencelah. Permohonan Mohammad Nizar agar rayuan itu didengar oleh panel lima hakim telah ditolak.

Pada 11 Mei, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim menetapkan bahawa Mohammad Nizar tidak melepaskan jawatan Menteri Besar kerana beliau tidak kehilangan kepercayaan majoriti anggota Dewan Undangan Negeri Perak.

Masih Berperang - Umno Terengganu

Putrajaya - Nawi Mohamad, ADUN Besut yang turut menghadiri pertemuan tersebut di pejabat Hishammmudin di Putrajaya, mendakwa masih sukar untuk dua kumpulan penyokong yang saling bertentangan itu, untuk berbaik-baik semula.

Dua kumpulan tersebut terdiri daripada penyokong Menteri Besar Datuk Ahmad Said dan satu lagi bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Idris Jusoh. "Tiada jalan lain melainkan pucuk pimpinan tertinggi melihat punca kemarahan ADUN-ADUN Terengganu sehingga mencetuskan kemelut tersebut.

"Mereka kena tengok prestasi Ahmad sebagai menteri besar, Ini perkara yang penting," katanya lagi. Sebahagian besar ADUN BN Terengganu mahu Ahmad digantikan atas alasan tidak berkeupayaan mentadbir negeri .

ahmad said idris jusoh terengganuBagaimanapun mereka berkata terpaksa menghadiri hari terakhir sidang DUN tersebut atas arahan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Malam tadi, Hishammuddin yang juga naib presiden Umno mengadakan pertemuan berasingan dengan ketua-ketua Umno bahagian dan kemudiannya diikuti pertemuan dengan ADUN BN Terengganu.

Ditahan Lagi Dan Lagi.....

Kuala Lumpur - Mereka ditahan lagi iaitu enam belas pendokong Pakatan Rakyat , termasuk ADUN Teratai, Jenice Lee, ditahan polis didakwa mengadakan perhimpunan haram malam tadi.

Mereka dibawa ke balai polis Pandan Indah. Ketua polis Ampang Jaya Abdul Jalil Hassan memberitahu pemberita bahawa mereka ditaha n kerana mengadakan perhimpunan tanpa permit. Jenice bagaimanapun mendakwa beliau mempunyai permit untuk mengadakan perhimpunan tersebut. Namun Abdul Jalil pula berkata Jenice membuat permohonan permit itu pada jam 2 petang tadi tetapi ia tidak diluluskan pihak polis.

Mereka berhimpuan di pusat khidmat Jenice pada kira-kira jam 8.30 malam untuk mengadakan nyalaan lilih tanda berkabung 'kematian demokrasi" di Perak.Ini adalah kali kedua dalam minggu ini Jenice ditahan. Dia ditahan polis selama enam jam dalam selepas menyertai nyalaan lilin Selasa lalu.

janice lee teratai adun dap candle light vigil arrest 210509 07"Tetapi bila kami sampai ke jalan, seorang pegawai polis melaung ke arah kami, sambil berkata kami mengadakan perhimpunan haram," kata Swee Kuan.

Selepas itu, Jenice dan beberapa orang lagi cuba berunding dengan pihak polis untuk membenarkan mereka berhimpun sekejap untuk "meraikan harijadinya".

Bagaimanapun, beliau mendakwa, pihak polis tidak melayan dan memberi mereka tempoh 10 saat untuk bersurai sebelum menahan mereka. Katanya, mereka ditahan sewaktu sedang menyanyikan lagi selamat jadi untuknya.


Thursday, May 21, 2009

Anwar vs Dr Mahathir Didengar 30 Julai

PUTRAJAYA - Mahkamah Persekutuan di sini hari ini menetapkan 30 Julai untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim mencabar, dari segi perlembagaan, pemecatannya daripada jawatan Kabinet pada 1998 oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Kes itu pada mulanya ditetapkan untuk perbicaraan hari ini yang dijadual didengar oleh Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff dan dua hakim Mahkamah Persekutuan iaitu Datuk Hashim Yusoff dan Datuk Wira Mohd Ghazali Mohd Yusoff.

Seorang pegawai pendaftar Mahkamah Persekutuan berkata kes itu dijadual semula sehingga esok di hadapan panel tiga hakim itu tetapi peguam Karpal Singh yang mewakili Anwar tidak lapang esok.

Mahkamah Persekutuan pada 6 Jun membenarkan permohonan Anwar untuk merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi bahawa pemecatannya sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan oleh Dr Mahathir adalah sah pelaksanaannya dari segi undang-undang.

Pada 23 Dis 1998, Mahkamah Tinggi menolak saman Anwar terhadap Dr Mahathir dan kerajaan, untuk terus membatalkan permohonannya bagi satu perintah untuk mengisytiharkan keputusan Dr Mahathir memecatnya daripada jawatan Kabinet pada 2 Sept 1998 sebagai salah dari segi undang-undang, tidak sah dan batal.

Anwar juga gagal memansuhkan keputusan Mahkamah Tinggi itu selepas Mahkamah Rayuan pada 25 April 2007 menolak rayuannya dan mengesahkan keputusan Mahkamah Tinggi itu.

Hantam Sajala Pemuda Umno...



IPOH – Pergerakan Pemuda UMNO Perak hari ini membuat laporan polis selepas Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Salahuddin Ayub mendakwa barisan hakim Mahkamah Rayuan yang terlibat dengan kes Menteri Besar Perak boleh dibeli.

Setiausahanya, Syamsul Baharin Putra Ahmad Shibi berkata, pihaknya amat memandang serius dakwaan berkenaan seperti yang telah disiarkan oleh harakahdaily.net semalam.

‘‘Sekiranya ada asas daripada segi perundangan, kami mendesak dengan sekeras-kerasnya supaya Menteri Dalam Negeri mengambil tindakan tegas.

‘‘Kenyataan tersebut adalah satu jenayah fitnah yang berniat jahat terhadap reputasi, integriti dan kebebasan institusi kehakiman yang kita percaya dan junjung selama ini,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Balai Polis Sungai Senam di sini hari ini.

Dakwaan tersebut disiarkan menerusi artikel bertajuk ‘Rayuan Nizar (Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin), Khamis ini: Pas bimbang Barisan Nasional (BN) beli hakim.’

Antara petikan laporan yang ditulis Irwan Muhammad Zain itu ialah: ‘‘...kami bimbang keputusan Khamis nanti akan berpihak kepada BN kerana hakim yang akan mendengar rayuan itu terdiri daripada mereka yang boleh dibeli...”


Pakatan Rakyat Perak Lancarkan Mogok

IPOH - Pakatan Rakyat Perak akan melancarkan puasa sunat dan mogok lapar Isnin depan sebagai langkah rohaniah agar doa rakyat Perak supaya Dewan Undangan Negeri Perak dibubarkan dalam masa terdekat dimakbulkan.

Pengerusi Kelab Penyokong Pakatan Rakyat Perak, Drs Khalil Idham LimAbdullah berkata keputusan puasa sunat dan mogok lapar itu dibuat pada mesyuarat pimpinan Pakatan Rakyat Perak semalam. "Saya menyeru umat Islam seluruh negeri Perak supaya bersama-sama berpuasa sunat pada hari Isnin depan dan bagi rakyat bukan Islam pula melancarkan mogok lapar selama sehari.

"Tujuannya adalah bagi mendoakan adar Dewan Undangan Negeri Perak dibubarkan secepat mungkin dan langkah ini diambil bersama-sama rakyat seluruh negeri Perak," kata beliau. Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dijangka melancarkan usaha rohaniah tersebut di Ipoh pada pukul 10.00 pagi bersama-sama Speaker DUN Perak V. Sivakumar.

Ong + Superman = Saman

Johor Bahru - Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat membuat laporan terhadap sebuah majalah politik mingguan berbahasa Cina atas dakwaan memfitnah.

Dalam satu kenyataan media, majalah tersebut mendedahkan Ong telah membuat laporan tersebut di balai polis Kelana Jaya pada 4 Mei.special weekly chinese magazine 200509

Ong membuat laporan itu terhadap tiga artikel yang disiarkan dalam isu ke-417 majalah berkenaan pada 2 Mac lalu, yang menganalisa hubungan Ong dengan timbalannya, Datuk Chua Soi Lek; krisis politik di Perak dan ADUN DAP yang keluar parti dan menjadi wakil rakyat bebas, Hee Yit Foong. Kulit depannya memaparkan gambar Ong berpakaian superman.

Menteri pengangkutan itu meminta pihak polis supaya menyiasat majalah tersebut mengikut Seksyen 8(A) Akta Penerbitan dan Mesin Cetak dan seksyen 500 Kanun Keseksaan, berhubung dengan jenayah fitnah.

"Dua penulis tersebut berpendapat bahawa komentari mereka berasaskan kepada fakta dan tiada apa yang hendak disembunyikan, oleh itu mereka memberi kerjasama kepada pihak polis dan merakamkan kenyataan mereka selama empat jam," katanya.

Majalah tersebut milik Life Publishers Bhd - anak syarikat Media Chinese International Ltd milik jutaan media tempatan Datuk Seri Tiong Hiew King.Life Publishers Bhd sebelum ini di bawah Nanyang Press Holdings Bhd, yang dikuasai oleh MCA melalui syarikat pelaburannya.

200 Sudah Lompat - PKR Perlis

Kangar - Pengerusi Perhubungan PKR Perlis, Johari Shafie berkata memang terdapat ahli Umno di negeri itu, yang memohon borang keahlian untuk menyertai Parti Keadilan Rakyat. "Kebanyakannya dari bahagian Kangar, terutama sekali di DUN Kuala Perlis," katanya .

Sehingga ini, kata beliau, pihaknya telah menerima semula hampir 200 borang keahlian untuk menyertai PKR. "Dijangka masih ada lagi yang akan hantar. Kita akan berusaha untuk tambah lagi ahli. Lagi banyak lagi bagus," katanya.

Bagaimanapun, beliau tidak dapat memastikan berapa ramai lagi ahli Umno yang akan menyertai PKR. "Saya tak berani nak cakap, terpulang kepada mereka. Kita tunggu borang," katanya.

Johari berkata demikian sebagai mengulas laporan bahawa kira-kira 1,000 ahli-ahli Umno melompat parti menyertai PKR secara terbuka di Perlis, khususnya di Kangar, bulan lalu.

Selangor Siasat Masalah Setinggan Bukit Botak

SHAH ALAM - Kerajaan Selangor akan menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi menyiasat sebarang penyelewengan atau penipuan dalam pemberian tanah kepada bekas penduduk setinggan Bukit Botak di Selayang.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan Iskandar Abdul Samad berkata penubuhan jawatankuasa itu bertujuan memastikan pihak yang menerima tanah itu adalah mereka yang benar-benar layak.

"Jawatankuasa ini akan dianggotai oleh wakil dari Pejabat Tanah Gombak, wakil dari Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan, para peguam serta wakil-wakil dalam masyarakat," katanya pada persidangan akhbar selepas mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini Rabu.

Beliau berkata jawatankuasa itu akan mengumumkan nama-nama mereka yang mendapat tanah, dan juga yang mendakwa diketepikan hak mendapatkannya secara tidak adil, di samping mendengar maklum balas dari semua pihak dalam siasatannya itu, sebelum menyediakan laporan yang lengkap selewat-lewatnya pada 20 Ogos ini.

Projek penempatan semula setinggan Bukit Botak, Selayang melibatkan 1,400 pemilik tanah, merangkumi kawasan seluas 55.2 hektar.

Delpuri Corporation Sdn Bhd (DCSB) yang dilantik sebagai kontraktor untuk membina rumah untuk penempatan semula setinggan berkenaan gagal menyiapkan projek itu dan kerajaan negeri terdahulu meminta Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) mengambil alih projek terbengkalai daripada DCSB.

Johor Daily difahamkan DCSB mempunyai talian rapat ( kroni ) Datuk Seri Khir Toyo. Dikatakan semua ahli BN Selangor mengetahui pekara itu.

TAR - DAP Salah SUPP Betul

KUCHING - Kempen pihak pembangkang dengan mendakwa kononnya berlaku rasuah ke atas pelaksanaan cadangan projek membina Kolej Tunku Abdul Rahman (TAR) di Bintangor merupakan sebab kenapa pendokong projek itu Tan Sri Ting Pek Khiing enggan meneruskannya, kata Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Dr George Chan.


"Malangnya, saya diberitahu oleh Ting semasa dan selepas pilihan raya umum tahun lepas, terdapat kempen memburukkan dirinya yang dikatakan tidak jujur dan mengunakan cadangan pembinaan Kolej TAR untuk mendapat sokongan umum," kata Dr Chan yang juga Menteri Pemodenan Pertanian Negeri, semasa menggulung ucapannya di persidangan Dewan Undangan Negeri di sini Rabu.

Bagi memburukkan keadaan, beliau berkata calon DAP yang tewas dalam pilihan raya, Dr Wong Hua She, pada April tahun lalu memfail petisyen pilihan raya di Mahkamah Tinggi Sibu, dengan mendakwa Ting telah menggunakan cadangan pembinaan kolej tersebut sebagai "rasuah" semasa pilihan raya.

"Ting juga telah mengulangi, sekiranya kerajaan BN meluluskan untuk membina kolej teknikal di Bintangor satu hari nanti, beliau akan menyumbang tanah untuk tujuan pendidikan," kata Dr Chan.

Johor Daily difahamkan setiap projek BN yang gagal semuanya salah rakyat dan pembangkang. Dan BN bersungguh-sungguh mengatakan mereka tidak pernah melakukan rasuah tetapi kehidupan pemimpin Bn saban hari semakin kaya.

Saya Cuba lagi - Kayveas

SEREMBAN - Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP) Datuk M.Kayveas berkata beliau akan cuba menyelesaikan masalah dengan tujuh anggota parti itu termasuk Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk T. Murugiah yang dipecat oleh Lembaga Disiplin kerana didakwa melakukan pelbagai kesalahan dalam parti.

"Di sini, saya sekali lagi meminta mereka untuk membuat rayuan. Mereka ada deadline sehingga 30 Mei ini untuk berbuat demikian. Walaupun kita tahu dua daripada mereka sudah menyatakan dalam akhbar bahawa mereka tidak akan membuat rayuan tetapi saya minta mereka supaya jangan tunggu deadline," katanya kepada pemberita di sini Rabu.

Beliau yang ditemui selepas merasmikan Konvensyen PPP Negeri Sembilan 2009 di sini berkata dalam hubungan ini, mereka perlu mengikut peraturan dalam perlembagaan parti. Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini berharap parti komponen BN tidak merapu ketika mengeluarkan kenyataan. walaupun sebelum ini belaiu sendiri (Muhyiddin telah mengeluarkan kenyataan mengelirukan ahli MCA.

Saya Insaf dan Tawaduk - PM

PUTRAJAYA - "Saya tak gilakan kuasa hanya kerana hendak dapatkan kuasa tetapi saya perlukan kuasa untuk." , Datuk Seri Najib Tun Razak berkata . Dengan menyidir Anwar Ibrahim dia berkata "Tapi ada orang yang tak sabar-sabar nak power " ."Kuasa hanyalah cara untuk mencapai sesuatu dan sesuatu itu adalah untuk berkhidmat kepada rakyat dan negara,"

Najib berkata pengalaman itu menjadikannya bukan sahaja bersedia tetapi dengan tanggungjawab besar yang digalas. Beliau berkata sebab itulah beliau memerlukan kerjasama daripada semua untuk menjalankan tugas itu.

Perdana Menteri berkata salah satu ukuran rakyat ialah melihat bagaimana cara kerajaan menguruskan ekonomi negara. Beliau percaya rakyat akan menerima kerajaan sedia ada sekiranya ia dapat menjalankan tugas dengan baik.

"Rakyat akan sukakan kita, ahli perniagaan akan sukakan kita, pekebun kecil akan sukakkan kita dan ini akan diterjemahkan kepada sokongan yang lebih kuat kepada kita," katanya lagi .

Johor Daily percaya Najib akan melentik seperti Pak Lah tidak lama lagi, dari setiap kata-kata dan tindakannya memperlihatkan akan ada kejutan/melatah berhubung tekanan bertali arus dari Anwar.


Wednesday, May 20, 2009

Nizar Bakal Menteri Besat Ke-5 Dalam Setahun ?

Johor Bahru - Esok bakal ada keputusan dari Mahkamah Rayuan berhubung keputusan siapa akan kekal di kerusi empuk Kerajaan Negeri Perak. Apapun keputusan ia telah diketahui oleh Perdana Menteri terlebih dahulu. Tidak mustahil Datuk Seri Nizar akan mengambil kembali jawatan itu semula. Atau ia ditangguh lagi. Itu kuasa BN.

Setelah empat kali bertukar tangan dalam setahun dan Sultan Perak menjadi mangsa perjudian BN, Utusan Malaysia semalam membayangkan keputusan berpihak kepada Nizar. Ia bukannya mustahil tetapi itu hakikatnya.

Berbekalkan Speaker dan DUN kini dikuasai Barisan Nasional, selepas keputusan kemenangan Nizar langkah pertama mereka ialah mengadakan sidang tergempar untuk undi tidak percaya dalam masa terdekat atau dalam 48 jam. Ia bertujuan memalukan Nizar sekali lagi.

Jika Nizar menang, sudah tentu mereka mengharapkan Nizar membubarkan DUN secepat mungkin. Langkah pertama BN mungkin mencari salah Anwar Ibrahim bagi menghalang kemenangan Pakatan Rakyat. Penjara dan ISA adalah senjata BN.

Langkah kedua, BN mungkin mengarahkan SPR mengadakan pilihanraya sama tarikh dengan Muktamar PAS. BN percaya pimpinan PAS yang berkempen di Perak akan memperjuangkan diri sendiri bukannya parti . Ia sama seperti apa yang berlaku di Kuala Terangganu, dimana ahli UMNO yang hadir sekadar melobi jawatan bukan berkerja untuk BN.

Langkah ketiga, tangkapan ISA akan dijalankan terhadap individu tertentu bagi memastikan BN memenanginya pilihanraya itu.

Shahidan Mula Main Wayang

Kangar - "Setakat ini 16 atau 17 ketua cawangan dan bekas ketua cawangan telah dibuang dari JKKK, menyebabkan mereka dan yang lainnya, tidak puas hati, kata Datuk Seri Shahidan Kassim. Belaiu juga mangakui ada mendengar cerita ramai ahli Umno di negeri itu telah menyertai pembangkang.shahidan kassim 02

Katanya lagi , mereka termasuk ketua cawangan dan bekas ketua cawangan Umno di Perlis yang tidak puas hati dengan tindakan kerajaan negeri membuang mereka dari JKKK.

Shahidan yang kini menjadi penasihat kepada perdana menteri bagi wilayah pembangunan koridor utara (NCER) berkata, pemecatan ahli JKKK itu berlaku di Pauh, Kuala Perlis, Titi Tinggi, Santan, Mata Air dan Beseri.

Dengan nada sedih belaiu berkata "Ketua cawangan dan bekas ketua cawangan Umno dipinggir dan kerajaan negeri tidak mengambil kisah perkara tersebebut. Pembangkang pula telah mengambil kesempatan daripada perkara tersebut,"

Sehubungan itu, Shahidan menasihatkan Menteri Besar Perlis, Datuk Md Isa Sabu supaya tidak memekakkan telinga terhadap perkara tersebut. Datuk Hashim Suboh berkata, tindakan ahli Umno menyertai pembangkang bukan sahaja berlaku di bahagian Kangar tetapi juga di Padang Besar.

Johor Daily percaya pekara itu hanya sembang kosong dari Shahidan sahaja. Ia merupakan ugutan kepada datuk Seri Najib Razak untuk meberi belaiu dan rakannya jawatan yang besar diatas jasa-jasanya. Buat masa ini tiada penambahan 1000 ahli kepada PAS dan PKR dalam masa terdekat .

Gula - Gula Getah Untuk Chua

PUTRAJAYA - Tan Sri Muhyiddin Yassin yang disabitkan dengan saman RM322 juta oleh DPPMJ mengingatkan semua Parti komponen Barisan Nasional dinasihatkan agar tidak memberikan sebarang kenyataan yang boleh disalah tafsir, memandangkan ia boleh menimbulkan percanggahan sekaligus merosakkan semangat perpaduan sedia ada.

"Eloknya kita tak buat kenyataan yang boleh disalah tafsir, Masing-masing dalam negara ada pandangan masing-masing tapi bila kita ada parti, kita bersandarkan kepada keputusan majoriti atau konsensus yang dicapai oleh pucuk pimpinan BN.

"Sebaik mungkin, kita jangan buat pandangan peribadi. Kita harus berpegang kepada prinsip BN iaitu muafakat, jangan ada pandangan peribadi. Percanggahan, melawan antara satu sama lain, tidak mencerminkan perpaduan yang erat," katanya.

Beliau menyatakan demikian ketika mengulas mengenai kesepakatan yang telah termeterai antara Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan Datuk Husam Musa berhubung pembubaran sidang Dewan Undangan Negeri Perak untuk menyelesaikan kemelut politik negeri tersebut.

Johor Daily difahamkan BN mula berhati-hati menjaga hati Timbalan Presiden MCA itu. Secara mendadak memberikan jawatan mengarut untuk Chua. Pemerhati politik beranggapan akan ada jawatan khas buat Chua dalam masa terdekat sebagai 'gula-gula Najib ' . Ada yang beranggapan akan tiba masanya Chua akan beri semula 'gula-gula getah' yang tidak bernilai itu.

Khir Akan Saman Kerajaaan Selangor Jika Perlu

SHAH ALAM - Mantan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo berkata beliau dan empat Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) akan merujuk kepada peguam berhubung cadangan Jawatankuasa Hak Dan Kebebasan Selangor (JKHK) untuk menggantung mereka daripada menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) dan kemudahan elaun sebagai Adun.

Ia bermaksud akan bawa kemahkamah jika perlu untuk membalas tindakan JKHK mengantungnya dari menghadiri Sidang DUN selama satu tahun.

Beliau berkata biarpun ia hanyalah cadangan jawatankuasa itu dan akan diperbahaskan, beliau merasakan hukuman telahpun dijatuhkan memandangkan mereka yang merupakan Adun Barisan Nasional (BN) adalah pembangkang di dalam dewan.

Katanya beliau masih dapat menerima hukuman yang akan dikenakan kepada dirinya tetapi tidak dapat menerima kenapa empat Adun itu turut dihukum.

"Kita rasa kesal, saya anggap tindakan itu zalim kerana menggantung Adun yang memberi teguran membina kepada kerajaan," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Hina Sultan Perak 19 Jun

PULAU PINANG - Mahkamah Sesyen Butterworth menetapkan 19 Jun ini untuk sebutan semula kes seorang ahli perniagaan dan isterinya yang didakwa mengedar komen lucah mengenai Sultan Perak Sultan Azlan Shah menerusi http://books.dreambook.com/duli/duli.html yang mempunyai pautan ke laman web pejabat baginda.

Hakim Julie Lack Abdullah menetapkan tarikh itu bagi membolehkan peguam Jagdeep Singh Deo mengemukakan bantahan awal dalam pertuduhan terhadap kedua-dua tertuduh.

Chan Hon Keong, 26, dan isterinya Khoo Hui Shuang, 27, didakwa melakukan kesalahan itu di rumah mereka di Permatang Pauh, dekat sini kira-kira 12.05 pagi, 13 Feb lepas.

Mereka dituduh melakukan kesalahan itu menurut Seksyen 292(a) Kanun Keseksaan dan boleh dihukum menurut Seksyen 292 yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun yang sama. Sabit kesalahan, mereka boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tempoh tiga tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Selain pertuduhan itu, mereka juga menghadapi pertuduhan pilihan iaitu secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komen lucah itu menggunakan aplikasi internet dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain.

Kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi Multimedia 1998 (Akta 588) dan boleh dihukum menurut Seksyen 233(3) akta yang sama yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara minimum setahun.

BN Makin Daruat

Kuala Lumpur - Polis masih mengamalkan perintah darurat kepada parti pembangkang dan setiap perhimpunan yang melibatkan ahli parti itu mesti memerlukan permit. Ia berlaku lagi malam tadi apabila dua wakil rakyat DAP dan sembilan pekerja parti itu ditahan polis ketika menyertai acara nyalaan lilih sebagai "tanda berkabung matinya demokrasi".

Dua wakil rakyat DAP itu ialah ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Chin dan ADUN Teratai Jenice Lee. Mereka ditahan ketika mengadakan nyalaan lilin di Seputeh pada jam 8.20 malam tadi.

Nyalaan lilin itu disertai berpuluh-puluh mereka yang memakai baju-T hitam. Menurut pihak penganjur, nyalaan lilin itu diadakan sebagai menandakan "pembunuhan demokrasi oleh kerajaan haram Perak".

Ketika mereka hendak melancarkan kempen mengumpul tandatangan, mereka dikepung oleh ramai anggota polis.Seorang pegawai polis kemudiannya mengarahkan mereka supaya bersurai kerana mengikutnya ia adalah satu perhimpunan haram.

Johor Daily difahamkan perhimpuan ahli Barisan Nasional jika memaki hamun Yang DiPertuan Agung pun dibenarkan dan tidak diambil tindakan. Seorang ahli PKR berkata, Polis akan bertindak sepantas kilat jika ada perhimpuanan atau ceramah tanpa permit. Belaiu berkata lagi, BN telah mengalami zaman daruat .