Monday, June 22, 2009

Ibrahim Ali Bidas Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR -Presiden Persatuan Pribumi Perkasa (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, membidas Datuk Seri Anwar Ibrahim berikutan tuduhan melulu beliau terhadap UMNO yang didakwa menindas rakyat Kelantan . Katanya kenyataan itu membuktikan bahawa Anwar seorang yang tidak tahu malu dan bermuka tebal.

"Apakah benar penindasan berlaku ke atas rakyat Kelantan? Jika benar, mengapa dia sendiri tidak memohon maaf ketika menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dahulu?


"Jangan ingat semua orang bodoh dan lupa kenyataannya dahulu ibarat burung di padang pasir, kepala di dalam pasir, punggung di luar,'' katanya .


Ibrahim menjelaskan, pembangunan di Kelantan sekarang seperti projek Jambatan Sultan Ismail, lapangan terbang, universiti, sekolah, maktab dan lain-lain adalah projek Kerajaan Persekutuan.


"Cukuplah. Anwar tidak perlu ajar rakyat Kelantan, cukuplah apa yang terjadi kepada orang Melayu di Pulau Pinang,'' tegasnya.


Pemerhati politik sedang menanti-nanti keputusan kemanakah arah tuju politik Ibrahim Ali. Sebelum tahun 2008 beliau kerap mengeritik Umno kerana inginkan kerusi dan simpati Nik Abdul Aziz. Kini kelihat Ibrahim lebih berminta menyokong Umno.

Saturday, June 20, 2009

1 Julai , Malaysia Pasti Meletup

Johor Bahru - 1hb Julai 2009, perbicaraan atas dakwaan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dituduh meliwat Mhd Saiful akan didengar oleh Mahkamah. Kes ini telah menghangatkan Piliharaya kecil permatang Pauh. Malangnya Saiful menjadi bahan cemuhan masyarakat setelah imam yang menjadi saksi sumpahnya mendakwa 'berlaku muslihat di belakang tabir'.

Mohd Saiful menulis dalam blognya lagi: "Tidak terkata.. Jika ditakdirkan kes ini digugurkan di mahkamah dunia, tidak mengapa, saya reda. "Kerana kelak semasa di Mahsyar pasti akan dibicarakan juga. " Agak sahdu dan merintih tulas Saiful diblognya.

Namun Johor Daily dapati, mungkin beberapa pekara menjadi perhatian rakyat Malaysia jika kes ini diteruskan :

1. Tarikh, masa , tujuan dan tujuan berjumpa Datuk Seri Najib Razak. Dan berapa kali berjumpa Najib ( Selepas dan sebelum pengakuan).
2. Menangkis dakwaan bukti Mohd Saiful berbelanja secara mewah selepas pengakuan itu.
3. Cara Mohd. Saiful diliwat dan saiz kemaluan Anwar Ibrahim.
4. Pengakuan Doktor tiada bukti diliwat.
5. Mengapa mendakwa Anwar di Mahkamah sivil sedangkan ia pertuduhan mengaitkan sumpah dan Agama Islam (tiada bukti teknikal).
6. Selepas dakwaan tersebut siapa yang menaja 'kemewahan' Saiful.

Dan yang paling sensasi...

7. Apakah tindakbalas emosi ketika diliwat.

Johor Daily percaya, ketika ini sedah tentu Saiful dalam kebinggungan seperti yang dialami oleh Azizan. Dimaklumkan, ada anak gadis yang pernah terserempak dengan Saiful terus tersenyum-senyum sambil berbisik-bisik.

Adakah ia akan mempengaruhi pilihanraya kecil di Manek Urai. Kita tunggu dan lihat keputusannya. Yang pasti Pahang Daily masih tersenyum menunggu saman dari Saiful.

Menang Sorak Manek Urai Tergadai

Johor Bahru - Dalam PAS giat memperkemaskan jentera dan kempen. Hari ini Umno yang akan mewakili Barisan Nasional, di Piliharan Kecil Manek Urai seperti lumrahnya 'berebut menjadi calon'. Johor Daily mendapati masalah utama Umno di setiap pilihanraya kecil ialah berebut menjadi calon wakil rakyat.

Pemerhati berkata , Umno bahagian kini terbahagi kepada dua kumpulan iaitu kumpulan Datuk Ramzi Abdul Rahman dan bekas ketua bahagian Datuk Wan Zaid Abdullah.

Kedua-dua tokoh itu dikatakan kian akrab dengan pemimpin Umno pusat untuk melobi mejadi calon. Satu sumber berkata 28 daripada 42 cawangan Umno di Kurai Krai merupakan cawangan yang menyokong Wan Zaid sejak sekian lama. Dan selebihnya menyokong Ramzi.

Umno juga mengalamai kegagalan di Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu juga disebabkan rebutan menjadi calon. Tidak mustahil jika di Manek Urai jika kalah juga berpunca dari calon yang dibantah oleh orang dalaman.

Sementara itu poster dan bendera PAS dikatakan telah bertambah dari sehari ke sehari. Manakala jentera Umno menanti habuan dari lawatan pemimpin Umno pusat untuk bekerja lebih bersungguh-sungguh.


Cheng Terima Padah

Johor Bahru - Naib Presiden Gerakan, Huan Cheng Guan sebelum ini lantang mengkritik parti itu, kini digantungke ahliannya selama tiga tahun. Sepanjang tempoh tersebut jawatan Huan sebagai naib presiden digantung dan beliau tidak boleh mengambil bahagian dalam sebarang aktiviti parti.

Oleh kerana tiada parti lain sudi mengambil beliau, Cheng terpaksa menarik balik kenyataan akhbarnya untuk keluar dari Gerakan. Setiausaha Agung Gerakan, Teng Chang Yeow berkata, keputusan tersebut disebut selepas CWC mempertimbangkang semua fakta dan faktor terbabit.

Menurutnya, tindakan tersebut diambil kerana tindak tanduk Huan yang prejudis terhadap kepentingan parti itu dengan secara terbuka mengecam parti dan kepimpinannya, mengisytiharkan untuk meletak jawatan dan mengancam untuk membawa penyokongnya meninggalkan Gerakan.

Teng berkata, semua kenyataan Huan itu yang dibuat melalui media kerana beliau dan beberapa pemimpin akar umbi parti itu membantah pelantikan seorang penyelaras dalam sebuah kawasan pilihanraya di Pulau Pinang.

Katanya, Chuan yang juga anggota CWC yang membuat keputusan muktamad mengenai pelantikan penyelaras tersebut, telah membantah atas alasan orang yang dicalonkan itu dibawa masuk dari luar.

Saifuddin Akan Mengamuk Di Manek Urai !

KUALA KRAI - Sehingga hari ini kerajaan Barisan Nasional belum membuat penjelasan mengenai pendakwaan Saifuddin Nasition mengenai kegagalan BN melunaskan royalti minyak di kelantan. Malah Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata,"Keupayaan BN untuk bangunkan negara lebih kuat berbanding keupayaan Pas di bawah pimpinan Nik Abdul Aziz Nik Mat,"

Malah dengan ego beliau berkata sama ada rakyat mengundi Barisan Nasional atau pun Pas, kedua-duanya pun membolehkan umat Islam masuk syurga. Muhyiddin berkata, perkara yang boleh menghalang orang Islam daripada masuk syurga adalah dosa mereka dan bukannya kerana memilih suatu parti.


Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, hakikatnya kedua-dua parti memperjuangkan agama Islam namun apa yang membezakan BN dan Pas adalah BN kononnya ada kekuatan untuk memaju dan menggerakkan negara.


Johor Daily difahamkan esok Saiffuddin akan berada di Manek Urai bagi memperjelaskan lagi penipuan demi penipuan yang dilakukan oleh kerajaan BN di Kelantan. Beliau adan bersama Daruk seri Anwar Ibrahim dan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalm satu majlis yang dijangka kehadirannya lebih 5,000 orang.


Kerajaan Perpaduan Cuma Impian Umno - Azizah

SHAH ALAM - Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata parti itu tidak membantah mana-mana parti politik termasuk PAS mengadakan perbincangan dengan sesiapa pun demi kepentingan negara. "Saya tidak fikir sebarang parti dihalang daripada membincangkan dengan mana-mana pihak tetapi kerajaan perpaduan adalah isu berlainan sama sekali.

"Kami adalah dalam Pakatan (Rakyat), jadi kami semua komited kepada Pakatan," katanya lagi. Dr Wan Azizah menghadiri sebuah majlis menyambut ulang tahun kelahiran pemimpin demokrasi Myanmar Aung San Suu Kyi ke-64 anjuran Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan Selangor, Elizabeth Wong.

Katanya terma "kerajaan perpaduan" adalah tidak betul kerana hanya sebilangan pemimpin PAS sahaja yang ingin mengadakan perbincangan dengan UMNO. "Ia bukan satu kerajaan, istilah itu bukan mengenai kerajaan perpaduan. Sebenarnya ia hanya mengenai perbincangan dan bukan perbincangan perpaduan," katanya.

Ahmad Maslan Tidur Rumah Termiskin di Manek Urai ?

Johor Bahru - Dalam masa majoriti pemimpin Umno menagihkan Kerajaan perpaduan. Ketua Penerangan Umno Ahmad Maslan yang pernah menghentam 60,000 jentera Umno pada PRU-12 . Ahmad kini membidas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Beliau mendakwa kumpulan yang menyokong Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bagi menentang usaha perpaduan antara parti itu dan UMNO adalah suara minoriti rakyat negara ini dan tidak perlu diberi perhatian.

Beliau berkata suara majoriti rakyat Malaysia tanpa mengira kaum inginkan perpaduan dan inginkan politik yang lebih stabil, aman dan tenteram pada masa depan.

Suara minoriti itu tidak perlu diberi perhatian kerana ini akan menyebabkan usaha yang lebih besar dan mulia gagal," katanya .

Idea bagi penubuhan kerajaan perpaduan dicetuskan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang tetapi mendapat teguran daripada Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan.

Dalam perkembang lain, penyokong Pakatan Rakyat bertanyakan Johor Daily, " bila Ahmad Maslan nak tidor rumah paling miskin di Manek Urai, kita tunggu di TV3 dan Utusan Malaysia, " kata seorang ahli PKR.

Tegasnya lagi, "aku pasti dalam masa berkempen mesti banyak rumah usang di Manek Urai akan Ahmad Maslan perbaiki macam di Pontian."

Friday, June 19, 2009

Umno Makin Gelojohkan Kerajaan Perpaduan

KUALA KRAI - Dalam majoriti pimpinan PAS menolak kerajan Perpaduan Umno pula mahukan perbincangan dengan Pas mengenai kerajaan perpaduan disegerakan dan meminta pemimpin Pas melupakan persengketaan lama.

Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin, Timbalan Presiden Umno berkata beliau berharap perbincangan itu berjaya diadakan kerana jika perkara itu dibiarkan berlarutan akan timbul perpecahan dalam kalangan umat Islam.

"Kita tidak akan tetapkan apa-apa syarat dan kita terima apa saja syarat yang ditetapkan oleh Pas. Bagi saya kita perlu bersikap terbuka," katanya.

Beliau meminta melupakan sengketa yang pernah berlaku antara Pas dan Umno pada era 70-an dahulu sewaktu kedua-dua parti bekerjasama. "Itu zaman lampau. Sebagai umat Islam kita digalak bermaaf-maafan," katanya.

"Perkara yang penting adalah hasrat Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mahu menjayakan kerajaan perpaduan itu malahan Muhyiddin mahukan perlu ada usaha daripada PAS untuk mewujudkan satu usaha sebagai pembuka tirai dalam menjayakan kerajaan perpaduan.

Ditanya mengenai pandangan Pakatan Rakyat bahawa Umno lemah kerana inginkan kerjasama dengan PAS, beliau menafikan pandangan itu kerana BN masih kuat di dalam kerajaan.

Katanya hasrat beliau ingin melihat umat Islam di negara mempunyai satu pemikiran yang sama walaupun berbeza dalam pandangan politik.

Beliau kesal kerana senario politik di negara ini sekarang memperlihatkan perpecahan di kalangan umat Islam hanya kerana perbezaan politik sehingga meminggirkan soal perpaduan dan integrasi umat Islam.

Zabidie Tetap Maafkan Felda & BN

By : http://amkj.blogspot.com

Beberapa pandangan kini tertumpu kepada Pakatan Rakyat. Saya ibaratkan seperti menangguk di air yang jernih untuk melepaskan tekak yang kering.

Saya simpati dengan BN ketika ini. Sebelum ini mencaci-cerca Pakatan Rakyat. Hari ini lihat sahaja di koran-koran utama. BN begitu tagihkan simpati Pakatan Rakyat terutama PAS agar menyertai matlamat serong mereka.

Dimanakah maruah BN-Umno selama ini yang mendakwa partinya kukuh dan kebal. Jika sudah tiada pemimpin yang baik dan berketerampilan. Ayuh serta Pakatan Rakyat, bukan mempelawa Pakatan rakyat menaiki bahtera mereka yang sudah bocor dan usang.

Saya tidak bersimpati dengan Najib Tun Razak. Talian hayat terakhir mereka hanya tinggal undi pos sahaja. Peneroka Felda dan generasi peneroka sudah tidak boleh diperkudakan lagi. Ayuh hulurkan habuan lagi ke kawasan Felda. Kami akan ambil kerana itu sewajarnya hak kami (generasi Felda). Dan usah lupa hutang-penipuan FELDA masih banyak yang tertunggak.

ANAK (Persatuan Anak-Anak peneroka Felda) tetap memaafkan BN-Umno tetapi undi dan sokongan kepada BN-Umno tidak sekali. Setiap kesalahan pasti dihukum. Maaf tidak semestinya tiada pendakwaan, kami akan membongkarkan segala ketirisan, penyelewangan dan penipuan hak milik peneroka dan generasi Felda.




Muslimat PAS Tolak Pelawaan Wanita Umno

KUALA LUMPUR - Dalam hampir semua pemimpin Umno mendesak agar kerajaan perpaduan menjadi kenyataan. Dewan Muslimat Pas tetap berpegang teguh dengan keputusan muktamar parti itu dan menolak sebarang kerjasama politik dengan UMNO dan kekal bersama Pakatan Rakyat.

Timbalan Muslimat PAS, Senator Siti Zailah Yusof berkata, pihaknya memahami kecelaruan yang timbul di kalangan ahli-ahli Pas akar umbi, pimpinan peringkat bawahan, penyokong dan pengundi Pas berhubung isu kerjasama politik antara Pas dengan UMNO.


"Bagaimanapan, Muslimat Pas akan tetap berjuang bersama dengan Parti Keadilan Rakyat dan DAP sebagai satu gagasan.


"Kami menyeru kepada ahli-ahli supaya bertenang dan jangan cepat cemas dengan usaha pihak-pihak tertentu yang cuba memecah belahkan pakatan pembangkang dan perpaduan dalam Pas," katanya .


Siti Zailah berkata, pihaknya ingin menyeru kepada semua pimpinan Pas supaya tidak membuat cadangan baru di luar keputusan muktamar atau yang tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Pusat serta Majlis Syura Ulama.


"Pas adalah parti yang sudah lama berkecimpung dalam arena politik di negara ini dan mempunyai pengalaman luas untuk menangani pelbagai cabaran politik yang dihadapi.


"Pemimpin-pemimpin dan ahli Pas seharusnya meletakkan kesetiaan dan kepercayaan mereka kepada perjuangan jemaah," kata beliau.


BN Sangat Tagihkan Kerajaan Perpaduan

KUALA LUMPUR - Kerajaan Barisan Nasional kian beranggan-anggan agar kerajaan perpaduan menjadi kenyataan. Walaupun BN tahu ianya tidak akan menjadi kenyataan, BN dilihat cuba menjadi 'hero' perpaduan setelah bayanyak harta negara didakwa telah dilesapkan dakwa pemimpin Pakatan Rakyat.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, UMNO dan BN akan tetap meneruskan kerja membantu rakyat di negara ini sama ada kerajaan perpaduan itu wujud atau tidak. "Saya lihat setiap hari ada syarat baru, kalau jadi, Alhamdulillah, tetapi kalau tidak, kita terus jalankan tugas kita.


''Rakyat mahukan kerja kita diteruskan dan saya tengok Perdana Menteri masih bersungguh mahukan agenda besar negara dijayakan," katanya lagi.


Beliau mengulas kenyataan Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustapha Ali yang mahukan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berbincang dengan semua parti dalam pakatan pembangkang sebelum memutuskan sebarang kerjasama mengenai kerajaan perpaduan.


Sebelum ini, Nik Abdul Aziz membidas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa agar keluar Pas dan menyertai UMNO jika berminat mewujudkan kerajaan perpaduan.Namun, beliau berharap Pas tidak terlalu kerap meletakkan syarat dalam usaha pembentukan kerajaan perpaduan.


Obama Mula Hilang Taring

WASHINGTON - Populariti Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama sudah merosot dan kebanyakan rakyat Amerika menentang usaha beliau untuk menutup kem penjara Teluk Guantanamo dan campur tangan beliau untuk menyelamatkan General Motors, menurut satu kaji selidik terbaru semalam.


Hampir lima bulan selepas Obama memasuki White House, tinjauan pendapat umum Wall Street Journal/NBC semalam mendapati 52 peratus rakyat Amerika menentang penutupan kem Guantanamo manakala 39 peratus lagi menyokong.


Sebanyak 56 peratus responden pula menegaskan, mereka menentang campur tangan kewangan Washington untuk menyelamatkan syarikat pengeluar kereta AS yang bermasalah itu, berbanding hanya 35 peratus yang menyokongnya. Sejumlah 69 peratus responden melahirkan kebimbangan mengenai campur tangan kerajaan itu.


Kira-kira 48 peratus menyokong keputusan Obama mengharamkan kaedah soal siasat yang dilihat sebagai penyeksaan, termasuk waterboarding, manakala 41 peratus menentang keputusan tersebut.


Sokongan terhadap Obama telah menyusut kepada 56 peratus daripada 61 peratus pada April lalu, menurut tinjauan tersebut.

Tinjauan itu juga mendapati hanya 37 peratus rakyat Amerika yang menganggap Obama telah cuba menyelesaikan terlalu banyak isu, manakala 60 peratus berpendapat usaha beliau mencakupi banyak perkara kerana negara ini berdepan dengan banyak masalah mendesak.


Rundingan Konsesi Air Selangor Lancar

KUALA LUMPUR - Kumpulan Perangsang Selangor Bhd (KPS), berkata rundingan mengenai konsesi air Selangor masih berjalan. Pengerusi Eksekutifnya Datuk Abdul Karim Munisar enggan membuat penjelasan lanjut mengenai isu itu.


"Tarikh itu ditetapkan oleh kerajaan persekutuan dan bukan kami," kata Abdul Karim. Sebelum ini, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Peter Chin Fah Kui mengumumkan kerajaan persekutuan mengarahkan rundingan penstrukturan khidmat air Selangor itu dimuktamadkan pada 30 Jun, 2009.


Abdul Karim berkata kerajaan negeri sedang menyemak semula tawarannya kepada empat syarikat konsesi air sebelum itu.


Kerajaan negeri Selangor membuat tawaran bernilai kira-kira RM6.0 bilion untuk membeli aset air di negeri itu. DanPuncak Niaga Holdings Bhd sebelum ini menawarkan RM3.1 bilion untuk aset dan perkhidmatan air selain 70 peratus lagi milik anak syarikatnya, Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd, tanpa menanggung sebarang liabiliti.


Syarikat Pengeluar Air Selangor Sdn Bhd (SPLASH), yang 40 peratus sahamnya dimiliki Gamuda Bhd, ditawarkan RM2.1 bilion tanpa menanggung liabiliti manakala Konsortium Abbas Sdn Bhd milik KBS ditawarkan RM525.7 juta.


"Kerajaan negeri Selangor menemui keempat-empat pihak berkenaan baru-baru ini untuk merundingkan semula perjanjian, dan proses itu masih berjalan," katanya.


Abdul Karim berkata KDEB memain peranan penting dalam industri air Selangor, dengan menguasai pelaburan kumpulan sebanyak 57 peratus, membekalkan air di kawasan Kuala Lumpur, Lembah Klang dan Putrajaya.


Pemerhati pasaran menganggarkan aset air Selangor bernilai 10 hingga 15 kali lebih tinggi daripada RM1.21 bilion perbelanjaan kerajaan persekutuan untuk mengambil alih aset dan operasi air di Negeri Sembilan.


BN Tetap Bertanding Di Manek Urai

SAMARAHAN - Pelbagai pihak berpendapat bahawa Barisan Nasional tidak perlu bertanding di DUN Manek Urai dengan pelbagai alasan. Beberapa NGO juga mendesak BN agar berkecuali di Pilihanraya Kecil itu. Sehingga hari ini belum diketahui penyertaan calon bebas.

Namun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bertegas BN akan tetap meletakkan calon dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manik Urai 14 Julai ini kerana isu kerajaan perpaduan dan pilihan raya kecil di Kelantan itu adalah berbeza dan memerlukan penyelesaian tersendiri.

Najib yang juga Presiden UMNO dan BN berkata, ini memandangkan perkara pembentukan kerajaan perpaduan dengan PAS masih belum memasuki peringkat perbincangan lagi.

"Belum ada perbincangan mengenai perkara ini (kerajaan perpaduan), kita terpaksa melalui proses pilihan raya (Manek Urai)," katanya .

Johor Daily dapati di sekitar Manek Urai, perang poster dan kempen sedang giat dijalankan oleh Pakatan Rakat. Walaupun PKR tidak bertanding, kelihatan beberapa bendera PKR berada di situ. Johor Daily dapati jentera PKR Kelantan turut membantu jentera PAS Kelantan.

Sharizat Berminat Dengan Kerajaan Perpaduan

KUALA LUMPUR - Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil akan menghantar surat esok kepada Ketua Dewan Muslimat PAS Nuridah Saleh untuk menjemput beliau bagi memulakan rundingan mengenai kerajaan perpaduan.


Shahrizat melahirkan harapan agar Nuridah menerima jemputan itu dan meletakkan ideologi politik di belakang untuk mengatasi krisis politik yang dihadapi negara ketika ini.


"Wanita ada cara tersendiri untuk menangani isu ini. Saya berharap Ustazah Nuridah akan menerima jemputan saya untuk bertemu dan mengetepikan ideologi politik dan berbincang untuk mencari jalan penyelesaian bagi kemelut politik.


"Walaupun belum tentu kami dapat menyelesaikan kesemua masalah, tetapi kalau dalam tiga hingga empat isu itu pun sudah bagus. Islam harus bersatu dan mesti kekalkan perpaduan yang ada," katanya.


Shahrizat yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata rundingan ini dimulakan atas dasar Muslim ke Muslim sebelum memperluaskan termasuk bukan Islam terutamanya sejak idea ini dimulakan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.


Bagaimanapun, dalam beberapa minit selepas Shahrizat mengadakan persidangan akhbar itu di Parlimen, 10 anggota Parlimen PAS termasuk wanita mengadakan persidangan akhbar dengan mengatakan mereka enggan mengadakan sebarang rundingan perpaduan dengan Umno.


Thursday, June 18, 2009

Pendedahan Surat Rasmi Mengenai PKFZ



Johor Daily difahamkan, surat tersebut adalah surat arahan/permintaan Datuk Seri Ong Tee Keat agat pembayaran tamabahan RM12.5 Billion diluluskan.

http://pkfz.blogspot.com/2009/06/test.html
.

Nik Aziz Mencadangkan Mesyuarat Ukhuwah

Kota Bharu - Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sedang merancang mengadakan mesyuarat khas yang hanya dihadiri pemimpin tertinggi PAS termasuk Abdul Hadi dan timbalannya Nasharudin Mat Isa.

"Saya sendiri akan menjemput Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, timbalan presiden dan beberapa pemimpin PAS lain yang akan saya tentukan kemudian. Kenyataan tersebut dilihat oleh pendokong Pakatan Rakyat sebagai langkah pantas meredakan suasana.

"Pertemuan ini saya namakan mesyuarat ukhuwah (persaudaraan) yang akan menyelesaikan isu kerajaan perpaduan ini. "Buat masa ini masa, tarikh dan lokasinya belum lagi dapat ditentukan sama ada di Kuala Lumpur atau di Kelantan, bergantung kepada kesesuaian masa tetapi akan diadakan secepat yang boleh," kata Nik Aziz lagi.


AMK Bantah Wajib Lulus Bahasa Inggris

Johor Bahru - Angkatan Muda Keadilan (AMK) beranggapan isu mensyaratkan Bahasa Inggris mesti lulus untuk menentukan tahap lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sebagai agenda kerajaan melambat-lambatkan penyelesaian isu sebelumnya iaitu Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris ( PPSMI).

Timbalan Ketua AMK Pusat, Fariz Musa berkata di blognya, sekiranya cadangan ini dilaksanakan sudah pasti yang menjadi kesan ialah kepada para pelajar di luar bandar , desa dan pendalaman . Kajian terperinci adalah perlu dilakukan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia sebelum cadangan tersebut diimplimentasikan .

AMK mengharapkan agar pendidikan negara jangan dipolitikkan dan lebih ketara lagi apabila pendidikan di'niaga'kan bagi meraih keuntungan dan laba daripada kontrak pembelian komputer riba , perisian , projektor LCD , buku-buku dan sebagainya yang kononnya atas prinsip pendidikan negara atau memperkasakan BI kepada para pelajar , katanya lagi.

Zabidi Abas, Ketua AMK Johor berkata, "jika BI disyaratkan wajib untuk penerimaan ke universiti dan syarat penerimaan pinjaman ( kelolaan kerajaan) mungkin ada logiknya." Tambah beliau kerajaan Barisan Nasional kerap mengubal akta tanpa memikirkan kesan ekonomi negara serta bebanan ibubapa.

Zabidi menyelar Menteri Pelajaran atas cadangan itu kerana sengaja memainkan isu politik untuk masadepan anakbangsa. Ketika ditanya mengenai kesan kepada pelajar jika ianya diwajibkan, beliau berkata "pekara terpenting displin pelajar ditahap terburuk, jenayah pelajar perlu dititik-beratkan. Apa perlunya sijil yang baik jika negara sering dibelenggu oleh masalah displin dan jenayah yang mendadak meningkat."

Fariz berkata lagi diblognya, "AMK membantah cadangan tersebut dan meminta agar pihak Kementerian Pelajaran Malaysia bertindak secara rasional dan relevan dan jangan memperjudikan nasib para pelajar kita dengan dasar yang " setiap kali menteri baru mengambil alih , setiap kali dasar baru akan dicipta ". Para pelajar kita yang menjadi mangsa dengan kerakusan pimpinan UMNO yang tidak memikirkan nasib dan kemampuan para pelajar kita terutama para pelajar di desa , luar bandar dan pendalaman yang serba kekurangan ."

Sultan Johor Tidak Mahu Jambatan Ke-3

JOHOR BAHRU - Sebelum ini Perdana Menteri Malaysia dan Menteri Mentor Singapura telah membuat perbincangan mengenai Jabatan ke-3 antara Johor dan Singapura. Namun hari ini Sultan Johor Sultan Iskandar bertitah , Baginda tidak bersetuju dengan cadangan pembinaan jambatan ketiga antara Malaysia dan Singapura di bahagian Johor Timur.

Titah Sultan Iskandar itu disampaikan melalui Tunku Mahkota Johor Tunku Ibrahim Ismail semasa berucap mewakili ayahandanya pada perasmian persidangan Dewan Undangan Negeri Johor, di Kota Iskandar, Nusajaya.

"Saya dititahkan oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku bahawa Tuanku tidak setuju dengan cadangan untuk membina jambatan ketiga," kata Tunku Ibrahim Ismail.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini mengumumkan mengenai minat Singapura membina jambatan ketiga bersama Malaysia apabila hasrat itu dilahirkan oleh Menteri Mentor Singapura Lee Kuan Yew pada pertemuan mereka di Putrajaya.

Sebelum ini bekas Perdaana menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad juga melahirkan rasa tidak senangnya mengenai pembinaan jambatan tersebut. Mahathir berkata, Singapura hanya menentingkan diri sendiri dan hanya mahukan pasir dari Malaysia.

Dalam titah yang disampaikan menerusi Tunku Mahkota itu juga, Sultan Iskandar menasihatkan rakyat supaya menyambut langkah kerajaan untuk membina ekonomi yang maju.

"Sungguhpun ada masalah ekonomi pada masa kini, namun rakyat perlu yakin bahawa ekonomi negeri Johor ada asas-asas yang kuat," titah baginda.

AMK Johor Sedia Jentera Ke Manek Urai

Johor Bahru - Dalam kemelut Dewan Pemuda PAS dikatakan berlaku perpecahan dan beberapa negeri enggan menghantar jentera di Pilihanraya Kecil manek Urai, Ketua Angkatan Muda Keadilan Johor telah merancang menghantar jenteranya.

Sdr. Zabidie Abas, Ketua AMK PKR Johor ketika dihubungi Johor Daily memberitahu, " AMK Johor akan ke Manek Urai sekitar 4-5 Julai, insyallah". Beliau menambah lagi, "walaupun jumlahnya tidak ramai AMK Johor akan membantu."

Sehubungan itu beliau menyeru AMK negeri lain turut bersama membantu calon PAS yang akan bertanding pada 14 Julai nanti. Ketika ditanya mengenai jumlah jentera AMK Johor, beliau sedang mengumpulkan seberapa ramai dan akan berkerjasama dengan Dewan Pemuda PAS Johor.

Zabidie menjawab ketika ditanya mengenai peluang calon Pakatan Rakyat di DUN Manek Urai, " jika memandang remeh, kita akan menerima kekalahan seperti di Batang Ai".

Dalam perkembangan lain ketika ditanya mengenai had umur AMK kepada 35 tahun, Zabidie berkata, "Undi majoriti telah bersetuju, kita bukan Umno yang semua setuju semasa membuat keputusan kemudian bertelagah." tegasnya lagi.
.

Percaturan Dan Pertembungan

Pilihanraya Kecil DUN di Manek Urai bukan percaturan BN (puak sana) mahupun Pakatan Rakyat, begitu juga di DUN Penanti. Raykat (pengundi) yang menentukan adakah calon-parti itu layak untuk mewakili mereka dalam apa juga permasalahan.

Apa juga tanggapan 'puak sana' tentang Pakatan Rakyat, jelas dan terbukti iltizam 'puak sana' amat menzalimi rakyat Malaysia. Ekonomi Malaysia telah merundum, tetapi pesta-pesti masih berkumandang sana-sini. Kononnya untuk memangkinkan ekonomi dan mengalakkan perlancongan.

Adakah agenda berpesta itu berlaku di Singapura, Jepun, Korea, Jerman dan negera-negara lain untuk mengalakkan perlancongan dengan alasan memangkinkan ekonomi rakyat keseluruhan. Jelas ianya pembaziran.

Pilihanraya Kecil dahulu adalah 'Pesta' buat 'puak sana', kini menjadi sesautu yang menakutkan mereka. Pakatan rakyat bukan memfitnah, segalanya dengan bukti dan fakta. Pertembungan Pilihanraya Kecil, untuk rakyat menentukan 'ratio' pemerintahan semasa. '

Puak sana' bukan sahaja menindas rakyat, kezaliman lumrahnya menghasilkan kehancuran.

Zabidie Abas
http://amkj.blogspot.com
.

Nasaruddin Di Pelawa Menyertai UMNO

KUALA LUMPUR - Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa yang menjadi kemarahan Datuk Nik Aziz Nik Mat dipelawa menyertai UMNO.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, "Saya selaku Ketua Pemuda berpendapat bahawa sekiranya Nasharudin tidak lagi dihargai oleh Pas dan dihalau keluar, lebih baik beliau meneruskan perjuangan bersama UMNO."


Naib Ketua Pemuda Umno, Datuk Razali Ibrahim berkata, kenyataan Nik Abdul Aziz itu adalah perkara yang malang bagi parti berkenaan kerana ia akan menyebabkan mereka kehilangan pemimpin yang bijak.

Katanya, "Niat baik Nasharudin disalah terima oleh Menteri Besar Kelantan dan kenyataan yang dikeluarkan beliau itu sangat berat untuk diterima."Idea yang dicadangkan Nasharudin itu patut dikaji semula kerana beliau adalah seorang pemimpin yang bijak dan saya yakin tujuannya adalah untuk kebaikan semua dan beliau ikhlas dalam perjuangannya."


"BN sentiasa terbuka malahan sering mengadakan gerakan untuk menarik minat ramai dan kami menyambut baik penyertaan ahli baru terutamanya mereka yang mempunyai pucuk kepimpinan yang tinggi," katanya.


Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata, "Saya lihat tindakan Nasharudin tiada salahnya. Idea ini sepatutnya diterima dengan hati terbuka kerana ia mencerminkan pandangan majoriti ahlinya.


"Bersama siapa atau pihak mana perundingan kerajaan perpaduan harus dilakukan tidak perlu ditimbulkan. Apa yang penting adalah ia memberi kesan yang positif terhadap semua pihak terbabit dan bukan demi keuntungan individu. "Janganlah kita menutup atau menyekat kesemua jalan kebaikan yang kita rancang," katanya.


Lim Paksa Azmi Letak Jawatan

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang mahu Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Datuk Seri Azmi Khalid mengosongkan jawatannya semasa PAC menjalankan siasatan ke atas kes penyelewengan Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).


Kata Lim, Azmi perlu mengosongkan jawatan itu memandangkan timbulnya pertentangan kepentingan beliau sebagai seorang anggota Kabinet dari 2004 hingga 2008.


“Dalam tempoh itu, Kabinet membuat pelbagai keputusan mengenai PKFZ, termasuk meluluskan surat-surat sokongan untuk projek berkenaan.


“Surat-surat sokongan itu bagaimanapun dikeluarkan secara tidak sah di sisi undang-undang oleh dua orang bekas Menteri Pengangkutan iaitu Tun Dr. Ling Liong Sik dan Datuk Seri Chan Kong Choy,” dakwanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen di sini hari ini.


Sebelumnya, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia menolak usul yang dibawa oleh Kit Siang supaya ditubuhkan suruhanjaya diraja bagi menyiasat individu yang terbabit dalam penyelewengan Zon PKFZ.


Menurut Pandikar Amin, walaupun isu berkenaan berkepentingan awam, ia bukan sesuatu yang perlu disegerakan.


Bantahan Penebangan Pokok Bakau - SUAKAM

SUARAM cawangan Johor Bahru mendesak pihak berkuasa wajib menjawab persoalan yang dibangkitkan berikutan cadangan pembangunan industri petrokimia dan industri maritim yang melanggar polisi dan akta-akta.


[kenyataan akhbar SUARAM caw. JB pada 9hb Jun 2009]


Dua minggu selepas MB Johor Datuk Abdul Ghani melancarkan program penanaman anak pokok bakau di Stesen Janakuasa Tanjung Bin, Pontian, penebangan hutan paya bakau seluas 913 hektar untuk memberi laluan kepada pembangunan industri petrokimia telah bermula sepertimana yang telah dirancangkan. Tindakan pihak berkuasa yang tidak mempedulikan suara penduduk sekitar Mukim Serkat sebelum ini jelas apabila mereka mula menebang pokok bakau secara senyap-senyap. Ini juga jelas menunjukkan bahawa program pelancaran penanaman anak pokok bakau hanyalah suatu sandiwara pihak berkuasa untuk menipu rakyat bahawa kononnya kerajaan negeri Johor mencintai dan memelihara alam sekitar.


Pada 8 Jun 2009, lebih kurang jam 5:30 petang, kira-kira 50 orang penduduk kampung telah hadir dan mengadakan perarakan sejauh 500 meter ke tempat penebangan pokok bakau untuk membuat bantahan. Mereka yang menyertai himpunan aman ini bukan sahaja terdiri dari orang dewasa, bahkan turut disertai oleh anak-anak sekolah. Muka mereka dilukis dengan pelbagai imej spesis hidupan laut seperti ikan, kuda laut, penyu dan sebagainya. Ada juga yang memakai kad-kad dengan gambar ikan dugong, rumpai laut dan ada juga kad yang memaparkan mesej supaya penebangan pokok bakau ini dihentikan. Kain pemidang dengan perkataan “Kami SOKONG tanam Pokok Bakau, Kami BANTAH tebang Pokok Bakau” sekali lagi direntang oleh penduduk kampung dengan tujuan agar tuntutan mereka didengar oleh pihak berkuasa.


Pelbagai soalan perlu dijawab oleh pihak berkuasa. Antaranya termasuk:-


Soalan Pertama; Kawasan Sungai Pulai yang diitakrifkan sebagai Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS) tahap pertama tidak boleh digunakan untuk sebarang penebangan, pembalakan dan projek besar-besaran, tetapi bagaimana cadangan pembangunan industri petrokimia ini boleh diluluskan?


Soalan Kedua; pembangunan projek mega yang memerlukan penebangan hutan paya bakau melebihi 500 hektar perlu menjalankan kajian Detail Environmental Impact Assessment (DEIA), tetapi dimanakah kajian DEIA?


Soalan Ketiga; perlindungan kepada haiwan terancam seperti dugong dan kuda laut adalah wajib dibawah Akta Perikanan 1985. Pembangunan industri-industri berat seperti kilang petrokimia dan maritim di Sungai Pulai akan memusnahkan pokok-pokok bakau dan rumpai laut yang merupakan habitat bagi pelbagai hidupan laut, dan haiwan-haiwan yang mengalami kepupusan seperti dugong dan kuda laut. Apakah jaminan keatas pemulihan haiwan terancam dan pembekalan sumber laut di selatan Johor?


Soalan keempat; industri petrokimia memberi kesan ketara terhadap kesihatan penduduk yang tinggal berhampiran (lingkungan kurang dari 1km) akibat pelepasan polycyclic aromatic hydrocarbon (PAH) dan bahan toksik lain, Mengapa industri tersebut dicadangkan untuk dibina di lokasi kurang dari 1 km dari kawasan kampung di Mukim Serkat, Pontian?


SUARAM cawangan Johor Bahru mendesak kepada pihak berkuasa agar persoalan-persoalan diatas wajib dijawab kepada rakyat kerana cadangan projek petrokimia dan industri maritim di Sungai Pulai telah melanggar polisi dan akta-akta institusi kerajaan Persekutuan dan Negeri yang dirangka untuk menjamin perlindungan sumber asli dan kesihatan penduduk sekitar.


SUARAM cawangan Johor Bahru berpendapat bahawa segala pembangunan perlulah mengutamakan kepentingan rakyat dan juga nelayan-nelayan sekitar Mukim Serkat dan bukan hanya untuk kepentingan pihak korporat semata-mata serta tidak mempedulikan risiko kesihatan yang bakal timbul akibat aktiviti-aktiviti pembangunan Wilayah Pembangunan Iskandar yang diwar-warkan.


SUARAM cawangan Johor Bahru juga menyeru agar pihak berkuasa melibatkan peranan penduduk kampung dan nelayan secara langsung dalam segala proses perancangan pembangunan perairan Tanjung Bin supaya kepentingan dan hak mereka dapat dipertahankan.


Akhirnya kami menyeru kepada semua lapisan masyarakat, badan-badan NGO, parti-parti politik dan pihak media agar terus memberikan tumpuan kepada masalah-masalah akibat pembangunan Industri Petrokimia dan Industri Maritim ke atas penduduk kampung dan nelayan-nelayan sekitar Mukim Serkat.


Nyam Kee Han
Johor Branch Coordinator
http://suaramjb1.blogspot.com/

Umno Perlis di Ambang Kehancuran - Ismail

Kangar - Ismail Hashim, bekas ketua penerangan Pemuda Umno bahagian Arau Perlis berkata, "kira-kira 300 bekas ahli Umno dalam DUN Pauh akan menyerahkan borang keahlian mereka kepada ahli parlimen PKR Sungai Petani, Johari Abdul di sebuah hotel di Kangar, Sabtu ini."

Ismail, juga , berkata bekas ahli-ahli Umno di DUN Chuping juga akan mengambil tindakan yang sama. "Selang tidak lama kemudian, cawangan-cawangan PKR akan ditubuhkan di DUN Titi Tinggi dalam parlimen Padang Besar," katanya.

Tambah Ismail, yang dikaitkan dengan bekas ketua penerangan Umno negeri Hashim Suboh yang kini terpinggir dalam politik parti itu, fenomena ahli Umno keluar parti dan menubuhkan cawangan PKR akan berterusan sehingga pilihanraya umum akan datang.

Beliau berkata, perkara itu berlaku kerana ahli-ahli Umno sudah hilang keyakinan terhadap Umno negeri yang diketuai Menteri Besar, Datuk Seri Md Isa Sabu.

Ismail juga mendakwa seorang bekas ahli jawatankuasa Umno Arau akan menyerahkan borang permohonan tersebut kepada Johari, ahli Majlis Pimpinan Tertinggi yang dilantik pemimpin angkat PKR Perlis.

Katanya, cawangan PKR yang akan ditubuhkan dalam masa terdekat ialah bandar Arau, Padang Telela dan Kubang Siput. Ismail menambah, ahli-ahli Umno Perlis juga tidak puas hati dengan tindakan menteri besar melantik bekas ahli Parti Melayu Semangat 46, Datuk Idrus Kassim sebagai setiausaha sulit kanan.

Dengan nada tegas Ismail berkata “lebih baik menjadi ahli pembangkang daripada menjadi ahli Umno”.

Johor Daily difahamkan di Pahang iaitu terutama dikawasan Felda, PAS dan dan PKR sedang rancak menubuhkan cawangan - cawangan baru. Satu sumber memberitahu Johor Daily perlantikan Datuk Fauzi Abdul Rahman sebagai Ketua Perhubungan PKR Pahang dan aktiviti Persatuan Anak-Akan Peneroka Felda ( ANAK ) telah memberi kekuatan baru Pakatan Rakyat di Pahang.

Batalkan Sahaja Pertuduhan - Anwar

Kuala Lumpur - Ketua umum PKR juga menfailkan satu notis usul untuk menangguhkan perbicaraan kesnya yang akan berlangsung antara 1 hingga 24 Julai ini.

Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk mengetepikan pertuduhan liwat yang menjadi isu hangat di pilihanraya kecil Permatang Pauh.

Anwar memfailkan satu notis usul meminta mahkamah memaksa pihak pendakwaan menyediakan kepadanya dokumen-dokumen berkaitan kes liwatnya sebelum perbicaraan bagi memudahkannya membela diri.

Anwar menghadapi pertuduhan meliwat Mohd Saiful, bekas pembantunya, di Unit 11-5-1, Desa Damansara Condominium, Jala Setiakasih, Kuala Lumpur antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun, tahun 2008.

Dokumen yang dimohon, antaranya, rakaman asal kamera litar tertutup (CCTV) yang diambil di beberapa lokasi di tempat kejadian di sebuah kondominium di Bukit Damansara dari 25 hingga 27 Jun 2008, sampel DNA, dan kenyataan daripada saksi termasuk pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Beliau memohon mahkamah melepas dan membebaskan beliau dengan
segera daripada pertuduhan liwat atau menggantung prosiding mengenai kesnya itu jika pendakwaan tidak mematuhi perintah mahkamah itu untuk membekalkannnya dengan dokumen berkenaan.

Wednesday, June 17, 2009

Serang Manek Urai Habis - Habisan - Saifuddin

Kuala Lumpur - Ahli Parlimen Machang Saifuddin Nasution Ismail berkata Pakatan Rakyat akan memainkan isu royalti minyak yang belum dibayar oleh kerajaan pusat kepada Kelantan itu dalam kempen pilihanraya kecil DUN Manek Urai.

Beliau menegaskan ,"Sekiranya negeri-negeri yang lain ini mendapat royalti petroleum, mengapa tidak Kelantan...sekiranya Najib benar-benar ikhlas, saya cadangkan beliau membayar kembali royalti petroleum hak Kelantan" .

Sementara itu Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa berkata mesyuarat exco kerajaan negeri hari ini bersetuju supaya Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menulis surat rasmi kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung perkara itu.

Katanya, menurut laporan Jabatan Perdana Menteri yang diedarkan kepada pegawai kerajaan negeri, anggaran pengeluaran petroleum di Kelantan dalam satu tahun adalah RM2.5 bilion.

Husam berkata, Kelantan mula menjadi negeri pengeluar minyak sejak 2004 dan sepatutnya mendapat royalti sepertimana negeri pengeluar minyak yang lain iaitu Sabah, Sarawak dan Terengganu.

Hashim Terus Mencari Arah Politik

Johor Bahru - Percakaran Umno Perlis bukan pekara baru. Namun kelibat Datuk Hashim Suboh untuk menyertai patakan Rakyat seperti yang digembar emburkan sebelum ini belum menjadi kenyataan. Mungkin ia hanya gimik politik beliau agar mendapat 'kerusi' selesa di Umno.

Katanya, "Ketika ini saya masih melihat gelombang tidak puas hati terhadap Umno negeri yang berlaku di peringkat akar umbi."

Namun beliau mendakwa "Saya hendak tengok gelombang ini berterusan, tetapi saya cukup yakin sokongan kepada saya cukup kuat. Ketika ini saya menunggu dahulu, sampai masa saya akan pergi juga."

Hashim mendakwa, di bahagian Kangar, Menteri Besar, Md Isa Sabu yang juga ketua bahagian berkenaan, hanya mempunyai kira-kira 55 peratus sokongan 45 peratus lagi menyokongnya.

Hashim berkata, beliau sudah hilang keyakinan kepada sistem dalam Umno terutama di Perlis. Di samping itu, katanya, beliau juga sedang menekuni reaksi ahli-ahli Umno di peringkat bawahan.

Johor Daily mendapati Hashim dan kumpulan 'elit' Umno Perlis yang kecewa sedang mencari rentak permainan politiknya. Gambaran kasar mungkin beliau dan kumpulan kecewa tersebut akan menyertai PKR tidak lama lagi.

Beberapa saksi mengatakan telah ada perbincangan diantar kumpulan Hashim dan pemimpin PKR Perlis.

'Kerajaan Perpaduan' Berjaya Menghuru-Harakan PAS

Johor Bahru - Pemimpin PAS kian hangat membicarakan mengenai 'Kerajaan Perpaduan'. Hari ini Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menggesa Nasharudin Mat Isa meninggalkan parti itu dan meletakkan ahli parlimen Bachok jika masih ingin kerajaan perpaduan.

Tegasnya, "Kalau benar Nasharuddin nak setuju (dengan kerajaan perpaduan) lebih baik dia masuk Umno, letak jawatan timbalan dan di Bachok. "

nik aziz angry 170609
"Saya tak boleh lari daripada keputusan Muktamar PAS di Ipoh tahun lalu... keputusannya ialah menyokong Pakatan Rakyat.

"Suara sumbang dari PAS untuk buat kerajaan perpaduan ini adalah boneka Umno." Dalam kenyataannya hari ini, Nik Aziz dilaporkan berkata "beliau kesal dengan pendirian Nasharuddin kerana PAS Kelantan menerimanya sebagai calon di parlimen tersebut" .

"Orang Umno sekarang ini sedang berpesta kerana PAS sedang berpecah dan Pakatan Rakyat sedang berpecah," katanya.

"Kalau semua setuju...PAS jadi menteri, DAP jadi menteri dan Keadilan jadi menteri," katanya.

Sementara itu Datuk Mustafa Ali berkata, " "PAS bersama dengan PKR dan DAP dalam Pakatan Rakyat. (Jadi) PAS tidak akan mengkhianati kawan-kawan. "PAS tak akan tinggal Pakatan Rakyat, tidak akan khianati rakan-rakan kita".

Eurocopter Peroleh Sijil Penerimaan Daripada DCA

KUALA LUMPUR- Eurocopter yang menjadi isu hangat di Dewan Rakyat sebelum ini iaitu model EC225 , iaitu pesawat seberat 11-metrik tonne yang dibangunkan untuk pengangkutan penumpang, baru-baru ini telah memperolehi pensijilan penerimaan dari Jabatan Penerbangan Awam (DCA).

Dalam satu kenyataan di sini hari ini, syarikat itu berkata yang EC225 kini boleh beroperasi di Malaysia di bawah pendaftaran Malaysia serta memulakan operasi komersialnya.

"Beberapa pelanggan utama luar pesisir boleh mengendalikan helikopter ini menjelang pertengahan tahun ini," kata Eurocopter Malaysia.

Pesawat EC225 dimajukan sebagai pengangkutan penumpang, terutamanya luar pesisir dan misi VIP, atau misi perkhidmatan awam seperti kerja-kerja mencari dan menyelamat.

Ia berkata DCA telah melawat Marignane, ibu pejabat Eurocopter di Perancis pada September 2008 bagi mengendalikan proses pensijilan penerimaan yang pertama untuk EC 225.

Pensijilan tempatan EC225 oleh DCA Malaysia membuktikan lembaran baru -- iaitu sebuah helikopter Eurocopter yang betul-betul baru telah diberi pensijilan di Malaysia, kata syarikat itu.

Pada Februari lepas, syarikat telah memilih Malaysia sebagai Hab Simulator EC225/EC725 serantaunya untuk rantau ini dan simulator ini dijangka siap pada 2011, katanya.

Syarikat itu berkata yang EC 225 ialah versi awam kepada EC 725, sebuah lagi helikopter militari 11-tonne yang telah memenangi tender bagi penggantian rangkaian helikopter Nuri tahun lepas.

Hari ini, Eurocopter menguasai 50 peratus daripada pasaran helikopter awam dan 38 peratus pasaran helikopter militari di Malaysia.

MANTAP Harap BN Tidak Bertanding Di Manek Urai

KUALA LUMPUR - Pertubuhan Menjana Tindakan Pemikir (Mantap) mencadangkan Barisan Nasional (BN) supaya tidak bertanding dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai, Kelantan .


Presidennya, Mohd. Saiful Adil Mohd. Daud berkata, pilihan raya kecil tersebut hanya akan membazirkan wang dan tenaga jentera BN selain tidak mampu mengubah landskap politik di negeri itu.


"Jika BN memenangi DUN Manek Urai sekalipun, ia tidak akan mendatangkan sebarang kesan signifikan kepada penduduk Kelantan memandangkan penguasaan Pas di negeri itu masih kuat," katanya lagi.


Beliau berkata, keputusan BN meletakkan calon untuk bertanding dalam DUN Manek Urai akan memberikan lebih banyak kesan negatif kepada penduduk tempatan termasuk dari segi keharmonian dan ketenteraman awam. "Saya khuatir pertandingan BN dalam pilihan raya kecil itu akan memecahbelahkan orang Melayu sendiri dan mewujudkan situasi negatif yang tidak diingini," katanya.

Menurutnya lagi, keputusan BN tidak bertanding pada Pilihan Raya Kecil DUN Penanti, Pulau Pinang pada 31 Mei lalu telah menyebabkan pilihan raya kecil itu dapat dijalankan dalam keadaan yang lancar. "Kita juga lihat tiada insiden yang tidak baik berlaku pada pilihan raya kecil tersebut," kata beliau.


Beberapa hari lepas ketika Johor Daily melawat Manek Urai didapai bendera PAS dan BN telah banyak dipasangkan.

Kad Pengenalan di Jumpai Di Pembungan Sampah

Johor Bahru - Khairul Faizi Ahmad Kamil, Ketua Dewan Pemuda PAS Johor mendesak siasatan segera dijalankan berhubung penemuan 14 keping kad pengenalan lama di tempat pembuangan sampah di Tampoi seperti telah diadukan kepada polis awal bulan lalu.

"Saya merasakan isu ini adalah isu besar. Bukan persoalan parti politik, PAS atau Umno atau sebagainya tetapi kita ingin membayangkan sekiranyanya kad pengenalan ini dikeluar dengan sewenang-wenangnya daripada Jabatan Pendaftaran, maka kebimbangan kita akan berlakulah isu keselamatan yang sangat besar kepada negara kita,” katanya .

Dengan nada kecewa beliau berkata "kerana kad pengenalan yang menjadi dokumen penting kemungkinan boleh dijual kepada sesiapapun termasuk kepada pendatang asing yang mungkin memberi kesan negatif kepada negara kita."

Pemuda PAS mempertikaikan bagaimana kad pengenalan tersebut boleh berada di tempat pembuangan sampah sedangkan tiada kesan dokumen tersebut telah dilupuskan. "Saya difahamkan kad pengenalan tersebut perlu dipotong atau ditunjukkan bukti bahawa ia dilupuskan," kata Khairul Faizi.

Beliau tidak menafikan akan membawa pekara ini keperingkat lebih tinggi jika tiada apa-apa tindakan dari pihak polis dan Jabtan Pendaftaran Negara.

MCA Semakin Panik

KUALA LUMPUR - Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat berkata tinjauan umum sama ada MCA akan keluar daripada Barisan Nasional (BN) yang tersiar dalam laman blognya, disifatkan sangat mentertawakan dan tidak dikehendaki kerana ia hanyalah berbentuk akademik.

Johor Daily mendapati lebih 76% yang menghantar pandangan mereka agar MCA keluar dari Barisan Nasional kerana mendapati parti gabungan itu sudah melampaui batas persepakatan bersama yand di dominasi oleh Umno sahaja.

Beliau berkata hasil tinjauan itu hanya dijadikan sebagai rujukan untuk parti seperti tinjauan umum lain yang dijalankan oleh sesetengah pihak bebas dan bersikap tidak memihak.


Menurut tinjauan itu yang dijalankan selepas pilihan raya umum tahun lepas hanyalah untuk menilai pandangan umum mengenai perkara tersebut, tanpa mengira bangsa.


Ong yang berkata demikian pada laman blognya hari ini bagi menjelaskan mengenai tinjauan umum tersebut yang telah dikeluarkan daripada laman web berkenaan.


Pilihanraya umum ke-12 dan pilihanraya kecil didapati pengundi cina telah cenderung kepada Pakatan Rakyat dan penerimaan kaum cina pada PAS diluar jangkaan.


Najib Bimbang Dengan Pengundi Felda

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak Selasa mengingatkan wakil rakyat dari kawasan Felda supaya memberi perhatian berat kepada masyarakat di tanah rancangan itu.

"Rajin-rajinlah turun padang bersama dengan peneroka Felda, susah senang mereka kita kena tahu. Waktu nak bagi bonus kita ada bagi Yang Berhormat , jadi YB bagi (kepada peneroka) bagi pihak Felda.


"Kalau ada apa-apa sumbangan lain kita beri bagi pihak Felda, dengan ini saudara sekalian akan menjadi wakil rakyat yang lebih disenangi dan dekat dihati masyarakat Felda," katanya.

"Sebagai pemimpin kita mesti tahu bagaimana kepimpinan kita itu boleh diterima dengan baik dalam masyarakat. Apabila yang tersirat dan tersurat kita fahami, maka Felda akan terus menerus menjadi benteng kepada kerajaan Barisan Nasional .

"Sehinggakan pada Muktamar PAS di Ipoh pada tahun 2008, mereka mengakui salah satu sebab dia tak dapat menumpaskan kerajaan BN kerana dia gagal menembusi politik rancangan-rancangan Felda yang sebahagian besar menyokong BN dalam pilihan raya lepas," katanya.


Najib yang bimbang kerana di Johor, Pahang, Perak dan Negeri Sembilan ketika ini banyak cawangan baru PAS dan PKR di kawasan Felda . Aktivit Persatuan Anak Peneroka Felda (ANAK) juga telah menimbulkan kerisauan kepada Najib.


Johor Daily difahamkan sebuah felda di Johor sedang merancang untuk menyaman pengurusan Felda atas dakwaan penyelewangan penjualan kelapa sawit.


Musa Bimbang Jenayah Kolar Putih Meningkat

KUALA LUMPUR - Jenayah kolar putih lebih menggerunkan berbanding jenayah konvensional kerana ia boleh menjejaskan prestasi kewangan sesebuah organisasi, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.

Beliau berkata jenayah kolar putih atau jenayah ekonomi bukan hanya membabitkan individu terbabit, tetapi ia telah menjejaskan kedudukan kewangan negara.

Sebelum ini beberapa parti politik mengaitkan beberapa isu besar seperti PKFZ, pembelian helikopter, pembelian kapal selam dan banyak lagi. Namun Pihak polis sehinga hari ini masih menyiasat tanpa keputusan konkrit.

Namun beitu beliau berkata"Sekiranya dibiar, jenayah kolar putih boleh membawa kesan negatif terhadap integriti institusi kewangan dan perniagaan negara dan keupayaan agensi penguat kuasa dalam mengurus dan menyiasat kes penyelewengan kewangan.

"Akhirnya ia boleh menghakis keyakinan ahli perniagaan tempatan dan asing untuk melabur di dalam negara," katanya .

"Bagi jenayah kolar putih, pemantauan dan pelaksanaan sistem kawalan dalaman dan prosedur kewangan yang lemah serta ketidakcekapan transaksi kewangan, merupakan faktor utama kepada peningkatan jenayah kolar putih," katanya.

Beliau berkata jenayah kolar putih meningkat 70.3 peratus tahun lalu atau 7,151 kes berbanding 10,160 kes pada tahun sebelumnya.

Tuesday, June 16, 2009

Najib Masih Menagih Simpati PAS

Johor Bahru- Dalam sebilangan besar pemimpin PAS dan pakatan Rakyat menolak Kerajaan Perpaduan dan Datuk Seri Haji Hadi Awang sendiri menyatakan ianya disalahtafsir. Hari ini Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak masih mengharapkan pembentukkan itu.

Najib berkata beliau melihat PAS ikhlas dalam cadangan mewujudkan kerajaan perpaduan seperti yang disuarakan oleh presiden parti itu Hadi Awang. Perdana menteri berkata beliau tidak menolak sebarang kerjasama yang boleh memberi kebaikan untuk negara.

Ia memperlihatkan Umno sudah tiada pengaruh dikalangan rakyat Malaysia terutama melayu dan sidang medianya seperti menghapakan simpati dari semua ahli PAS.

"Umno sentiasa bersikap terbuka dan bersedia untuk mendengar dan menimbang apa-apa cadangan yang dikemukakan oleh PAS," katanya.

Dengan tiada rasa kekutana pada Umno belaiu berkata, "Kita kena risik-risik dulu. Macam kita nak kahwinlah, kena risik-risik dulu. Jadi tak jadi, kita tengoklah. Takdir menentukan, apa bentuk kita tak tahu lagilah. "Kita tengok pada bentuk kerjasama yang sesuai. Selepas itu, kita boleh bincang. Tak ada masalah " .

Dalam masa yang sama Johor Daily mendapati sikap Umno berpura-pura tentang kerajaan perpaduan ini kerana hampir semua mengutuk tindakan Datuk Seri Nizar Jamaluddin di dewan Rakyat.


Puteri Umno Perlis Sasar 2,000 Anggota Baru


KANGAR - Setelah berlaku pergolakkan UMNO perlis sehingga berlaku penghijrahan beramai-rami bulan lepas , Puteri Umno Perlis meletakkan sasaran untuk menambah 2,000 anggota baru menjelang 2011.

Ketuanya Azmaiza Ahmad berkata beliau yakin matlamat itu dapat dicapai hasil kerja kuat dan komitmen 8,000 ahli sedia ada.

Pergerakan itu telah menubuhkan Biro Profesional Muda bagi mengenal pasti golongan profesional untuk menyertainya, kata beliau kepada pemberita selepas majlis mesra Putera Umno Perlis bersama Menteri Besar Datuk Seri Dr Md Isa Sabu di sini malam tadi.

Asmaiza berkata pergerakan itu akan membantu memperkasakan Umno melalui pelbagai kegiatan kemasyarakatan.

Sementara itu Johor Daily difahamkan keahlian PKR Perlis makin bertambah, tidak dimaklumkan ianya dari ahli Umno atau orang tidak berparti.

Cetusan Kecewa Dari Mantan Ahli PKR ( GAP )

25 jun kabaran gap diberitahu bahawa bapaknya anwar attaturk mahu ke luar negara. negara tujuannya adalah amarika. apa gila bapak anwar ini mahu ke luar negara tatkala kes sodomisasi nya ke atas saiful akan berlangsungan pada satu juli ini !

benarlah kata teman sebicara gap iaitu medan info kita, dalam ruang diskusi kami terdetik satu persoalan kebutuhan di akal kami, 25 jun ini bapak anwar mahu niki bilon ke washington, 18 jam perjalanan jauhnya..mengikut kiraan matematikal, bapak anwar akan tiba di airport washington tepat jam 7 pagi tanggal 27 jun.

jadi persoalan yang membutuhi fikiran aku ini, kok gila kah bapaknya anwar untuk berada beberapa detik sahaja di washington kemudian bisa pulang tepat pada tanggal 1 juli ?

kok orang gilak sahaja yang mahu menyakitkan otek singgahin sebentar di washington ?

atau bapak nya anwar sudah bisa membilang hari, kok ketahuin dia bisa di telanjangin pada hari bicara penuh mendebarkan ddaadddaa ! waduh sik, dub dab dub dab akuk sudah kedengaran degupan jantung bapak anwarin..kok senggama pun tiada memberikan stimnya lagi, inikan pulak masturbasin.

guek mahu melontarkan persoalan kepada kamuk semua, apa hebetnya bapak anwar diberikan status luar biasa nampaknya sedangkan dia jugak manusia biasa di malai-sia ? bapaknya nuar, samalah dengan pesabit dengan kes perogolan,penipuan,peliwatan,ah long dan keseluruhan angkatan konviktim ?

guek dok hairan dong, bilak bapak hishamudin selaku menteri dalem negeri ini tiada punyai visi untuk meletakkan bapaknya anwar sama taraf dengan konviksi kriminal yang lain ? apa istimewanya bapak anwar wahai dato seri hishamudin ?

kitak harus fahamin, bahawa bapak anwar ini adalah sang putar belit maha hebat belaka. mangsa sodomisasinya saiful berulang kali mahu kan keadilan dan prosesi kehakiman dapat dijalankan tanpa ada sebarang sekatan dan cobaan.

MAKA BAPAKNYA GAP DENGAN INI MENCADANGIN, SILA TAHAN PASPORT BAPAK ANWARIN SUPAYA BISA KES LIWATIN INI BERJALAN MENGIKUT MASA YANG TELAH DITETAPIN, I JULI INI HARI KEBENARIN. JANGAN BAPAKNYA ANWAR LARI KELINTANG PUKANGIN !

Posted by GAP ( Gerakan Anti- PKR )

Johor Daily melihat kewarasan politik blog Anwar dan GAP. Sedih benar kondisinya.
.

Najib dan Chin Peng Ada Persamaan

Johor Bahru - Di saat saya mencoret catitan ini terukir sendirian senyuman sinis dibibir saya. Terdetik sebentar, Dato’ Sri Najib tidak pula dituduh sebagai pengkhianat negara apabila melawat Negara China yang diperintah berdasarkan ideologi komunis itu. Walhal negara tersebut merupakan penyokong kuat parti komunis Malaya. Selainkan menyediakan dana, Beijing merupakan destinasi latihan buat pimpinan parti komunis Malaya.

Malahan pendedahan Chin Peng di dalam memoirnya bahawa pihak polis negara terbabit membeli senjata pihak komunis seusainya Perjanjian Haadyai tidak pula disanggah sebagai satu tindakan mengkhianat. Laporan media yang berat sebelah nampaknya sudah menjadi amalan sesegelintir yang mahu terus mengampu BN-Umno Haru biru dasar negara kita, diskriminasi bukan sahaja berlaku ketika mengagihkan kekayaan negara, ianya juga ketika menentukan dengan siapa kita harus berdendam.


Johor Daily mengambil catatan ini diblog Anwar Ibrahim. Izinkan Johor Daily mengulas :


Perwatakakan BN semakin bercelaru. Pabila keseluruhannya (BN) melaungkan iltizam 1Malaysia pada pendokong UMNO yangg beragama Islam melawan fitrah Allah. S.W.T 'Tiada Keampunan dan kemaafan buat Chin Peng'. Allah Maha pengampun lagi Maha penyayang.

Dalam punggutan suara Presiden MCA, 76% menegaskan MCA perlu keluar dari BN. Ia jelas parti cina sudah muak, benci dan menolak BN yang dirakusi oleh UMNO.

Jelas didalam Al-quran dan Hadist Nabi S.A.W, kesilapan atau jenayah sebesar mana sekalipun ada jalan untuk diperbaiki dan ruang pengampunan. Dan lawatan Najib ke China ( negara pengamal dasar komunis) menunjukkan Najib telah memaafkan sikap keterlaluan PKM dulu kerana 'melutut' ke negera pengasas parti komunis bagi merapatkan hubungan Komunis-Malaysia.

Dasar negara dan bangsa, Najib terus bercelaru. Mungkin kesilapan berkompromi dengan pembunuhan Altantuya juga tidak boleh dimaafkan. Datuk Seri Najib Tun Razak tidak perlu meletak jawatan. Banyak persoalan jenayah, rasuah dan habuan belakang tabir perlu dihukum.

Ibrahim Ali Masih Binggung

KUALA LUMPUR - Seperti dibayangkan, BN-UMNO masih kecewa keputusan PRU-12. Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin menjadi mangsa seterusnya. Tidak ketinggalan, Ibrahim Ali pasti mencari peluang untuk menghentam sesiapa sahaja.

Beliau berkata, tindakan ahli-ahli Parlimen pembangkang itu seolah-olah seperti menghina diri dan daya intelektual mereka sendiri. ''Tingkah laku yang tidak baik yang dibuat oleh mereka yang berpendidikan tinggi ini adalah seperti meludah ke langit dan jatuh ke muka sendiri. Ini amat menyedihkan saya.


Berdasarkan sikap yang ditunjukkan ahli-ahli Parlimen pembangkang ketika kekecohan itu, kata beliau, adalah tidak mustahil kejadian tolak menolak dan mematahkan kerusi seperti yang berlaku di Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak akan turut terjadi di Dewan Rakyat.


''Satu hari nanti tidak mustahil, tumbuk menumbuk boleh berlaku dan bagi ahli-ahli Parlimen yang tua-tua kena bersedia. Nanti kena tendang, boleh jadi mati," katanya .


Johor Daily masih mengingati rakaman mesyuarat kabinet semasa pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Suara beliaulah paling lantang menghentam mantan timbalan perdana menteri itu. Sikap bermuka-muka beliau amat dikenali oleh ahli politik Malaysia. Kenyataan Ibrahim kerap berubah mengikut emosi kebudak-budakkan dan 'mode' sendiri.


Pembangkang Pasti Hangatkan Sidang Parlimen

KUALA LUMPUR - Tan Sri Pandikar Amin Mulia Yang Dipertua Dewan Rakyat, mengingatkan ahli Parlimen pembangkang yang ingkar arahan beliau untuk menanggalkan kain ikat di lengan supaya akur atau menjadi ahli Parlimen di negara lain.


Beliau berkata, kekecohan yang berlaku selepas Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin mengangkat sumpah menyebabkan masa sesi soal jawab Dewan Rakyat selama 24 minit dihabiskan begitu saja.


''Janganlah buat kekecohan begitu kalau Yang Dipertua minta mereka senyap. Sudahlah. Duduklah. Ini tidak, menunjukkan sikap degil sehingga 24 minit habis begitu sahaja," katanya .


Tambah Pandikar, apa yang berlaku di luar Dewan Rakyat adalah tidak penting, baginya apa yang penting ialah ahli-ahli Parlimen mematuhi peraturan Parlimen.


''Sudah tentu memakai kain ikat di kepala dan lengan di Parlimen saya tidak benarkan. Di Parlimen semua pihak diminta berpakaian sesuai, malah bagi ahli Parlimen pula setiap kali masuk dan keluar perlu tunduk hormat. Ini bukan pasar," jelas beliau.


''Kalau Anwar berhasrat hendak buat begitu atau mana-mana ahli Parlimen ingin terus berbuat begitu bolehlah pergi ke Parlimen negara lain dan menjadi ahli Parlimen negara tersebut," jelasnya.


''Biasanya apabila Yang Dipertua Dewan Rakyat tidak menjelaskan berapa hari ahli Parlimen yang ingkar arahan digantung ia bermaksud dua hari," katanya.

Mengenai usul penubuhan suruhanjaya siasatan diraja mengenai isu Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) yang ditolak, Pandikar berkata, ia ditolak atas alasan bukan satu isu terdesak.


Johor Daily membayangkan sesi sidang parlimen kali ini lebih hangat dari yanag sebelumnya. Ia kerana beberapa faktor dan kegagalan kerajaan Barisan Nasional gagal melaksanankan beberapa permasalahan negera seperti rasuah, ekonomi yang tidak menentu dan rampasan kuasa di Perak.


PAS Samseng - Pemuda Umno Kelantan

KOTA BHARU - Pemuda Barisan Nasional (BN) Kelantan ada pemimpin Pas yang sanggup 'bertumpah darah' untuk memenangi Pilihan Raya Kecil DUN Manek Urai sebagai politik samseng.


"Kita menolak sekeras-kerasnya sebarang bentuk pendekatan samseng, sebarang bentuk provokasi yang cuba ditimbulkan dalam siri ceramah mereka di Manek Urai. "Mereka adalah sebuah parti yang dilabel sebagai Islam, tetapi kenyataan yang dikeluarkan ini bertujuan untuk menghuru-harakan pengundi di situ," kata Ketua pemuda Umno Kelantan.


Annuar berkata, Pas sepatutnya mencontohi UMNO yang mengamalkan konsep perpaduan untuk menarik sokongan pengundi.


Tegasnya, Pemuda BN tidak akan terikut dengan 'rentak' Pas dan percaya pengundi tidak mudah dipengaruhi ajakan yang tidak selaras dengan budaya dan agama.


Mengulas mengenai peranan Pemuda BN di Manek Urai, jelas beliau, mesyuarat itu memutuskan semua parti komponen pergerakan tersebut bersama-sama turun ke Manek Urai untuk membantu kemenangan BN.


Katanya, Pemuda BN akan memberi keutamaan untuk meraih sokongan daripada pengundi muda di Manek Urai memilih calon BN sebagai wakil rakyat mereka.


Tambahnya, tinjauan terbaru menunjukkan ramai penyokong muda Pas kini mula mendekati BN selepas kecewa dengan pimpinan kerajaan negeri yang gagal menyediakan pembangunan.


Monday, June 15, 2009

1 Pasaraya Rakyat ,1 Daerah - Ahmad Said

HULU TERENGGANU - Kerajaan Terengganu akan mewujudkan Pasar Raya Rakyat di setiap daerah bagi memasarkan produk keluaran tempatan, mulai tahun depan.

Menteri Besar Datuk Ahmad Said berkata sebagai permulaan pasar raya yang menelan kos antara RM3 dan RM4 juta tiap satu itu akan dibina di Pekan Kuala Berang di sini, diuruskan oleh Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU).

"Buat permulaan di Kuala Berang dahulu, kemudian diikuti oleh daerah-daerah lain di seluruh negeri," katanya lagi.

Beliau berkata pasar raya itu diwujudkan untuk memberi peluang kepada penduduk setempat memasarkan barangan runcit dengan harga yang lebih murah dan berpatutan kepada pengguna tempatan.

Dalam perkembangan lain, Ahmad berkata sehingga Mac lepas, Terengganu menerima wang royalti minyak berjumlah RM650 juta daripada jumlah keseluruhan RM1.394 bilion, dan menurutnya baki akan dibayar kepada kerajaan Terengganu bulan depan.

"Wang itu akan dibelanjakan secara berhemah dengan tumpuan diberikan kepada usaha menyediakan perumahan untuk rakyat. Sebanyak 4,500 unit rumah berharga RM65,000 seunit akan dibina dalam masa dua tahun akan datang," katanya.