Monday, June 8, 2009

Umno Tagihkan Kerajaan Perpaduan Cadangan Hadi

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjelaskan, beliau bersikap terbuka terhadap konsep kerajaan perpaduan yang dikemukakan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.


Najib yang mengerti bahawa partinya iaitu UMNO kini sudah hilang keyakinan dari kaum melayu itu sendiri. Malah bangsa lain seperti cina dan india telah menolak parti itu pada PRU-12 dan pilihanraya kecil yang lepas.


Sambil mengucapkan terima kasih kepada Abdul Hadi kerana mengemukakan konsep itu, Najib berkata, beliau bagaimanapun belum mempunyai kefahaman yang jelas mengenainya.


Sehubungan itu, Najib menyerahkan kepada pihak Abdul Hadi untuk menjelaskan apa yang dimaksudkan dengan kerajaan perpaduan tersebut.


"Saya ucap terima kasih kepada Presiden Pas yang telah mengutarakan kerajaan perpaduan, saya tidak tahu lagi apa yang dimaksudkannya. "Jadi saya bersikap terbuka dalam hal ini, terpulang kepada pihak Abdul Hadi untuk menggambarkan apa yang dimaksudkan," katanya .


Abdul Hadi dalam sidang akhbar selepas menyampaikan ucapan dasar pada Muktamar Tahunan Pas Ke-55 di Stadium Malawati, kelmarin, mempertahankan ideanya mengenai pembentukan kerajaan perpaduan melalui kerjasama dengan semua pihak termasuk UMNO bagi menyelesaikan masalah negara.


Mengenai kesediaan Pas berunding dengan UMNO untuk menjayakan kerajaan perpaduan, Perdana Menteri menjelaskan, beliau tidak mempunyai kuasa untuk memutuskannya secara bersendirian.


Katanya, ia merupakan satu perkara yang amat besar dan perlu dibincangkan di peringkat pemimpin tertinggi UMNO dan Barisan Nasional (BN).


"Ini bukan satu keputusan yang saya boleh buat sendiri kerana ia satu keputusan yang amat besar dan mesti diterima oleh pimpinan atasan UMNO dan BN," tegasnya.


Ibrahim Ali Berbaik Semula Dengan PAS

KUALA LUMPUR - Sejak kebelakangan ini Datuk Ibrahim Ali mula membidas parti-parti yang mempertikaikan Umno dengan harapan diterima kembali ke parti itu. Beliau faham bahawa Pakatan Rakyat terutama PAS dan PKR tidak akan menerimanya lagi. Namun beliau paham di Kelantan Umno bukan parti kuat dan Umno kini makin goyah.


Beliau berkata semalam, walaupun berbeza fahaman politik tetapi dalam soal-soal tertentu orang Melayu masih boleh bersatu seperti yang ditunjukkan Pemuda Pas dalam meluluskan resolusi menggesa 30 peratus ekuiti bumiputera dikekalkan.

''Saya ucap tahniah kepada Pemuda Pas kerana meluluskan resolusi berkenaan. Ia menunjukkan mereka sedar apa yang penting untuk memelihara kepentingan orang Melayu.


''Walaupun berbeza dengan pandangan rakan kongsi Pas yang lain, namun sebagai Melayu, mereka kena tegas dalam hal kepentingan bangsa kerana mereka juga Melayu sama macam UMNO,'' katanya .


Pemuda Pas yang pada muktamar parti itu kelmarin meluluskan lima resolusi dengan satu daripadanya ialah menggesa kerajaan mengekalkan dasar 30 peratus ekuiti untuk golongan bumiputera.


Bagaimanapun, MCA dalam reaksi segera mereka membidas resolusi berkenaan sambil menyifatkan resolusi itu sebagai tidak membantu memajukan negara sebaliknya hanya bersifat jangka pendek.


''Jangan hanya data untuk bilangan profesional saja. Dengan itu kalau ada kaum yang masih jauh ketinggalan maka atas semangat Satu Malaysia kita buat penyesuaian balik untuk mengimbangkan penglibatan kaum dalam ekonomi negara.


''Kalau Melayu lebih, maka buat penyesuaian balik. Tapi dalam hal ini kita tahulah siapa yang lebih hingga tahap monopoli. Patut buat penyesuaian balik ekonomi kalau kita nak agihkan kekayaan negara secara seimbang," jelasnya.


''Jadi apabila Pemuda Pas buat resolusi supaya dikekalkan kuota 30 peratus maka ia melegakan Melayu walaupun pada masa sama mungkin ada tujuan politik di sebalik resolusi itu termasuk mahu menunjukkan Pas sebagai alternatif UMNO sebagai parti Melayu,'' jelasnya.


Ketua Umum Badan Bertindak Perpaduan Melayu (BBPM), Osman Abu Bakar berkata, resolusi Pemuda Pas itu dilihat sebagai satu perkembangan yang cukup menggembirakan umat Melayu.



Parti Makkal Sakti Mahu Jadi Wira Kaun India

BUTTERWORTH - Parti Makkal Sakti Malaysia (MMSP), sebuah parti politik yang baru ditubuhkan dan berdaftar pada 11 Mei lalu mendakwa antara 50,000 hingga 60,000 kaum India di negara ini tidak mempunyai sijil kerakyatan sebagai warganegara Malaysia.


Menurut Presidennya, R.S. Thanenthiran, masalah itu timbul kerana kebanyakan mereka tidak mempunyai dokumentasi seperti sijil kelahiran.


''Inilah masalah yang akan kita kemukakan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan kira-kira tiga bulan lalu, kita telah menghantar satu memorandum memohon untuk berjumpa dengan beliau.


''Selain itu, kita juga menunggu kebenaran untuk bertemu dengan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bagi membincangkan isu kaum India di Malaysia yang tidak mempunyai kerakyatan,'' katanya .


Beliau berkata, masalah itu telah lama berlarutan dan ada di antara mereka yang telah pun meninggal dunia tanpa diiktiraf sebagai rakyat Malaysia.


Jelasnya, MMSP tidak ada kaitan langsung dengan Hindraf serta menolak sebarang bentuk keganasan melampau dan menyalahi undang-undang termasuk demonstrasi jalanan yang menakutkan rakyat Malaysia.


''MMSP adalah sebuah parti yang sah dan nombor pendaftaran, 0892. Jadi sebagai sebuah parti politik yang berkecuali MMSP tidak keberatan untuk bekerjasama dengan semua pihak.


''Ketika kita mohon kepada kerajaan untuk membenarkan MMSP didaftarkan sebagai satu parti politik dalam negara tujuan kita adalah untuk menyediakan satu platform bagi menerajui perjuangan rakyat dan membela nasib kaum India,'' katanya.


Sehubungan itu, katanya, MMSP kini sedang berusaha mengedarkan borang keahlian bagi menyertai parti tersebut.


Ahmad Kembali Terajui Umno Pokok Sena

ALOR SETAR - Datuk Ahmad Lebai Sudin kini kembali menjadi Ketua Umno Bahagian Pokok Sena selepas rayuannya terhadap penggantungan keanggotaannya selama dua tahun bermula 17 Dis 2008 ditarik balik oleh Lembaga Disiplin Umno.

"Saya akan berusaha sedaya upaya merapatkan barisan kepimpinan di semua peringkat dan harap dapat sokongan semua pihak," katanya.

Sementara itu, Datuk Syed Ali Syed Rastan yang sebelum ini memangku jawatan ketua Umno Bahagian Pokok Sena sepanjang tempoh penggantungan Ahmad, kembali memegang jawatan sebagai timbalan ketua Umno bahagian berkenaan.

Lembaga Disiplin Umno menggantung keanggotaan Ahmad selama dua tahun bermula 17 Dis 2008 setelah didapati bersalah melakukan sabotaj terhadap parti dalam pilihan raya Umum ke-12.

Ahmad memimpin Umno Bahagian Pokok Sena sejak 1998 selepas mengalahkan penyandang jawatan ketika itu, Datuk Paduka Abdul Rahman Ibrahim.

Najib Pilih Kayveas

Kuala Lumpur - Datuk M Kayveas mendapat pengitirafan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Najib menyebut, "Yang Berbahagia Datuk M Kayveas, Presiden PPP", dewan persidangan yang dipenuhi lebih 4,000 anggota perwakilan dan 2,600 pemerhati, bergema dengan tepukan bergemuruh.

Kayveas berkata perspektif orang ramai bahawa PPP sebuah parti yang lemah adalah silap kerana parti berkenaan sebenarnya kuat dan menuju ke jalan yang betul. Katanya, menurut agensi berita itu lagi, PPP menyokong penuh konsep 1Malaysia yang dianjurkan oleh Najib.

"Konsep ini tidak mungkin dapat dilaksanakan oleh satu masyarakat saja, tapi kita kena berfungsi sebagai satu keluarga. Kita perlu memiliki persamaan dengan sedapat yang mungkin.

"Perlu ada keseimbangan antara kawasan bandar dan luar bandar. Setiap orang perlu memiliki perasaan kasih sayang," katanya.

Sambil meminta kerajaan mengetepikan soal bangsa, Kayveas berkata: "Mulai sekarang, PPP tidak akan lagi menggunakan perkataan 'kaum', sebaliknya akan hanya merujuk parti itu sebagai 'sebuah parti untuk semua rakyat Malaysia', bukan lagi parti pelbagai kaum atau tidak berasaskan kaum."

Nik Aziz Bidas Presiden Dan Semua Perwakilan PAS

Shah Alam - "Kerajaan perpaduan ni tak usahlah, mengarut," katanya Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat

"Kita sudah buat keputusan menyokong Pakatan Rakyat dalam muktamar PAS yang lalu. Kalau nak berunding dengan Umno, tak usah." tegasnya lagi. "(Bagi) otak Umno, di Perak, kerajaan Pakatan Rakyat yang menang dia ambil menjadi kerajaan dia.

"(Jadi) kita perlu matikan Umno habis-habisan," katanya lagi. Umno adalah telur-telur yang ditinggalkan oleh penjajah Inggeris, tambah Nik Aziz.

Beliau juga mendakwa ada menteri persekutuan yang mengarahkan kakitangan kementeriannya di Kelantan supaya tidak memberi kerjasama kepada kerajaan negeri. "Inilah (slogan) satu Malaysia kerajaan (Datuk Seri Najib Razak) sekarang ini," katanya.

Nik Aziz juga berkata, perwakilan muktamar PAS tidak bercakap mengenai ucapan dasar presiden tetapi bercakap perkara lain. Katanya, beliau sempat mendengar dua atau tiga perwakilan yang membahaskan ucapan dasar presiden semalam.

"Ini restoran, kalau kita masuk restoran kita minta makanan, kita minta minuman. "Tetapi kita minta minyak silinder, kita hendak betulkan tayar motokar. Ini pelik," katanya.

"Orang ketawakan kita apabila kita bercakap benda lain di dalam muktamar (PAS)."

Friday, June 5, 2009

Altantua : Hadi Cabar Najib Saman Media

Shah Alam - Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengulangi gesaan kepada kerajaan agar mengambil tindakan terhadap beberapa media asing yang mencemarkan imej perdana menteri dengan skandal kontrak pertahanan dan kes bunuh Altantuya Shaariibuu.

Tanpa menyebut nama Perdana Menteri itu atau pihak media mana, beliau berkata: "PAS ingin menggesa pihak kerajaan untuk mengambil langkah berani dengan memulakan tindakan (undang-undang) bagi membersihkan pemimpin utama negara yang dipaparkan oleh media asing sebagai mempunyai bebanan kes rasuah dan jenayah.

"Tindakan saman ini adalah perlu supaya imej Malaysia yang tercalar akibat berita yang sangat memalukan ini dapat dipulihkan."

pas muktamar 55 agm 050609 07Abdul Hadi bersama dua lagi tokoh utama Pakatan Rakyat - Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang masing-masing bagi pihak PKR dan DAP - membuat gesaan yang sama kepada Yang di-Pertuan Agong sebelum Najib dilantik Perdana Menteri keenam, 3 April lalu.

"Sekiranya tindakan pembetulan ini tidak diambil, maka sebenarnya maruah dan masa depan negara akan menjadi bahan momokan masyarakat dunia," kata Abdul Hadi di depan lebih 3,000 perwakilan, pemerhati dan tetamu jemputan.


Sementara itu, presiden PAS turut menegaskan perlu kefahaman Islam yang sebenarkan digunakan untuk menafsirkan maksud agama dalam Perlembagaan Persekutuan supaya keadilan Islam dapat ditegakkan.

Katanya, walaupun Umno meminda perlembagaan beberapa kali, tetapi tindakan itu "seperti tikus membaiki labu" demi mengekalkan kuasa politiknya semata-mata.

Husam Mungkin Timbalan Presiden PAS ?

Shah Alam - Siapa yang akan menjadi orang no.2 PAS akan diketahui hari ini. Lebih 900 perwakilan akan menentukan nasib Datuk Husam Musa , Nasharuddin Mat Isa dan Mohamad Sabu.

Perwakilan akan mula membuang undi untuk melantik jawatan-jawatan kanan parti dan barisan ahli jawatankuasa pusat PAS mulai jam 3 petang ini .

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang - yang tidak dicabar - menyampaikan ucapan dasar bertemakan "Islam Memimpin Perubahan" di muktamar ke-55 yang diadakan selama tiga hari di Shah Alam.

Bagi jawatan naib presiden, lima tokoh parti itu merebut tiga kekosongan yang ditinggalkan oleh Husam, Mohamad dan Ahmad Awang, pesuruhjaya PAS Perak.

Calon-calon itu: bekas ketua Pemuda PAS Salahuddin Ayub, ketua penerangan Datuk Mahfuz Omar dan tiga ahli jawatankuasa pusat Mujahid Yusof Rawa, Datuk Tuan Man Tuan Ibrahim dan Nik Amar Nik Abdullah.

Johor Daily dimaklumkan keputusan akan diketahui kira-kira 6.30 petang ini. Dari pengamatan Johor Daily Husam dijangkan menang tipis keatas Nasaharuddin. Untuk jawatan Naib Presiden, Salahuddin dan Mahfuz mempunyai peluang cerah. Mungkin Tuan Man bernasib baik kali ini.

PKR Dan DAP Pertikai YDP Majlis Perbandaran Seberang Perai

BUTTERWORTH: Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP semalam berselisih faham berhubung pelantikan Yang Dipertua (YDP) Majlis Perbandaran Seberang Prai (MPSP) yang baru, Mokhtar Mohd Jait.

Dalam episod baru pergeseran kedua-dua parti itu pula, Ahli Parlimen Jelutong dari DAP, Ooi Chuan Aun, mahu lapan ahli majlis terbabit meletak jawatan dalam tempoh 24 jam.

Ooi yang juga Ketua Staff kerajaan negeri menegaskan, beliau akan membuat memorandum kolektif dari semua ahli majlis mewakili DAP untuk merujuk tindakan lapan ahli majlis berkenaan ke Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

"Kegagalan lapan ahli majlis dari PKR itu menghadiri upacara berkenaan boleh menyebabkan mereka dihadapkan untuk siasatan atau lembaga disiplin," katanya dalam satu kenyataan di sini. Pada upacara angkat sumpah Mokhtar di Dewan Kenanga, Bangunan MPSP, kira-kira jam 9 pagi semalam, hanya seorang daripada sembilan ahli majlis dari PKR hadir. MPSP mempunyai 24 ahli majlis - 10 DAP, sembilan PKR, dua Pas dan tiga dari badan bukan kerajaan.

"Ini keputusan exco dan pelantikan itu telah diumumkan oleh TKM1. Mansor yang umumkan perkara ini, macam mana ada masalah pula. Saya minta Mansor selesaikan perkara ini secara dalaman,” katanya .

Mansor yang turut hadir pada sidang akhbar berkenaan berkata, beliau akan merujuk perkara itu kepada Pengerusi Perhubungan PKR Negeri, Datuk Zahrain Mohamed Hashim supaya siasatan lanjut dapat diadakan.

"Saya nampak juga ada kekosongan (tempat duduk) dan ada beberapa ahli majlis daripada PKR yang tidak hadir. Saya akan hubungi Pengerusi PKR Negeri untuk minta dia siasat," katanya.

PAS Mula Bicara Pembahagian Kerusi PRU-13

SHAH ALAM - Pucuk pimpinan PAS telah diminta supaya menimbang semula pembahagian kerusi antara sekutu mereka di dalam pakatan pembangkang pada pilihan raya umum akan datang bagi mengelak timbul rasa kecil hati di kalangan anggota dan penyokong PAS.

"Selalunya kalau kawasan yang majoritinya Melayu, yang akan ditandingi ialah PAS sementara di kawasan yang kurang Melayu pula, ia akan ditandingi PKR atau DAP.

Shukri juga menyarankan agar PAS menggunakan sistem syura, dengan mendapatkan persetujuan bersama tanpa ada pertandingan dalam pemilihan parti itu bagi mengelak berlakunya perselisihan dalaman.

Kemenangan besar pakatan pembangkang termasuk PAS pada pilihan raya umum 8 Mac lalu telah mendorong anggota PAS beria-ria menawarkan diri untuk bertanding jawatan dalam pemilihan parti kali ini, katanya.

"Kini masing-masing nak tawar diri untuk bertanding. Bila bertanding tentu ada yang terguris hati. Sebab itu perlunya Dewan Ulama PAS sebagai tonggak dalam PAS melihat kepada sistem syura," katanaya.

Wakil Dewan Ulama PAS Kedah, Mohd Lutfi Ariffin pula meminta Dewan Ulama PAS memainkan peranan lebih positif dalam menyelesaikan isu yang sering kali ditimbulkan setiap kali muktamar diadakan, seperti isu calon bukan Islam dan yang terbaru kerajaan perpaduan.

"Dewan Ulama kena buat sesuatu, buat kajian untuk atasi masalah ini supaya tidak ditimbulkan lagi setiap kali muktamar diadakan. Dewan Ulama perlu terangkan isu semasa seperti cadangan kerajaan perpaduan, ini kerana ramai yang tidak tahu mengenainya," katanya.

Sematara itu Johor Daily mendapati di Johor, PKR negeri itu sudah mula melakukan persiapan calon untuk pilihanraya akan datang. Ia bagi tujuan mengelakkan calon cabut lari dihari penamaan calon dan mengalami kekalahan majoriti teruk.

Samy Akan Umumkan Sokong Siapa

KUALA LUMPUR - Pemimpin kontrversi MIC Datuk Seri S. Samy Vellu berkata beliau akan mengumumkan tidak lama lagi sama ada akan menyokong mana-mana calon atau sebaliknya dalam pemilihan parti 12 Sept.

"Saya sudah pun menetapkan fikiran dan akan beritahu anda semua tidak lama lagi," katanya kepada pemberita sebelum merasmikan konvensyen kepimpinan pelajar di Universiti Malaya di sini.

"Sabelum ini saya sangkakan semua calon yang berhasrat bertanding dapat duduk dan berbincang mengenai siapa yang patut bertanding jawatan mana, tetapi nampaknya semua orang membuat pengumuman mengenai jawatan yang mereka ingin tandingi," katanya.

"Semua orang bebas untuk bertanding tetapi saya juga perlu beritahu mengenai pendirian saya," katanya tanpa menyebut bila beliau akan berbuat demikian.

Sebelum ini, Samy Vellu berkata beliau tidak akan menyokong sesiapa pun untuk mana-mana jawatan, sebaliknya akan membenarkan satu pertandingan yang "bebas untuk semua". Bagaimanapun, beliau menegaskan beliau tidak dapat meramalkan apakah pendiriannya di masa depan.

Bekas timbalan presiden Datuk S. Subramaniam dan naib presiden semasa Datuk S. Sothinathan mengumumkan hasrat mereka untuk bertanding jawatan timbalan presiden manakala penyandang Datuk G. Palanivel masih belum mengumumkan pendiriannya.

Seorang lagi bakal pesaing bagi jawatan itu ialah Menteri Sumber Manusia dan setiausaha agung parti Datuk Dr S. Subramaniam.

Menurut sumber parti Samy Vellu lebih menyukai pertembungan satu lawan satu bagi jawatan nombor 2 untuk memastikan parti terus bersatu. Mereka merasakan Samy Vellu bimbang sekiranya berlaku pertandingan tiga atau empat penjuru, ia akan memecahbelahkan parti memandangkan akan wujud tiga atau empat puak.

Kenyataan Media Fariz Musa

Angkatan Muda Keadilan ( AMK ) Negeri Terengganu benar-benar kecewa dengan sikap Pergerakan Pemuda UMNO Terengganu terus diam membisu tanpa sebarang reaksi terhadap tragedi Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin yang runtuh pada 2 Jun 2009 yang lalu . Bagaikan tidak ada apa-apa yang berlaku .

Sedangkan insiden ini merupakan satu peristiwa yang memalukan negeri Terengganu dan negara . Stadium yang baru berumur setahun telah runtuh hampir 60% dan setakat ini kerugian awal berjumlah RM25 juta sepertimana yang dinyatakan oleh MB Terengganu , YAB Datuk Ahmad Said . Stadium tersebut yang mempunyai Sijil Layak Menduduki ( CF ) sedangkan sehingga sekarang pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) belum menerima laporan siap kerja daripada pihak kontraktor dan stadium tersebut beroperasi tanpa Sijil Siap Kerja oleh JKR .

Sedarkah Pemuda UMNO Terengganu bahawa tindakan tersebut mempertaruhkan nyawa rakyat Terengganu ! Bayangkan jika insiden tersebut berlaku sewaktu rakyat Terengganu terutama anak-anak muda Terengganu sedang leka menyaksikan pertandingan Bola Sepak Liga Super . Sudah pasti sekarang ini kita masih sibuk mengeluarkan mayat-mayat dari timbunan pecahan batu dan bumbung stadium tersebut . Syukur kehadrat Allah SWT sewaktu ianya runtuh dan roboh tiada nyawa yang terkorban .

Ada suara-suara di kalangan pimpinan UMNO yang meminta agar pembangkang tidak mempolitikkan tragedi ini . Ini bukan masa untuk bermain politik atau mempolitikkan isu . Ini adalah hak yang perlu diperjuangkan . Wang rakyat yang digunakan hampir RM300 juta untuk menyiapkan 'mercu tanda' ini . Sijil layak Menduduki ( CF ) yang dikeluarkan tanpa cukup syarat merupakan tindakan jenayah yang tidak boleh dimaafkan . Penyelewengan kuasa dan rasuah yang berlaku dalam pembinaan stadium yang berprestij ini .

Pemuda UMNO Terengganu harus keluar daripada 'cocoon' atau kepompong sindrom bisu ini . Bukan hanya diam membisu tanpa sebarang tindakan . Berani kerana benar . Ini melibatkan wang dan nyawa rakyat negeri Terengganu .

AMK Negeri Terengganu berlapang dada bermuafakat kerana Allah demi kecintaan kepada rakyat dan negeri Terengganu ini . Adakala kita perlu berbeza pandangan dan pendapat daripada segi edologi dan politik , tetapi adakala kita perlu seia sekata secara kolektif kerana negeri dan kepentingan rakyat . Menentang kezaliman dan menegakkan kebenaran yang dituntut oleh Islam kepada kita .

Fariz Musa
Ketua AMK Negeri Terengganu

Kolam Renang Pula Bermasalah Di Terengganu

KUALA TERENGGANU - Setelah stadium bolasepak runtuk bumbungnya bebeberapa hari lepas kini kolam di Pusat Akutik pula menghidu masalah. Projek mega yang baru siap di negeri ini berasas apabila Pusat Akuatik Majlis Bandaraya Kuala Terenggannu (MBKT) di Batu Burok di sini telah menunjukkan tanda-tanda bermasalah.


Air dari kolam renang di pusat itu dikesan meresap masuk ke lorong yang memisahkan kolam renang dengan 13 buah kedai di sisi pusat itu menyebabkan air bertakung lalu memasuki premis perniagaan itu.



Menurut satu sumber, air mula meresap masuk ke dalam kedainya sejak sebulan lalu. Katanya ''Masalah ini tidak berlaku bila saya mula berniaga di kedai ini pada April lalu.


''Bagaimanapun, sejak bulan lalu, saya dapat lihat air dari kolam renang meresap masuk ke kedai menyebabkan air bertakung di lantai," katanya. Gadis yang berniaga di kedai nombor empat itu berkata, semua pekedai bimbang berlaku kejadian yang tidak diingini ketika mereka sedang berniaga.


''Tambahan pula apabila berlaku runtuhan bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin kelmarin, kami lagi bimbang tahap keselamatan di pusat ini," ujarnya.


Johor Daily dimaklumkan, ada pihak pro Datuk Amad Said mula menuding jari kepada bekas menteri besar yang lepas iaitu Datuk Seri Idris Jusoh. Menurut sumber itu, " ini adalah peluang terbaik kumpulan pro Ahmad Said membalas tindakan Idris yang cuba mengganggu-gugat krabiliti MB".


PAS Mahu Ke Sarawak Pula

SHAH ALAM - Parti Islam se-Malaysia (PAS) yang telah mendapat kerusi terbanyaknya ( DUN Dan Parlimen pada PRU-12 ) selepas berganding dan mendapat suntikan daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas pemimpin itu dibebaskan dari penjara berazam terus meluaskan kuasa politiknya di Sarawak.


Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Md. Isa berkata, parti itu akan melaksanakan beberapa pendekatan sebagai 'kejutan' apabila bertanding dalam pilihan raya di Sarawak tidak lama lagi.


Tanpa mendedahkan apa pendekatan tersebut, beliau berkata, langkah itu merupakan antara perkara yang diputuskan dalam mesyuarat kepimpinan tertinggi parti tersebut, baru-baru ini.


''Masuk pilihan raya di Sarawak bukan perkara baru bagi Pas, kita dah bertanding beberapa kali di negeri itu antaranya ialah di Batang Sadong.


''Kita ada berapa pendekatan untuk dilaksanakan, tapi saya tidak mahu sebut sekarang, kita akan 'uji' di Sarawak bila ada pilihan raya," katanya .


''Kita akan kumpulkan tenaga melibatkan kepimpinan ulama, Pemuda dan Muslimat Pas untuk kuatkan parti ini di Sarawak. Kita tahu bukan mudah, tapi kita akan cuba kerana prinsip kita jika bertanding adalah untuk mencapai kemenangan," jelas beliau.


Thursday, June 4, 2009

Pencuri dapat sedekah AS$40

NEW YORK – Seorang pemilik kedai berjaya menghalang percubaan seorang pencuri dengan bertindak memberikan penjenayah terbabit wang sebanyak AS$40 (RM144) dan sebuku roti.

Video yang disiarkan semalam dalam laman web www.newsday.com menunjukkan, seorang lelaki memasuki kedai berkenaan di Shirley, Long Island pada 21 Mei lalu dan mengugut meminta wang.


Namun pemilik kedai, Mohammad Sohail bertindak pantas mengacukan senapang patahnya kepada pencuri itu. “Dia melutut minta maaf dan memberitahu saya, dia tidak ada wang, pekerjaan dan keluarganya kelaparan.


“Saya berasa kasihan kepadanya dan memberikannya wang. Saya tidak merancang untuk mendakwa penjenayah terbabit,’’ kata Sohail


Dewan Pemuda Mahu PAS Jadi Nadi Pakatan

KUALA LUMPUR - Dewan Pemuda Pas mahu parti itu mengukuhkan kedudukannya dengan menjadi tulang belakang dalam Pakatan Rakyat.


Dalam masa yang sama, sayap parti itu mahu golongan ulama terus memimpin dengan dibantu para profesional dan aktivis. Ketuanya, Salahuddin Ayub berkata, Pas bukan 'sleeping partner' kepada pakatan pembangkang atau sekadar pelengkap kepada kebangkitan parti-parti pembangkang.


Malah beliau mahu Pemuda Pas memainkan peranan terbesar pemimpin golongan muda ketika parti Islam itu dilihat sebagai alternatif untuk menggantikan UMNO.''Maka generasi baru Pemuda Pas juga perlu membuat kajian dan perancangan yang lebih strategik kerana kita mahu peranan Pas dalam Pakatan Rakyat diperkukuhkan.


''Pemuda Pas adalah tenaga utama dalam meningkatkan peranan Pas itu dan ia perlu diberikan suntikan perangsang yang baru," katanya.


Salahudin yang telah memimpin sayap parti itu selama tiga penggal berkata, pengukuhan peranan Pas tidak bermaksud untuk menguasai Pakatan Rakyat dan parti lain menjadi pengikut.


''Saya sedar semua parti adalah pelengkap antara satu sama lain. Tetapi saya mahukan dalam apa aspek pun peranan dan sumbangan gerak kerja Pas dalam memperkasakan pakatan pembangkang dipertingkatkan," katanya.


Hari Ini Pengumuman PAS

KOTA BHARU - Pas akan mengumumkan calonnya bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai seminggu sebelum penamaan calon, 6 Julai ini.

Pesuruhjaya Pas Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, pihaknya telah menyenarai pendek bakal calon bagi pilihan raya kecil kawasan tersebut dan hanya menunggu masa yang sesuai untuk diumumkan. Beliau berkata, calon-calon itu disenaraikan hasil maklum balas semua pihak terutama akar umbi yang akan mengundi di DUN Manek Urai.


''Calon sudah ada tetapi tidak boleh bagi tahu lagi, seminggu sebelum penamaan calon kita akan umumkan,'' katanya lagi. Beliau berkata demikian ketika mengulas persediaan parti itu untuk menghadapi pilihan raya kecil DUN Manek Urai pada 14 Julai ini.


Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan empat nama disebut-sebut sebagai bakal calon pada pilihan raya kecil tersebut. Mendahului senarai tersebut ialah bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Guchil, Zulkifli Yaacob yang juga bekas Ketua Pemuda Pas Kelantan.


SPR Masih Kebinggunan Untuk Bantu BN

Johor Bahru - Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, maklum balas menyeluruh di Penanti dengan kerjasama parti politik memperlihatkan pelaksanaan itu membantu pilihan raya berjalan dengan tenang dan aman manakala pengundi tidak menghadapi sebarang tekanan.


Beliau berharap permulaan seperti itu dalam pilihan raya kecil akan turut diadakan di Manek Urai walaupun dalam keadaan senario politik dan kempen berbeza apabila Barisan Nasional (BN) akan bertanding menghadapi Pas dalam persaingan yang dijangka sengit dan 'serius'.


Di Manek Urai pada hari pengundian kelak, melalui Sub Sekyen 26 (1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954, buat pertama kalinya juga, kenderaan-kenderaan parti yang digunakan bagi khidmat mengangkut pengundi ke pusat pengundian akan ditentukan dengan penggunaan pelekat khas.


Katanya, semua kenderaan tidak lagi dibenarkan menggunakan logo dan lambang parti masing-masing dan hanya kenderaan berpelekat contohnya warna biru bagi Barisan Nasional, hijau (Pas), oren (bebas) akan dibenarkan memasuki laluan ke pusat pengundian, menurun dan mengambil pengundi di lokasi yang ditentukan.


Johor Daily mendapati setiap kali pilihanraya ada sahaja pertukaran undang-undang atau peraturan bagi menyelamatkan Barisan Nasional. Johor Daily percaya akan ada perubahan lain sebelum hari mengundi.


Gerakan Mulakan Tindakan Pada Guan

KUALA LUMPUR- Parti Gerakan akan memberi surat tunjuk sebab kepada naib presidennya Huan Cheng Guan berikutan kenyataan beliau yang mengkritik kepimpinan parti itu.

Setiausaha agung Gerakan Teng Chang Yeow berkata Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) parti itu yang bermesyuarat malam tadi memandang serius tindakan Huan itu dan membuat keputusan akan memberi surat tunjuk sebab kepadanya.

Tiga hari lepas, Huan melahirkan rasa tidak puas hatinya terhadap kepimpinan tertinggi Gerakan dan berkata beliau akan meninggalkan parti itu. "Walaupun menghormati hak Huan untuk melahirkan pendapatnya, CWC menganggap kenyataannya baru-baru ini khususnya yang mencemuh parti melalui akhbar, adalah keterlaluan dan telah mencemar imej parti.

"Tindakannya itu mencetuskan perbalahan dan perpecahan dalam parti yang tidak boleh diterima oleh CWC," kata Teng dalam kenyataan hari ini. Beliau juga berkata parti itu belum menerima sebarang notis daripada Huan mengenai peletakan jawatannya.

Murugiah Dakwa Kayveas Bawa Pekerja Kilang Ke PWTC

KUALA LUMPUR - Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk T. Murugiah berkata beliau akan berjuang habis-habisan untuk mempertahankan jawatannya yang sah selaku Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP).

Beliau memberitahu Bernama pemilihannya sebagai Presiden PPP pada 24 Mei lalu dibuat mengikut perlembagaan parti itu dan beliau telah mengemukakan semua dokumen yang relevan kepada Pendaftar Pertubuhan untuk pengesahan.

Murugiah dan Datuk M. Kayveas, bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri kini masing-masing mendakwa mereka merupakan Presiden PPP yang sah. Murugiah berkata hampir 90 peratus dari ahli PPP menyokong beliau selaku presiden yang mana ia dinafikan pula oleh Kayveas.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam, Pendaftar Pertubuhan belum membuat keputusan mereka berhubung kedudukan Presiden PPP. Ketua Penerangan PPP, Datuk Samson Maman yang dikatakan menyokong Kayveas berkata, PPP akan mengadakan perhimpunan agung Ahad ini.

Murugiah berkata beliau menerima maklumat bahawa kumpulan Kayveas merancang untuk membawa pekerja kilang bagi memenuhi Pusat Dagangan Dunia Putra, venue persidangan itu dijangka diadakan.

Wednesday, June 3, 2009

Dr. Mansor Dinobatkan TKM1

PULAU PINANG - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penanti, Mansor Othman , hari ini mengangkat sumpah jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang di hadapan Yang Dipertua Negeri, Tun Abdul Rahman Abbas, di kediaman rasminya di Seri Mutiara di sini, hari ini.

Pada istiadat itu, Mansor, 59, menerima surat pelantikan, diikuti dengan istiadat mengangkat sumpah jawatan dan taat setia serta sumpah menyimpan rahsia sebagai Timbalan Ketua Menteri I. Mansor yang juga Timbalan Pengerusi Perhubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Negeri, menandatangani surat pelantikan dengan disaksikan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Zainal Rahim Seman.

Sementara itu Johor Daily mendapati perlantikkan itu mendapat komen negitif dari beberapa penyokong Barisan Nasional dalam blog pro-Umno. Mereka berpendapat, seharus perlantikkan itu diumumkan selepas Mansor memenangi pilihanraya kecil DUN Penanti. Bagi mereka pengumuman Datuk Seri Abwar Ibrahim sebelum ini agak keterlaluan.


PAS Tidak Halang Media - Hassan Ali

Kuala Limpur - "Ini polisi PAS sejak tahun ke tahun, zaman ke zaman. Kita hanya berharap media benar-benar profesional dalam menyediakan berita, tidak berat sebelah dan tidak mengambil kesempatan untuk mengutuk mana-mana pihak atau individu atau mana-mana parti pun dalam liputan mereka," kata Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hassan Mohamad Ali.

Beliau berkata selain Muktamar pusat, Dewan Pemuda, Muslimat dan Ulamak akan mengadakan muktamar masing-masing pada Khamis ini.

Katanya, Dewan Pemuda akan mengadakan muktamar di Dewan Datuk Fadzil Nor, Taman Melewar, Gombak, Dewan Muslimat di Dewan Bankuet Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di sini, manakala Dewan Ulamak akan mengadakan muktamar mereka di Auditorium Muzium Negeri Selangor di sini.


Beliau yang juga Timbalan Pengerusi Muktamar itu berkata sudah menjadi polisi parti itu sejak dahulu lagi untuk tidak menyekat mana-mana media memberi liputan dalam sebarang program yang dianjurkan oleh PAS.

Sebelum ini Datuk Nik Aziz Nik Mat pernah beberapa kali mempertikaikan kewibaan akbar berbahasa melayu terutama Utusan Malaysia. Menteri Besar Kelantan itu menganggap akhbar itu sering memutar-belitkan kenyataannya. Pemimpin utama PAS yang lain juga selalu mempertikaikan kewibaan akhbar tersebut dengan sindiran 'Utusan Meloya'.

Samy Pula Bidas Utusan Malaysia

Johor Bahru - Kebanyakkan pemimpin cina terutama DAP dan MCA masih berdiam diri mengenai isu yang dimainkan oleh Utusan Malaysia, iaitu keganasan komunis dimasa lapmpau. namun parti politik yang golongan terbesar melayu seperti PKR dan PAS sejak minggu lepas telah mempertikaikan isu ini yang dimainkan keterlaluan.

Hari ini presiden MIC, Datuk Seri Samy Vellu secara lantang agar pengarang atau penulis dari Utusan Malaysia yang memainkan isu ini agar didakwa. Beliau menegaskan Awang Selamat dan beberapa wartawan yang bersetongkol dengannya agar didakwa di mahkamah.

Menteri Barisan Nasional yang kerap memainkan isu ini iaitu Datuk Seri Rais Yatim ketika ini agak tegas membiacarakannya. Semalam YB Salahuddin Ayub ketika berucap di Felda Bukit Besar, Kulai Johor berkata, "sentimen yang dimainkan oleh pemimpin UMNO dan Utusan Malaysia itu seperti melagakan golongan melayu dan cina".

Samy berkata dengan tegas, ""mesti dan sepatutnya didakwa di mahkamah di bawah Akta Hasutan".

Johor Bahru Bandar Penjenayah ?

JOHOR BAHRU - Wikipedia yang mendakwa bandar Johor Bahru kini mempunyai kadar jenyah yang membimbangkan dengan pertambahannya . Beberapa tokoh politik Johor dan pihak kesemalatan mempertikaikan ulasan Wikipedia itu.

Datuk Shahrir Abdul Samad berkata , gambaran yang diberikan dalam kedua-dua ensiklopedia maya itu tidak semestinya tepat kerana sesiapa sahaja boleh menyumbang artikel atau rencana dalam ensiklopedia tersebut.

''Justeru, pihak polis juga boleh menyumbang artikel kepada Wikipedia bagi memberi gambaran lebih tepat tentang kadar jenayah di bandar raya ini," katanya lagi .


Shahrir berkata, bandar raya ini masih selamat bagaimanapun masih banyak ruang yang boleh diperbaiki oleh pihak polis khususnya bagi meningkatkan tahap keselamatan. Beliau berharap pihak polis meningkatkan risikan bagi membasmi jenayah di sarang penjenayah bukan hanya di kawasan jenayah telah berlaku.


Sementara itu Zabidie Abas Ketua Angkatan Muda Keadilan Johor mengulas dalam blognya. Belaiu tidak menafikan artikel laman web tersebut. Laporan media dan laporan dari individu juga bertambah saban hari mengenai jenayah di Johor khususnya di Johor Bahru. Katanya lagi, laman web tersebut mengambil kira banyak faktor sebelum mengeluran rencananya.

Johor Daily mendapari dengan hanya menaip perkataan Johor Bahru, pengguna akan diberi gambaran mengenai bandar raya ini dan antara topik yang ditulis termasuk mengenai kadar jenayah.


Sebahagian terjemahan petikan dalam bahasa Inggeris yang ditulis dalam topik kadar jenayah membabitkan bandar raya ini adalah:

''Sementara Johor Bahru berkembang dan membangun dengan pesat sejak kemerdekaan negara pada 1957, pembangunan sosialnya tidak setara dengan pembangunan ekonomi. Kadar jenayah telah meningkat, daripada kecurian kecil sehingga rompakan membabitkan serangan ke atas mangsa."


Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, Asisten Komisioner Yusof Che Ngah pula berkata, jenayah di bandar raya ini masih terkawal dan pelbagai langkah telah diambil bagi membasmi jenayah termasuk menubuhkan lebih banyak balai polis komuniti bagi mewujudkan kehadiran polis terutamanya di kawasan yang mempunyai populasi tinggi.

Apabila dimaklumkan bahawa pihak polis juga boleh menyumbangkan artikel dialam Wikipedia bagi mengenai gambaran sebenar kadar jenayah di bandar raya ini, beliau berkata, perkara itu akan diperhalusi.


Hanya 30 Sahaja Masuk PKR - Dr. Isa Sabu

Kangar - Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr. Md. Isa Sabu berkata, Datuk Seri Anwar Ibrahim boleh meletakkan impian terbarunya, tetapi beliau jangan hanya memikirkan kekuatan yang ada pada parti tersebut semata-mata.

Katanya, Anwar juga perlu melihat kekuatan Barisan Nasional (BN) yang kini giat menjalankan usaha untuk menawan semula Selangor, Pulau Pinang, Perak dan Kedah. ''Jangan dia ambil kira 'pukulan' dia sahaja. Dia kena fikir 'pukulan' BN dan UMNO, kata Isa.


''Kalau nak diambil kira impian, semua orang ada impian, tetapi adakah impian itu boleh dicapai dan sesuai dengan kemampuan diri sendiri," katanya lagi . Md. Isa berkata, selepas siasatan dilakukan, jumlah ahli UMNO yang menyertai PKR hanya kira-kira 30 orang.


''Mereka yang menyertai pembangkang disebabkan dasar kecewa kepada UMNO selepas kalah dalam pemilihan dan ada yang tidak dilantik sebagai Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).


''Kemasukan beberapa orang ke dalam PKR tidak memberikan masalah yang besar kepada UMNO, malah ia lebih menyenangkan parti kerana tiadanya spesies 'amfibia' di dalam parti," ujarnya. Beliau berkata demikian selepas Majlis Mesra Peserta dan Pemimpin Masyarakat Bersama Menteri Besar di Dewan Serbaguna Felcra Lubuk Sireh di sini.


Sementara itu Johor Daily dimaklumkan bahawa mungkin ada kejutan bagi Umno Perlis. Berkemungkinan ada tokoh besar dari UMNO Perlis akan menyertai PKR.


8 Ingin Kembali Ke Pangukan UMNO

Shah Alam - Timbalan Ketua Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Noh Omar memberitahu, Seramai lapan penyokong bekas Ketua UMNO Bahagian Petaling Jaya Selatan, Kapten (B) Datuk Zahar Hashim yang keluar parti dan menyertai Pas hujung tahun lepas.

"Kita menerima kembali lapan pemimpin UMNO cawangan ini kerana mereka ini masih lagi ahli UMNO yang sah. Kita sudah semak dan status mereka ini masih lagi ahli parti, tiada surat rasmi pemecatan dikeluarkan terhadap mereka.


"Apa yang berlaku sebelum ini mereka menyokong tindakan Zahar keluar parti disebabkan emosi sehingga terikut-ikut dengan bekas ketua bahagian itu," katanya lagi. Pada Disember tahun lalu, Zahar membuat keputusan meninggalkan UMNO dan menyertai Pas dengan alasan mencari 'tapak' lebih sesuai untuk bergiat aktif dalam politik.


Zahar dikatakan membuat tindakan itu setelah tidak berpuas hati dengan keputusan Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang menggantungnya daripada parti itu selama tiga tahun kerana mengkritik kepimpinan Tun Abdullah Badawi.


Beliau turut mewakafkan bangunan miliknya yang sebelum ini menjadi pejabat UMNO untuk dijadikan pejabat Pas di kawasan itu. Ketika ini, jawatan Ketua UMNO Bahagian itu dipangku oleh Raja Datuk Hanipuddin Raja Datuk Nong Chik bagi tempoh tiga tahun.

PPP : Kayveas dan Murugiah Ada Percanggahan

Kuala Lumpur -Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata,"ROS telah menemui saya dan memberi laporan awal mengenai isu ini. Dalam pertemuan itu ROS menyatakan bahawa ada perkara-perkara tertentu yang perlu diperjelaskan oleh Kayveas dan Murugiah."

"Dalam pertemuan ini juga ROS memberitahu saya yang beliau memerlukan masa agar Kayveas dan Murugiah dapat memberi penjelasan kepadanya mengenai beberapa isu berbangkit sebelum satu rumusan dibuat,'' katanya.


Beliau mengulas status terkini PPP yang sebelum ini menghadapi konflik kepimpinan apabila Kayveas dan Murugiah mendakwa sebagai presiden yang sah bagi parti tersebut.


Murugiah sebelum ini dilantik sebagai presiden parti dalam mesyuarat agung luar biasa EGM pada 24 Mei lalu. Kayveas pula diumumkan kekal sebagai presiden PPP apabila menang tanpa bertanding pada pencalonan rasmi parti 30 Mei lalu.


"Ada beberapa kenyataan Murugiah yang dikatakan tidak tepat. ROS perlu penjelasannya sebelum menentukan sama ada sah atau tidak EGM yang mereka adakan dan kedudukan kuorum juga akan diberi perhatian oleh ROS,'' ujarnya.

Johor Daily mendapati Barisan Nasional terpaksa berhati-hati membuat keputusan dalam isu perebutan jawatan dalam PPP kerana parti itu mempunyai jentera dan ahli parti yang ramai. Tindakan Kayveas sebelum ini memperlihatkan banyak ahli itu telah menyokong Pakatan Rakyat terutama PKR.

Ibrahim Ali Hentam PR Di Penanti

Johor Bahru - Datuk Ibrahim Ali berkata, " walaupun mendapat kemenangan, pakatan pembangkang tidak boleh mendabik dada bahawa mereka mendapat mandat rakyat kerana peratusan mengundi tidak mencecah 50 peratus" .

Komentar Ahli Parlimen Pasir Mas ini menimbulkan kemarahan beberapa pemimpin Pakatan Rakyat(PR) terutaman PAS yang menganggap bekas ahli UMNO itu memperlihatkan niat ingin kembali ke pangkuan parti berlogokan keris itu.

Penganalisis politik sudah mula memberi riaksi bahawa Ibrahi Ali sudah ada kecenderungan dan cubaan melobi bertali arus untuk diterima kembali sebagai ahli UMNO. Sudah tentu beliau inginkan menjadi calon BN-UMNO di Parlimen Pasir Mas Piilihanraya Umnum ke-13 nanti.

Johor Daily memerhatikan ayat " walaupun mendapat kemenangan, pakatan pembangkang tidak boleh mendabik.... " Ibrahim lupa bahawa walaupun ia menganggap dirinya calon bebas beliau juga dari kelompok yang sama iaitu PAS. jasa PAS pada tokoh lompat katak itu sangat besar.

Ibrahim tahu untuk menjadi calon PAS lagi mungkin sudah tiada . Hanya UMNO yang diharapkan pada masa akan datang dalam kerjaya politiknya. Tugasnya kini akan menjahamkan lagi Pakatan Rakyat sebaik mungkin, kerana beliau tahu bagaimana dirinya mencemuh Anwar Ibrahim semasa mentor PR itu disingkirkan dari UMNO pada 1998.

Tuesday, June 2, 2009

Zaid Hangatkan Isu Perkauman Dimainkan Utusan Malaysia

Johor Bahru - Dua hari lepas , bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri, Zaid Ibrahim membidas artikel yang disiarkan dalam utusan Malaysia itu dan menyifatkannya mempunyai unsur perkauman berkaitan isu komunis.

Beliau dengan tegas menegur akhbar dan pemimpin UMNO yang kian memperbesarkan isu kesilapan Parti Komunis Malaya dan pengganas komunis di masa lampau. Ia sedikit sebanyak menimbulkan bekas anggota tentera yang pernah berjuang sebelum kemerdekaan.

Tan Sri Muhyiddin Yassin juga menegur akhbar milik UMNO iaitu Utusan Malaysia kerana menyiarkan artikel yang berunsur perkauman. Beliau mengulas tentang arikel bertajuk 'Melayu dikhianati' yang ditulis oleh Awang Selamat.

"Mereka yang diberi kewarganegaraan adalah rakyat Malaysia, tak kira mereka Melayu, Cina atau India," katanya lagi. Muhyiddin, yang juga timbalan presiden Umno, turut mengingatkan akhbar-akhbar lain agar memahami perkara tersebut pada masa akan datang.

Kemelut UMNO Terengganu Semakin Meruncing

KUALA TERENGGANU - Setelah Stadium runtuh awal pagi tadi, pergolakkan UMNO Terengganu membawa perkhabaran bahawa kumpulan 18 ADUN BN Terengganu akan mengemukakan undi tidak percaya terhadap Menteri Besar, Datuk Ahmad Said dalam sidang DUN nanti jika kemelut politik di negeri masih gagal diselesaikan.

Bagaimanapun, menurut sumber yang rapat dengan mereka, undi tidak percaya itu merupakan jalan terakhir bagi menyelesaikan kemelut politik yang melanda negeri itu sejak lebih setahun lalu."Mungkin satu usul tidak percaya terhadap Datuk Ahmad akan dibuat dalam sidang dewan yang dijadualkan Ogos ini. "Kumpulan 18 ADUN masih percaya krisis politik Terengganu akan selesai jika Ahmad meletakkan jawatan sebagai menteri besar," katanya sumber Umno .

Namun, sumber itu berkata, ADUN BN berkenaan berharap pengerusi Umno Terengganu, Datuk Seri Hishammuddin Hussein boleh menyelesaikan kemelut tersebut sebelum sidang DUN bermula. Katanya, kemelut tersebut dianggap selesai oleh pihaknya jika menteri besar diganti. Menurutnya, kumpulan 18 ADUN berkenaan mahu isu tersebut dapat diselesaikan dalam tempoh terdekat ini.

"Sebab itu dalam pertemuan dengan Datuk Seri Hishammuddin di Putrajaya, kita bercakap semua yang menjadi punca kemelut politik Terengganu," katanya. Pertemuan tersebut turut membabitkan lapan ketua UMNO bahagian Terengganu yang diadakan untuk mencari jalan untuk menyelesasikan kemelut tersebut.

Dr. Mansor Ucap Terima Kasih

Johor Bahru - Dr. Mansor Othman merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pengundi dan petugas penanti yang telah memilih beliau sebagai Wakil Rakyat.

Sebarang pertanyaan atau permasalahan boleh diajukan ke email : adunpenanti@gmail.com

Blog boleh dilayari di : http://mansorothman.blogspot.com

Kemenangan ini adalah kemenangan rakyat.

Beliau memulakan ucapan dengan megucapkan ribuan terima kasih kepada semua pimpinan dalam parti.Rakyat telah memberi kemenangan kepada Pakatan Rakyat dan bersyukur dan ini jelas rakyat penanti memberi satu signal yang jelas. Kepada tuan-tuan dan puan-puan sebagaimana yang dijelaskan bahawa kerjasama ini adalah satu kerjasama semua pihak dan seluruh kepimpinan.

Penanti akan memeberi satu signal yang jelas kepada umno dan Barisan Nasional,dan kita harap dari menifesto yang saya bawa saya akan dapat laksanakannnya bahawa saya cukup berterima kasih dan segala gerak kerja yang dilaksanaka sejak awal hingga kini, dan saya percaya YB Fauziah berkata model gerak kerja pilihanraya ini di Penanti ini akan di jadikan contoh dan akan merancang semuanya.

Saya juga mengucapkan terima kasih kepada pimpinan parti untuk di lantik sebagai TKM1 dan saya berkata tanpa tuan -tuan dan puan -puan dengan mesefasto yang dijelaskan, saya sekali lagi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua.

Nozula Harap Kemaafan Naib Presiden PAS

Kota Bahru - Datuk Nozula Mat Diah , ADUN Paloh secara terbuka memohon maaf kepada exco Datuk Husam Musa kerana telah membuat laporan tidak benar dan tidak berasas tahun 2007.

"Saya dengan ini menarik balik segala tuduhan tersebut dan seterusnya menyatakan rasa kesal yang mendalam kerana pertuduhan tersebut telah menyebabkan tekanan kepada beliau dan keluarga beliau serta memburukkan keperibadian beliau," kata Nozula .

Nozula dan seorang lagi ADUN BN Kelantan, Muhd Adhan Kechil (Bukit Bunga) telah membuat laporan tersebut terhadap Husam pada akhir November 2007. Dalam satu kenyataan hari ini, peguam Ahmad Shabrimi Mohamed Sidek yang mewakili Husam berkata, antara lain laporan mereka adalah mengenai:

* Laporan mengenai buku dan salah guna kuasa oleh ahli Exco kerajaan negeri, Datuk Hussam Musa.
* Laporan mengenai penyelewengan Pengarah Urusan Air Kelantan Sdn Bhd
* Isu kegagalan pengurusan Air Kelantan Sdn Bhd.
* Isu Kedai Majlis Daerah Machang.
* Isu Jamnapari membabitkan dana KPK.
* Penyelewengan kawasan balak untuk ladang getah serta penyelewengan Pas mengutip dana.
* Penyelewengan pembelian lot tanah mukim Gual Periuk, Pasir Mas oleh Syarikat Galeri Tanah.
* Laporan ke atas Perbadanan Menteri Besar Kelantan Berhad dan Pengarah Urusan Kompleks Perkayuan Kelantan.
* Isu Perbadanan Baru Tanjung cuba menjual rezab Melayu kepada Syarikat Kind Network Sdn. Bhd

Stadium Ibarat Umno Terengganu

Kuala Terangganu - Stadium yang menjadi kontraversi yang lambat pembinaanya itu iaitu Stadium Bolasepak Gong Badak, Terengganu runtuh kira-kira jam 7.30 pagi tadi. Sementara itu, sumber yang mengetahui mengenai projek tersebut, berkata beliau tidak terperanjat dengan kejadian tersebut.

Menurutnya, juruperunding-juruperunding yang terbabit dalam projek tersebut telah lama menyuarakan kebimbangan mereka tentang keadaan bumbung utama stadium yang dibuat oleh kontraktor asing. "Walaupun sudah tahun memintanya dari kontraktor asng tersebut, difahamkan mereka masih belulm menerimanya," katanya.

Sumber itu berkata, projek pembinaan stadium tersebut dijalankan di bawah penyeliaan Jabatan Kerja Raya.

Johor Daliy berpendapat, studium itu roboh disebabkan strukturnya yang lemah seperti juga dengan Umno Terengganu yang diambang keretakan.

Kerajaan Pusat Masih Hutang 32 CCTV Pada MBJB

JOHOR BAHRU - Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) memperuntukkan RM2.5 juta bagi menambah jumlah kamera litar tertutup (CCTV) di sekitar bandar raya ini sebagai usaha mengurangkan kadar jenayah.


Datuk Bandar Johor Bahru, Datuk Mohd. Naim Nasir berkata, setakat ini sejumlah 16 CCTV telah dipasang dan ia berjaya memberi kesan yang baik."Kita merancang untuk menambah lagi 18 CCTV di sekitar bandar raya ini bagi membantu pihak berkuasa mengurangkan kadar jenayah.


"Segala perbelanjaan dan kos pemasangan kesemua CCTV itu akan dibiayai sepenuhnya oleh MBJB," katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Penuh Bulanan MBJB, di sini hari ini.


Mohd. Naim berkata, pihaknya akan membuka tender pemasangan tersebut dalam tempoh terdekat kepada orang ramai. "Kita yakin dengan penambahan CCTV yang lebih banyak, kadar jenayah terutamanya di kawasan bandar raya mampu dikurangkan," katanya.


Beliau berkata, sebelum ini kerajaan Persekutuan pernah berjanji untuk memberikan sejumlah 32 CCTV untuk dipasang di sekitar bandar raya ini tetapi sehingga kini MBJB masih belum menerimanya.


"Selaku pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini, kami mahu masyarakat di sini hidup dalam keadaan yang lebih baik. "Justeru, kami akan menanggung segala kos pemasangan CCTV di daerah ini," katanya.


Ringgit masih Tidak Menentu Atas Faktor Politik

KUALA LUMPUR - Ringgit mengukuh berbanding dolar AS ketika ditutup hari ini dengan dolar AS berhadapan dengan tekanan jualan secara keseluruhannya, kata para peniaga. Pada pukul 5 petang, ringgit naik berbanding dolar AS kepada 3.4700/4730 daripada penutup Jumaat 3.4940/4990.


Seorang peniaga berkata dolar AS lemah di semua pasaran, sekali gus menyediakan kelebihan kepada mata wang lain secara umumnya di seluruh dunia, termasuk ringgit. Ringgit bergerak antara 3.4700 dan 3.4870 hari ini. Akhir sekali ketika ia mencaratkan paras tinggi baru ialah pada 3.46 pada 2 Jan tahun ini.


Pada penutup, ringgit diniagakan rendah berbanding mata wang utama yang lain. Berbanding dolar Singapura, mata wang tempatan mengukuh kepada 2.4117/4163 daripada 2.4158/4226 Jumaat lepas tetapi merosot berbanding yen Jepun kepada 3.6723/6759 daripada 3.6241/6308 sebelumnya.


Ringgit juga lemah berbanding euro pada 4.9357/9407 daripada 4.9010/9091 Jumaat lepas dan lebih rendah berbanding pound Britain kepada 5.6832/6895 daripada 5.6187/6285 sebelumnya.


PAS Pahang Rasmi Bangunan Sendiri

TEMERLOH - Bulan lepas Parti Keadilan Pahang telah merasmikan bangunannya oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim. Bangunan PAS Pahang di Jalan Dato' Bahaman 3 pula akan dirasmikan pada 9 Jun ini jam 4.50 petang oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat.


Setiausaha Badan Perhubungan PAS Pahang, Roslan Zainal Ahmadi berkata, program berkenaan dijangka akan turut dihadiri para pemimpin Pakatan Rakyat daripada Parti KeadIlan Rakyat dan DAP selain para pemimpin PAS dari kawasan dan cawangan seluruh Pahang serta para Dana Bangunanan PAS negeri.


Pada malamnya , Tuan Guru akan berceramah bersama Pesuruhjaya PAS Negeri, Dato' Tuan Ibrahim Tuan, Pengerusi KeADILan Pahang, Dato' Fauzi Abdul Rahman serta Ketua Pemuda DAP, Loke Siew Fook, Ahli Parlimen Rasah, Negeri Sembilan di tapak Kompleks Perhubungan PAS Pahang di Kerdau.



Waspada Dengan Internet - Mahathir

KUALA LUMPUR - Walaupun internet, khususnya blog, boleh diguna untuk menakutkan orang ramai dan menimbulkan panik, ia juga berguna untuk menyatakan kebenaran, kata bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Sebagai contoh, blog boleh diguna untuk melakukan kejahatan, menakutkan orang ramai dan menimbulkan panik. SMS juga boleh diguna untuk tujuan sama.

Tun Mahathir berkata ketika menjadi Perdana Menteri beliau diberitahu bahawa tidak boleh menyimpan rahsia dalam internet dan memandangkan kerajaan menggunakannya secara meluas, beliau telah mencadangkan negara perlu membangunkan sistem pengendaliannya sendiri.

Dr Mahathir berkata Korea Selatan mempunyai peratus paling tinggi rakyatnya yang menggunakan komputer dan telah melatih sejumlah besar jurutera Teknologi Maklumat.

Beliau berkata di bawah dasar pandang ke timur, Malaysia kini mempunyai sejumlah golongan muda yang menuntut dalam bidang kejuruteraan di Korea.

Dr Mahathir berkata seorang daripada mereka baru-baru ini muncul pelajar terbaik walaupun terpaksa mengikuti kuliah dalam bahasa Korea, tetapi pelajar itu membaca buku teks dalam bahasa Inggeris. "Bila saya tanya gadis yang menjadi pelajar terbaik itu, beliau mempunyai jawapan yang mudah, 'Malaysia Boleh'," katanya.

Gerakan Beri Surat Tunjuk Sebab

KUALA LUMPUR - Gerakan akan memberi surat tunjuk sebab kepada naib presidennya Huan Cheng Guan berikutan kenyataan beliau yang mengkritik kepimpinan parti itu.

Setiausaha agung Gerakan Teng Chang Yeow berkata Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) parti itu yang bermesyuarat malam tadi memandang serius tindakan Huan itu dan membuat keputusan akan memberi surat tunjuk sebab kepadanya.

"Walaupun menghormati hak Huan untuk melahirkan pendapatnya, CWC menganggap kenyataannya baru-baru ini khususnya yang mencemuh parti melalui akhbar, adalah keterlaluan dan telah mencemar imej parti.

"Tindakannya itu mencetuskan perbalahan dan perpecahan dalam parti yang tidak boleh diterima oleh CWC," kata Teng . Beliau juga berkata parti itu belum menerima sebarang notis daripada Huan mengenai peletakan jawatannya.

Perlembagaan Gerakan mensyaratkan seseorang anggota yang ingin melepaskan jawatan perlu memberi notis 30 hari secara bertulis kepada setiausaha cawangannya dan menghantar satu salinan notis berkenaan kepada CWC melalui setiausaha agung.

"Oleh itu, CWC membuat keputusan bahawa tindakan disiplin akan diambil terhadapnya, sejajar dengan perlembagaan parti," kata Teng.

Umno Ibarat ' Anjing Menyalak Bukit '

Johor Bahru - Hari ini dipaparan akhbar tersusun barisan pemimpin Barisan Nasional terutama Umno mengulas keputusan pilihanraya kecil di DUN Penanti. Semalam juga Johor Daily memaparkan juga ulasan dua tokoh Umno iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Khir Toyo mengenai pekara yang sama.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang telah membuat keputusan untuk tidak bertanding, dari luar negara belaiu mengulas pekara yang sama . Beliau dengan keputusan enggan bertanding diibaratkan seperti ' anjing menyalak bukit ' bila mengetahui peratusan yang keluar mengundi amat rendah dan majoriti PKR berkurangan.

Seorang penyokong Pakatan Rakyat memberitahu Johor Daily, " sudahlah tidak berani bertanding, kebulur pula mencari wartawan '. Ketika mengulas pemimpin BN yang memberi komen mengenai kemenangan PKR itu.

" Saya sudah menjangkakan orang UMNO akan memberi ulasan sedemikian rupa , kita lihat nanti di Manek Urai ..." katanya lagi. Sementara itu Johor Daily mendapat blog pro Pakatan Rakyat membidas BN dengan pelbagai pendapat dan ulasan.


Monday, June 1, 2009

Penduduk Kg Muhibbah Merintih

KUALA LUMPUR - Penduduk di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Muhibbah di Puchong merayu agar mereka disediakan dengan pelbagai kemudahan awam seperti dewan orang ramai, perhentian bas, pondok polis dan gerai makanan.

Pengerusi Persatuan Penduduk, Abdul Ghafar Abdullah berkata sejak menghuni projek perumahan itu enam tahun lepas, mereka juga tidak menikmati perkhidmatan pengangkutan awam yang memuaskan.

"Oleh itu, kami ingin menemui pula Menteri Wilayah Persekutuan untuk mengemukakan masalah kami," katanya. Seorang pesara tentera, bekas Kapten Ibrahim Kabir berkata perkhidmatan bas RapidKL yang sering lewat, menyukarkan pergerakan penduduk.

"Saya terpaksa menunggu antara satu hingga tiga jam untuk mendapatkan bas," kata Zurina Harun yang tinggal di Kampung Baru di ibu kota. R. Rama pula berkata masyarakat kaum India turut memerlukan kemudahan untuk menguruskan mayat. Katanya PPR itu didiami oleh kira-kira 40 peratus masyarakat India.

Penanti - Apa Kata Muhyiddin

PUTRAJAYA - Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata peratusan undi yang merosot itu adalah bukti jelas bahawa rakyat telah mula bosan dengan dakyah PKR selain boleh ditafsirkan sebagai tanda protes pengundi yang sudah jelak dengan permainan politik pembangkang.

Katanya rakyat secara tidak langsung telah menyuarakan isi hati mereka terhadap pilihan raya kecil berkenaan yang hanya membuang masa dan membazirkan wang.

"Peratusan 46 peratus tak pernah berlaku dalam mana-mana sejarah pilihan raya. Ini bukti bahawa pengundi di Penanti memang bosan dengan apa yang dilakukan oleh PKR," katanya.

Timbalan Perdana Menteri berkata, ketiadaan calon daripada Barisan Nasional seharusnya memberikan majoriti undi yang lebih besar terhadap calon PKR, namun keadaan sebaliknya berlaku, sekaligus menandakan kekuatan BN masih dirasai.

"PKR pun cakap besar. Sepatutnya tak ada calon dari BN mereka boleh dapat peratus lebih besar tapi jelas terbukti tidak begitu. Jadi maknanya kekuatan BN ada di situ cuma kita tak masuk bertanding sahaja," katanya.

Penanti - Misi Khir Lepaskan Geram

Johor Bahru - Bekas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo sepantas kilat mengulas kemenangan PKR di DUN Penanti. Beliau yang dianggap "hanya bertemankan wartawan dan blog' itu, seperti biasa akan menghentam PKR yang berjaya memalukan beliau pada PRU-12. Namun begitu demi memenuhi naluri Khir, Johor Daily memberi raung kepadanya.

Khir berkata "Hari ini mereka mahu halang bas keluar pula kononnya hendak halang pengundi yang sah dari keluar kawasan pilihanraya. Mereka menentukan peraturan, mereka membuat keputusan dan mereka melaksanakan penguatkuasaan.

"Namun apabila diperhatikan polemik dan politik PKR dan parti-parti sekutunya sejak menang beberapa negeri sehingga sekarang ini, kenyataan paling sesuai bagi cara mereka mentadbir dan berpolitik ialah 'politik bogeyman'," tulis Dr Mohd Khir dalam blognya .

Katanya, mereka menjadikan BN dan Umno sebagai boogeyman atas apa sahaja mala petaka, nasib malang dan kegagalan mereka, mahupun sesiapa sahaja yang boleh mengundi.

"Kempen mereka, kenyataan mereka dan ceramah mereka meletakkan apa sahaja kesalahan atau kekurangan atas BN. "Jika kita masih ingat suatu ketika dahulu, masalah jerebu juga salah pemimpin BN yang kononnya membiarkan maksiat berleluasa.

"Sudah tentu idea tersebut tidak lagi digunakan sekarang. Ceramah dan hasutan mereka dalam bentuk baru tetapi hantunya atau boogeyman tetap BN.

"Jika ada orang kena bunuh pun, maka mereka mencari pemimpin BN untuk dijadikan boogeymannya. Jika ada jalan berlopak pun mereka menunjuk jari kepada pemimpin BN

"Malah jika ada anak gagal mendapat tempat di institut pengajian tinggi yang mereka mahu juga salah pemimpin BN," tulis Dr Mohd . "Saya andaikan politik boogeyman ini mungkin ada sedikit sinar dalam beberapa tahun akan datang sebelum rakyat mulai meluat dan menyampah.

Umno Perlis : You Jump I Jump.....

Kangar - "Saya tunggu keputusan Datuk Hashim, dia lompat saya ikut dia," Bekas ketua penerangan Pemuda Umno bahagian Arau, Ismail Hashim berkata.

"Walaupun Datuk Hashim belum buat keputusan, tetapi 70 peratus sudah ke arah sebelah sana (pembangkang)," katanya lagi. Ismail berkata, 500 ahli Umno itu merupakan penyokong kuat Shahidan yang kecewa beliau tidak dilantik semula sebagai menteri besar dan ketua perhubungan Umno Perlis.

Datuk Ismail Kassimadalah adik Shahidan, merupakan ahli Parlimen Arau. Menurutnya, dalam masa terdekat ini, ada kumpulan ahli dan penyokong Umno dalam DUN Pauh akan menubuhkan cawangan PKR.

"Saya tidak terbabit dengan penubuhan cawangan PKR itu kerana ia keputusan mereka sendiri," katanya . Ismail berkata, mereka kecewa kerana tindakan menggantikan jawatan Shahidan sebagai pengerusi perhubungan Umno negeri dengan Datuk Md Isa Sabu.

"Dalam kemelut politik Perlis sekarang, apa yang boleh saya buat. Saya nak tubuh parti baru tidak mampu. "Takkan (Datuk Seri) Anwar Ibrahim hendak bunuh orang Melayu kerana dia orang Melayu juga," katanya.

Tidur Bukan Kerana Malas, Tapi....


Mafrel melaporkan perkara perkara pada jam 3.51 petang dalam lamanwebnya bersama foto pegawai yang tertidur itu. Menurut Mafrel, keadaan mungkin gambaran terbaik mengenai kelembapan proses pengundian dalam pilihanraya kecil DUN Penanti .


Muak Punca Ramai Tidak Mengundi

BUKIT MERTAJAM - Walaupun Parti Keadilan Rakyat (PKR) berjaya mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti hari ini, namun kemenangan itu tidak membayangkan penerimaan penuh masyarakat kawasan berkenaan berdasarkan peratusan keluar mengundi yang rendah.

Pensyarah Kanan Universiti Sains Malaysia (USM) Dr Sivamurugan Pandian berkata mereka yang tidak keluar mengundi terutamanya pengundi atas pagar mungkin berasa muak setelah melalui tiga pilihan raya sejak Mac tahun lepas.

"Yang keluar mengundi hari ini memang penyokong setia pembangkang, manakala penyokong BN dan pengundi atas pagar tidak keluar mengundi kerana mungkin rasa muak dengan pilihan raya yang terlalu kerap," katanya .

Katanya perbezaan jumlah undi yang diterima oleh Mansor dan penyandang kerusi itu, Mohammad Fairus Khairuddin yang tidak besar iaitu 1,264 undi juga menggambarkan penyokong PKR sendiri sudah merasa yakin kemenangan akan berpihak kepada parti itu, menyebabkan mereka tidak keluar mengundi.

Peratus pengundi yang keluar menunaikan tanggungjawab mereka merosot dengan ketara, daripada 12,657 orang atau 82.08 peratus pada Mac 2008 kepada hanya 7,100 atau 46.15 peratus hari ini.

10 Pekara Yang Menarik Di DUN Penanti

Johor Bahru - Johor Daily mencatat 10 pekara menarik di Pilihanraya Kecil DUN Penanti ( N-12 ). Ia juga boleh dianggap rekod dalam politik Malaysia. Ia adalah berikut :

1. Jumlah pengundi terkecil dalam Pilihanraya Kecil (46%).

2. Pertama kali dalam sejaran Barisan Nasional(BN) tidak bertanding dalam Pilihanraya Kecil.

3. Kali pertama BN berkempen agar pengundi tidak hadir dihari pengundian.

4. Plihanraya Kecil berlaku disebabkan hanya seorang Ketua AMK PKR membuat laporan berlakunya kronisme dan rasuah yang dilakukan pemimpin partinya sendiri. Beliau telah 'dipecat' dari menjai Ahli Majlis kerana membasmi rasuah.

6. Calon yang memenanginya terus mendapat jawatan yang besar (Timbalan Ketua Menteri walaupun pertama kali menjadi wakil rakyat.

7. Hampir semua pemimpin BN-UMNO bercerita di media mengenai DUN Penanti walaupun mereka tidak bertanding.

8. Kali pertama pimpinan Umno berkata pilihanraya kecil adalah pembaziran.

9. Kamli pertama SPR mengumumkan tidak boleh berkempen (pondok panas) dihari pengundian.

10. Kali pertama isu perkauman tidak dimainkan dalam pilihanraya kecil/Umum sejak PKR ditubuhkan.

Indonesia Malukan Malaysia - Sepak Takraw

KUALA TERENGGANU - Malaysia menerima tamparan hebat dalam usaha membentuk sebuah pasukan mantap menjelang Sukan SEA Laos Disember ini apabila tersingkir dari Kejohanan Sepak Takraw Piala Dunia di Stadium Negeri .

Pasukan Malaysia 'A' gagal mara ke perlawanan akhir kejohanan edisi ketiga itu apabila tumpas 0-2 kepada Indonesia, kekecewaan kali kedua di tangan lawan selepas Kejohanan Piala Raja Thai di Bangkok tahun lepas.Justify Full
Pada set pertama, regu pertama Malaysia 'A' yang diwakili Muhammad Syazwan, Norshahruddin Mad Ghani dan Mohd Shafiq Abdul Rahman dikalahkan oleh regu Indonesia Yudi Pornomo, Wisnu Dwi dan Suko dengan 19-21, 21-16, 9-15.

Perjuangan pemain Malaysia 'A' dalam set kedua nampak lebih goyah dan mudah dikalahkan Indonesia. Regu kedua Malaysia 'A' yang diwakili Ahmad Sufi Mohamad Hashim, Mohd Shaifullah Mohd dan Farhan Adam pula kalah kepada regu Abrian, Samsul dan Rizal 17-21, 18-21.

Semantara itu diperalaman akhir Thailand dan Indonesia berkesudahan Raja Takraw Dunia kekal pada Thailand.

Mansor Bersyukur Menang DUN Penanti

BUKIT MERTAJAM - Timbalan Pengerusi Perhubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang, Mansor Othman, yang memenangi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti hari ini bersyukur kerana diberi kepercayaan untuk berbakti kepada masyarakat di kawasan itu.

Sambil menyifatkan sokongan rakan dalam gabungan pembangkang sebagai faktor kemenangannya, beliau turut berterima kasih kepada pengundi di Penanti yang memberi peluang kepadanya untuk berkhidmat kepada mereka.

"Saya bersyukur dengan kemenangan ini dan berterima kasih kepada pimpinan parti dan rakan-rakan dari DAP dan PAS serta kepada pengundi Penanti," katanya kepada pemberita selepas diumumkan sebagai Anggota Dewan Undangan Negeri ADUN Penanti di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) di Jalan Berapit.

Mansor, yang memperolehi 6,052 undi mengalahkan tiga pencabarnya dari Bebas iaitu Aminah Abdullah, Nai Khan Ari a/l Nai Keow dan Kmarul Ramizu Idris dengan majoriti 5,558 undi.

Sematara itu Johor Daily mendapati Utusan Malaysia dan UMNO bersorak diatas peratusan undi yang turun mendadak. Seorang berkata kepada Johor Daily ," inilah yang dikatakan melayu pendengki dan berhati busuk."