Wednesday, June 24, 2009

KERAJAAN PERPADUAN, REALITI ATAU FANTASI

Dijemput semua warga Malaysia untuk hadir di ceramah Barisan Nasional. Penceramah yang pernah menjelajah seluruh Malaysia dengan laungan 'Sumpah Keramat' kini akan berada di Shah Alam untuk menerangkan ketulusan Barisan Nasional. Saudara/i pasti terhibur dengan kepetahan mereka berpidato.


TARIKH : 24 JUN 2009 ( RABU)

MASA : 8.30 MALAM

LOKASI : DEWAN TABIKA KEMAS 17 BANDAR, SEKSYEN 17 SHAH ALAM.

PENCERAMAH :

Y.BHG DATO' KAMAL SAIDIN ( PEGAWAI KHAS AGAMA MB T'GANU)

Y.BHG SDR. HAMDAN TAHA ( PEGAWAI KHAS MB PERAK )


RM 367 Juta 'Lesap' Untuk Iskandar Malaysia

Johor Bahru - Iskandar Malaysia yang menjadi kebangaan Kerajaan Barisan Nasional kini menerima tamparan apabila salah satu pelabur dari Timur Tengah enggan meneruskan projek mereka di Iskandar Malaysia Johor Bahru.

Namun jurucakap Khzanah Nasional Bhd berkata, perancang induk wilayah pembangunan Iskandar Malaysia, beberapa syarikat menunjukkan minat untuk membangunkan lokasi yang sebelum ini dirancang dibangunkan syarikat dari Dubai, Damac Properties LLC.

Pengarah Urusannya, Tan Sri Azman Mokhtar, berkata pihaknya tidak berdepan masalah mencari pelabur baru untuk membangunkan kawasan seluas 18 hektar bernilai RM367 juta di Nusajaya, dalam wilayah Iskandar Malaysia itu kerana kedudukannya yang strategik.

“Tapak itu adalah strategik, justeru, tiada masalah mendapatkan pelabur baru. Kami ada pelan B dan C untuk tujuan itu dan beberapa pihak menunjukkan minat untuk melabur,” katanya .

Johor Daily tidak mengetahui punca syarikat 'billionair' itu tidak lagi berminat melabur di Malaysia. Johor Daily merasakan tindakan itu tiada kaitan dengan saman Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Johor terhadap Kerajaan Johor.

Dewan Rakyat Lulus Undang-Undang DNA

KUALA LUMPUR - Langkah untuk mengenal pasti individu yang terlibat dengan kegiatan jenayah akan menjadi lebih pantas berikutan keputusan Dewan Rakyat hari ini yang meluluskan Rang Undang-Undang Identifikasi Asid Deoksiribonukleik (DNA) 2008 dengan beberapa pindaan.


Antara tujuan utama penggubalan rang undang-undang berkenaan ialah menubuhkan Bank Data Forensik DNA Malaysia yang berfungsi menyimpan profil DNA daripada mana-mana analisis forensik yang dijalankan oleh Jabatan Kimia Malaysia, Makmal Forensik Polis Diraja Malaysia dan agensi-agensi lain.


Profil yang akan disimpan melibatkan tempat kejadian jenayah, orang disyaki, pesalah yang disabit oleh mahkamah, orang tahanan, penagih dadah, orang hilang dan individu yang menyerahkan profil DNA secara sukarela.


Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop ketika menggulung perbahasan peringkat jawatankuasa rang undang-undang itu berkata, kerajaan telah mencadangkan pindaan pada Fasal 7 bagi menggantikan perkataan pelantikan 'seorang pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Timbalan Pesuruhjaya Polis' sebagai ketua bank data berkenaan.


''Ia akan digantikan dengan perkataan pelantikan 'seorang pegawai awam yang hendaklah memiliki kelayakan dan pengalaman dalam sains DNA' sebagai ketua," katanya.


Ketika sesi pengundian itu, keadaan menjadi gamat apabila Datuk Mahfuz Omar (Pas-Pokok Sena) bangun membantah dan secara berseloroh berkata, undi Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) tidak sah kerana beliau memakai bow-tie dan bukannya tali leher seperti kelaziman.

Nicolas Sarkozy Haramkan Purdah Di Perancis

PARIS - Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy semalam mengisytiharkan purdah yang dipakai oleh wanita Islam sebagai pakaian yang tidak diingini di negara ini.


Beliau mengecap pakaian yang menyelubungi seluruh badan wanita Islam itu, sebagai simbol tunduk, yang menghalang identiti wanita serta menjadikan mereka sebagai 'tahanan di sebalik tabir'.


Namun, di sebalik kata-kata tegas itu semalam, terdapat juga pengakuan bahawa prinsip asimilasi etnik negara ini yang menuntut pendatang menyingkirkan tradisi mereka dan menyesuaikan diri dengan budaya Perancis - menemui kegagalan kerana tidak memberi peluang saksama kepada pendatang dan anak-anak mereka yang lahir di negara ini.


Dalam ucapan kepada ahli Parlimen di Versailles, Sarkozy menyifatkan pakaian purdah yang lebih dikenali sebagai burka di kalangan etnik Arab sebagai bercanggah dengan nilai-nilai hidup masyarakat Perancis.


Kenyataan Sarkozy menentang burka itu adalah yang paling keras pernah disuarakan oleh seorang pemimpin Eropah ketika beberapa pemimpin Barat sedang berusaha untuk meredakan ketegangan dengan dunia Islam.


Perancis mempunyai penduduk Islam paling ramai di Eropah dengan jumlah dianggarkan 5 juta orang.


Pengarah masjid terbesar di Paris, Dalil Boubakeur berkata, kenyataan Sarkozy yang menolak burka itu mencerminkan budaya Perancis tetapi beliau menghadapi risiko memarakkan ketegangan dengan penduduk Islam.


Barisan Nasional Sentiasa Murni - Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR - Setelah menerima tamparan hebat dari Pakatan Rakyat , Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi meminta rakyat menilai sendiri sikap sebenar parti PAS yang tiba-tiba menarik balik cadangan mereka tentang kerajaan perpaduan.

Beliau berkata, idea kerajaan perpaduan yang diasaskan oleh Pas sendiri kini dilihat hanya usaha setengah jalan yang menolak kebaikan untuk rakyat negara ini.


Tegas beliau, tahap keikhlasan pakatan pembangkang kini diragui dan misi mereka yang selama ini kononnya memperjuangkan rakyat dilihat sudah berubah.''Rakyat boleh nampak. Rakyat boleh lihat sendiri apa yang Pas kata sebelum ini boleh ditarik oleh Pakatan Rakyat.


''Hasrat murni untuk mewujudkan kerajaan perpaduan kini seolah-olah dinafikan mereka dan sekali gus usaha mereka selama ini kini diragui," katanya.


Beliau mengulas keputusan majlis pimpinan Pakatan Rakyat semalam menolak idea penubuhan kerajaan perpaduan dengan UMNO yang disifatkan suatu fitnah dan tindakan untuk menggugat kekuatan mereka.

''Kita sudah lali dengan situasi ini. Kita menyambut tangan yang dihulur untuk kebaikan, namun kita mahu rakyat sendiri menilai jika UMNO sudah 'ditampar' sebegini rupa," ujarnya.


Tuesday, June 23, 2009

Puad Harap Guru Undi BN Di Manek Urai

Kuala Krai - Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata walaupun pemilihan calon merupakan hak seseorang individu, namun sokongan terhadap kerajaan akan memastikan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) dapat dilaksanakan demi faedah generasi masa depan.

Seramai 187 guru dan warga pendidik yang layak mengundi pada pilihanraya kecil DUN Manek Urai bulan depan diseru mengundi calon BN bagi memastikan (PIPP) berjaya dilaksanakan.

"Kita berharap para guru dapat membantu menjayakan agenda pendidikan negara ini," katanya . Tambahnya, kerajaan kini dalam proses untuk membina negara bangsa yang cemerlang menerusi sistem pendidikan yang maju.

"Kita juga sedang meningkatkan taraf guru dan untuk itu mereka mestilah bersama kita," Dr Mohd Puad berkata.

Sementara itu Johor Daily dimaklumkan kempen di Manek Urai semakin hangat oleh dua parti iaitu PAS dan Umno. Johor Daily dimaklumkan mungkin tiada calon bebas berani untuk bertandang kerana bimbangkan wang pertaruhan hangus.

Muhyiddin Beri Amaran Pada Pakatan Rakyat

PUTRAJAYA - Walaupun telah dimalukan pada Pilihanraya Umum ke-12 dan beberapa Pilihanraya kecil, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan Pakatan Rakyat supaya jangan pandang rendah terhadap kekuatan Barisan Nasional (BN) dalam cubaan mereka merampas kerajaan pusat pada pilihan raya akan datang.

Muhyiddin yang juga Pengarah Pilihanraya DUN Manek Urai yang sebelum ini amat mengharapkan Kerajaan Perpaduan menjadi kenyataan mengingatkan parti lawan bahawa BN masih mempunyai kekuatan.

Banyak pemimpin Pakatan Rakyat lega dengan kenyataan bersama tiga tokoh PR iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Lim Kit Siang mengenai penolakkan kerajaan perpaduan. Malah Hadi menganggap isu hanya mainan media pro-Umno bagi memecah-belahkan Pakatan Rakyat.

Sementara itu beberapa hari lepas mantan Presiden Umno, Tun Mahathir mengingatkan ahli parti Umno agar kembali keperjugan asli parti itu. Mahathir juga pernah membidas tindakan Datuk Seri Najib Tun Razak kerana terburu-buru merampas Perak. Mahathir menganggap tindakan Najib mencemarkan BN dan Umno.

Ghani Manipulasi DUN Johor Mengenai Bajet ?

NUSAJAYA - Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor hari ini diberitahu kerajaan negeri menerima peruntukan berjumlah RM495.6 juta yang melibatkan 3,704 projek menerusi pakej rangsangan ekonomi pertama sehingga awal bulan ini.

Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman mendakwa daripada 3,704 projek itu, 2,001 projek daripadanya sedang dilaksanakan, 839 projek lagi sudah disiapkan manakala 864 projek di peringkat penyediaan dokumen dan tawaran.

Abdul Ghani berkata, seramai 700 kontraktor Kelas F turut menerima faedah dengan melaksanakan projek-projek bernilai RM200,000 ke bawah melalui Program Penyelenggaraan Infrastruktur Awam (PIA) dan Infrastruktur Asas (PIAS) menerusi pakej rangsangan ekonomi pertama tersebut.

Menurut Abdul Ghani, kerajaan negeri menerusi pakej rangsangan ekonomi kedua pula menerima sejumlah RM1.04 bilion dengan melibatkan 536 projek.

Beliau berkata sehingga kini 240 projek bernilai RM994 juta masih dalam penyediaan dokumen, 280 projek dengan kos RM55.5 juta pula sedang dilaksanakan manakala 16 projek bernilai RM1.3 juta telah siap dan dibuat pembayaran.

"Seramai 294 kontraktor Kelas F telah berjaya memperoleh projek melalui undian dengan nilai kos RM26.8 juta dan projek tersebut sedang giat dilaksanakan," katanya.

Sementara itu ketika Johor Daily bertanya kepada seorang pemimpin Pakatan Rakyat, " Apa bezanya RMK-9, Bajet 2009 dan Pakej Rangsangan ?". Beliau menjawab, " BN sudah biasa menipu, Bajet 2009 pun dianggap Bajet Rangsangan."

Johor Daily berharap ada Ahli Dewan Undangan Negeri bertanyakan kesahihan dan angka terperinci pekara tersebut terhadap Ghani mengenai ketiga-tiga bajet tersebut di sidang DUN.


Waran Tangkap Untuk S Manikavasagam

Kuala Lumpur - Ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam atau dikenali sebagai Mike, telah dikeluarkan waran tangkap terhadap ahli parlimen itu setelah gagal menghadiri siasatan awam berhubung kematian mengejut pelakon K Sujatha.

Ia berikutan enggan menerima sapena yang cuba diserahkan kepada belaiu semalam. Waran itu dikeluarkan oleh koroner Mohd Faizi Che Abu pagi tadi .

Sementara Naib ketua AMK PKR, Manikavasagam berkata beliau enggan menerima sapena itu yang diserahkan di Parlimen dan sewajarnya polis menyerahkan di kediamannya atau bilik operasinya di Kapar. Beliau berkata, tidak sepatutnya sapena itu disamapaikan di Dewan Rakyat.

Sebelum ini S Manikavasagam pernah menyatakan untuk meletak semua jawatannya pada parti PKR disebabkan kecewa dengan tindakan kerajaan Selangor.

Pakatan Rakyat Johor Perhebat Penerangan

Skudai - Pakatan Rakyat Johor tidak ketinggalan mengemaskan jentera penerangannya di seluruh negeri itu kata Ketua Angkatan Muda keadilan PKR Johor, Zabidie Abas. Beliau menegaskan, sesi ceramah kelompok dan ceramah penting bagi menerangkan kepada semua pengundi di Johor agar tidak terperdaya oleh dakyah mengelirukan oleh Barisan Nasional di media utama seperti Utusan malaysia, Berita Harian, TV1 dan TV3.

Zabidie berkata setakat ini untuk program minggu terakhir June 2009, Pakatan Rakyat merancang beberapa ceramah iaitu :

1. 24hb. June 2009 - Di Markas PAS Parit Ismail, Benut . Oleh Ustaz Azli Musa @ Taliban.
2. 26hb. June 2009 - Di Parit Besar, Batu Pahat. Oleh Chegu Bard.
3. 27hb. June 2009 - Di Pekan Sanglang, Benut Pontian. Oleh Chegu Bard.
4. 28hb. June 2009 - Di Parit Raja, Batu Pahat. OlehTian Chua dan YB Yakoob Sapari.
5. 29hb. June 2009 - Di Kg. Jeram, Bakri Muar. Oleh Datuk Seri Nizar Jamaluddin.

Beliau berkata, ia bukan persediaan untuk pilihanraya tetapi rakyat Johor perlu menerima maklumat yang sebenar dan tidak teperdaya maklumat sebelah pihak mengenai isu politik semasa. Zabidie menyeru agar penduduk berdekatan hadir pada ceramah tersebut.

PKR Perlis Yakin Pakatan Rakyat Rampas Perlis

Kangar - Parti keadilan Perlis yakin Pakatan Rakyat negeri itu akan berjaya merampas Perlis daripada Barisan Nasional menjelang Pilihanraya Umum ke-13 nanti.

Setelah berlaku perbalahan dan perpecahan Umno di Perlisa dan kemasukana beramai-ramai ke parti itu. Dakwa Pengerusi Perhubungannya, Johari Shafie "PKR Perlis berjaya menubuhkan 21 cawangan baru menjadikan jumlah kesemuanya 26 setakat ini".

Beliau berkata, bahagian-bahagian Kangar dan Padang Besar masing-masing 10 cawangan baru, sementara satu cawangan dibuka di Arau. "Kami juga ingin mengumumkan kemasukan 52 ahli baru termasuk bekas pengarah jabatan Pelajaran Perlis, Zakaria Jap dan Dr Suraya Sudin, bekas AJK Wanita Umno bahagian Kangar.

Kedua-dua mereka turut menyerahkan borang permohonan menjadi ahli PKR kepada ahli parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul dalam satu majlis di Kangar, Sabtu lalu, katanya lagi.

Tambahnya, PKR juga akan cuba menggerakkan semula enam cawangan parti yang ketika ini tidak aktif. Tegas Johari, PKR Perlis telah melakukan rombakan terhadap kepimpinan parti peringkat negeri tetapi tidak boleh mengumumkannya kerana belum mendapat kelulusan pucuk pimpinan PKR.

Manakala Senator Ahmad Hussein berkata, kemasukan mereka berdua tidak menjejaskan Umno bahagian. "Mereka bukan orang penting dalam bahagian, mereka tiada pengikut," "Mereka seronok dengan Pakatan Rakyat kerana mereka tidak tahu perjuangan parti itu.

RM3 Juta Lesap Dakwa Kumpulan Murugiah

PUTRAJAYA - Percakaran Parti Progresif Penduduk semakin hebat. Terbaru, Kumpulan Datuk T Murugiah mendakwa telah berlaku penyelewengan yang besar dalam PPP yang melebitkan Datuk M. Kayveas.


Sebahagian ahli PPP telah membuat aduan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung penyelewengan dalam parti itu membabitkan RM3 juta.


Dr. N. A. Shanmugathan berkata, penyelewengan itu dikesan dalam laporan kewangan parti itu yang belum pernah dibentangkan kepada ahli parti sebelum ini sejak 2002.


''Dalam laporan kewangan yang disediakan oleh Ari & Co , ada dinyatakan bahawa PPP telah berhutang sebanyak RM3 juta dengan syarikat guaman milik Presiden PPP, Datuk M. Kayveas sendiri di atas kos perbelanjaan perkhidmatan profesional, pembantu kewangan dan kes-kes mahkamah bagi tahun kewangan sehingga 31 Disember tahun lalu.


''Perkara ini tidak pernah dibincangkan dalam parti sebelum ini dan hanya didedahkan pada 29 Mei lalu," katanya..


Laporan kewangan yang didakwa palsu itu diserahkan kepada Penolong Penguasa SPRM, Faizal Ahmad bagi menjalankan siasatan terperinci.


Selain itu, Shanmuganathan berkata, ahli PPP turut meminta SPRM menyiasat akaun syarikat guaman milik Kayveas itu kerana kebanyakan sumbangan bukan disalurkan kepada parti sebaliknya kepada syarikat guaman tersebut.


PKFZ Bukan 12 Billion - Ong Tee Kiat

KUALA LUMPUR - Kerjaan Pusat masih menafikan berlaku ketirisan pada projek mega pembinaan Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).


Jumlah RM12 bilion yang didakwa Pakatan Rakyat sebagai pembaziran dana awam dalam pembinaan PKFZ merupakan anggaran PricewaterhouseCoopers yang perlu dibayar kepada kerajaan jika berlaku penangguhan pembayaran balik oleh Lembaga Pelabuhan Klang (LPK).


Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat menjelaskan, angka itu juga merangkumi kos faedah tambahan sebanyak RM5 bilion supaya ia berpadanan dengan unjuran aliran wang tunai LPK menjelang tahun 2051.


Menurutnya, angka RM12 bilion itu dibuat berikutan andaian tiadanya sebarang intervensi kerajaan atau tindakan LPK untuk mempromosikan, bahkan menjadikannya berdaya maju.


''Bagaimanapun, ekoran tindakan tegas dan menyeluruh yang diambil oleh kementerian dan LPK, maka hampalah pihak-pihak yang cuba memutarbelitkan angka yang kononnya hutang PKFZ dan juga ada yang menyatakan ia telah meningkat kepada RM12.5 bilion,'' katanya.


Beliau menjawab soalan Lim Kit Siang di Parlimen tempohari yang mendakwa kerajaan enggan mendedahkan laporan PKFZ ekoran bimbang ia akan memperlihatkan kelemahan kerajaan pada sidang Dewan Rakyat .


Tee Keat berkata, kerajaan telah mendedahkan laporan semakan kedudukan PKFZ yang disediakan oleh PricewaterCoopers pada 28 Mei lalu.


' Kita Rugi ' - Awang Adek

KUALA LUMPUR - Setelah bercita-cita tinggi agar Kerajaan Perpaduan menjadi kenyataan. Kini hampir semua pemimpin Barisan Nasional terutama Umno terkilan tindakan Pakatan Rakyat menolak cadangan itu.

Tindakan Pas menolak cadangan presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang agar diwujudkan kerajaan perpaduan memperlihatkan ketidakjujuran parti itu untuk mengadakan perbincangan ke arah kebaikan, kata beberapa pemimpin Barisan Nasional.

Presiden Gerakan Tan Sri Koh Tsu Koon menyifatkan tindakan Pas itu sebagai "wayang kulit".

"Ini memang sudah dijangka. Ini semua hanya wayang kulit. Memang ada percanggahan dalam Pakatan Rakyat," kata Koh yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, yang juga Anggota Majlis Tertinggi Umno berkata beliau melihat Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat lebih suka berbincang dengan DAP berbanding Umno.

"Apa salahnya kalau kita duduk berbincang. Pada saya menolak terus inilah gambaran kejujuran PAS," katanya.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin yang juga Anggota Majlis Tertinggi Umno pula melahirkan rasa dukacita ekoran tindakan Pas menolak idea penubuhan kerajaan perpaduan.

"Ini hal yang mendukacita kepada kita semua khususnya orang Melayu. Bukan nak tubuhkan (kerajaan perpaduan). Kalau nak duduk pun tak boleh, ini memang merugikan kita," katanya.

Bagaimanapun, Naib Ketua Pemuda Umno Datuk Razali Ibrahim yang juga Timbalan Menteri Belia dan Sukan, berkata penolakan itu tidak mengecewakan Umno.

Monday, June 22, 2009

Cheng Guan Sudah Naik Angin

Kuala Lumpur - Mantan Naib Presiden Gerakan, Huan Cheng Guan yang digantung tiga tahun keahliannya berkuatkuasa jumaat lepas, kecewa dan mula menuduh rakan-rakannya di Gerakan menikam beliau. Cheng menganggap tindakan tersebut telah menghancurkan karier politiknya.

"Gerakan adalah isteri kedua saya," katanya ."Penggantungan itu akan menghalang saya daripada bertanding jawatan parti pada 2011, serta bertanding kerusi parlimen dan DUN" .

Walaupun banyak spekulasi berkata belaiu akan menyertai PKR. Semalam pemuda parti itu mendesak agar pimpinan pusat menolak kemasukkan Cheng ke PKR.

Dalam masa yang sama Cheng berkata "Ini berniat jahat, untuk menghasut penyokong saya, sedangkan saya telah bersusah payah menenangkan mereka,"

Bagaimanapun, Huan menolak sebarang kemungkinan keluar dari Gerakan untuk menyertai pembangkang. Kebelakangan ini, tersebar spekulasi bahawa Huan dari Pulau Pinang, akan menyertai PKR.

Sementara itu, Huan mengecam jawatankuasa kerja pusat Gerakan yang mengumumkan penggantungan keahliannya melalui media tanpa merujuk kepada beliau sesi soal-jawab pertuduhan.

BN GunaKan Strategi Khas Di Manek Urai

Kuala Krai - Tugas Pengarah Piliharaya Kecil (PRK) kini ditanggung oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin. DUN Manek Urai merupakan tugas pertama Muhyiddin selepas Datuk Seri Najib Razak gagal mengalasnya di beberapa PRK kecuali di Batang Ai.

Kekalahan memalukan di PRK Kuala Terangganu dan Permatang Pauh mencemarkan imej Najib walaupun didokong oleh isu besar seperti liwat dan 'peruntukkan khas'. Kini Muhyiddin terpaksa mengunakan pendekatan lain bagi memulihkan maruah Barisan Nasional. Johor Daily mendapati cara Muhyiddin agak berbeza dan perlahanan berbanding sebelumnya. Najib lebih ' terbuka dan ganas '.

Jika sebelum ini, PRK akan dijanjikan dengan pelbagai imbuhan dan promosi . Di media pula secara maksima menghentam pemimpin Pakatan Rakyat terutama Datuk Seri Anwar Ibrahim.

BN kali ini memainkan isu Kerajaan Perpaduan bagi melemahkan jentera PAS dan Pakatan Rakyat. Walaupun BN kelihatan lesu dalam memainkan isu di media untuk PRK di DUN Manek Urai. Johor Daily mendapati strategi Muhyiddin bertindak secara senyap bagi merampas semua Manek Urai.

Terdapat pemerhati berkata, strategi Muhyiddin mungkin membawa kejayaan kepada BN kali ini.

Setelah Bertahun -Tahun Mustafa Meminta Masa Untuk Jelaskan Isu Minyak Di Kelantan

KUALA KRAI - Kerajaan Pusat akan memberi penjelasan kepada rakyat Kelantan berhubung isu royalti hasil pengeluaran petroleum yang sering dibangkitkan oleh kerajaan negeri tidak lama lagi.


Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mustapa Mohamed berkata, beliau tiada maklumat penuh dan akan mendapatkan laporan lengkap berhubung isu berkenaan . Beliau akanter memberi penjelasan terperinci dibuat kepada rakyat agar isu itu tidak terus dikelirukan oleh Pakatan Rakyat.


"Kami hendak buat persediaan terlebih dahulu bagi membolehkan penjelasan dapat diberi kepada rakyat," katanya .


Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa yang mendakwa kerajaan Pusat belum menjelaskan tunggakan royalti petroleum RM1 bilion.

Husam mendakwa tunggakan itu sepatutnya dijelaskan oleh kerajaan Pusat bagi membolehkan wang itu disalurkan kepada rakyat negeri ini.


Walaupun sudah beberapa tahun isu minyak di Kelantan disebutkan dan dituntut oleh Pakatan Rakyat terutama Pilihanraya Umum ke-12, sehingga hari ini Kerajaan pakatan Rakyat mendakwa kerajaan pusat masih menipu rakyat Kelantan.


Dalam sidang Dewan Rakyat, Ahli parlimen Machang Saifuddin Nasition mendakwa kerajaan pusat sanggup membayar levi kepada kerajaan Singapura dari hasil tersebut diagihkan kepada rakyat Kelantan. Saifuddin mendakwa konsep 1Malaysia yang menipu rakyat Malaysia.


AMK Pulau Pinang Tolak Cheng Guan

PULAU PINANG - Angkatan Muda Keadilan (AMK) negeri akan menentang sekeras-kerasnya hasrat Naib Presiden Gerakan, Huan Cheng Guan mahu menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan menyifatkannya sebagai seorang oportunis.


Sebelum ini ada ura-ura Gheng Guan berhajat menyertai Pakatan Rakyat terutama PKR. Namun Johor Daily dimaklumkan, masih belaum ada rundingan mengenai pekara tersebut. Ada yang menyebut Cheng Guan berkira-kira untuk menyertai DAP.


Naib Pengerusinya, Sim Tze Tzin berkata, pihaknya perlu menunjukkan pendirian tegas berhubung perkara itu kerana mendakwa Cheng Guan menyertai PKR bukan atas dasar perjuangan parti itu.


Sebaliknya, katanya, Cheng Guan hanya menggunakan platform tersebut dan bertindak demikian semata-mata untuk mengugut Gerakan kerana beliau sudah kehilangan kuasa dan pengaruh dalam partinya.


''Selama ini, beliau tidak pernah menunjukkan keinginan untuk menyertai PKR bagi bersama-sama kami memperjuangkan keadilan, hak asasi manusia serta demokrasi, dia Cheng Guan tahu buat ugutan sahaja,'' katanya .


Ibrahim Ali Bidas Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR -Presiden Persatuan Pribumi Perkasa (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, membidas Datuk Seri Anwar Ibrahim berikutan tuduhan melulu beliau terhadap UMNO yang didakwa menindas rakyat Kelantan . Katanya kenyataan itu membuktikan bahawa Anwar seorang yang tidak tahu malu dan bermuka tebal.

"Apakah benar penindasan berlaku ke atas rakyat Kelantan? Jika benar, mengapa dia sendiri tidak memohon maaf ketika menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dahulu?


"Jangan ingat semua orang bodoh dan lupa kenyataannya dahulu ibarat burung di padang pasir, kepala di dalam pasir, punggung di luar,'' katanya .


Ibrahim menjelaskan, pembangunan di Kelantan sekarang seperti projek Jambatan Sultan Ismail, lapangan terbang, universiti, sekolah, maktab dan lain-lain adalah projek Kerajaan Persekutuan.


"Cukuplah. Anwar tidak perlu ajar rakyat Kelantan, cukuplah apa yang terjadi kepada orang Melayu di Pulau Pinang,'' tegasnya.


Pemerhati politik sedang menanti-nanti keputusan kemanakah arah tuju politik Ibrahim Ali. Sebelum tahun 2008 beliau kerap mengeritik Umno kerana inginkan kerusi dan simpati Nik Abdul Aziz. Kini kelihat Ibrahim lebih berminta menyokong Umno.

Saturday, June 20, 2009

1 Julai , Malaysia Pasti Meletup

Johor Bahru - 1hb Julai 2009, perbicaraan atas dakwaan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dituduh meliwat Mhd Saiful akan didengar oleh Mahkamah. Kes ini telah menghangatkan Piliharaya kecil permatang Pauh. Malangnya Saiful menjadi bahan cemuhan masyarakat setelah imam yang menjadi saksi sumpahnya mendakwa 'berlaku muslihat di belakang tabir'.

Mohd Saiful menulis dalam blognya lagi: "Tidak terkata.. Jika ditakdirkan kes ini digugurkan di mahkamah dunia, tidak mengapa, saya reda. "Kerana kelak semasa di Mahsyar pasti akan dibicarakan juga. " Agak sahdu dan merintih tulas Saiful diblognya.

Namun Johor Daily dapati, mungkin beberapa pekara menjadi perhatian rakyat Malaysia jika kes ini diteruskan :

1. Tarikh, masa , tujuan dan tujuan berjumpa Datuk Seri Najib Razak. Dan berapa kali berjumpa Najib ( Selepas dan sebelum pengakuan).
2. Menangkis dakwaan bukti Mohd Saiful berbelanja secara mewah selepas pengakuan itu.
3. Cara Mohd. Saiful diliwat dan saiz kemaluan Anwar Ibrahim.
4. Pengakuan Doktor tiada bukti diliwat.
5. Mengapa mendakwa Anwar di Mahkamah sivil sedangkan ia pertuduhan mengaitkan sumpah dan Agama Islam (tiada bukti teknikal).
6. Selepas dakwaan tersebut siapa yang menaja 'kemewahan' Saiful.

Dan yang paling sensasi...

7. Apakah tindakbalas emosi ketika diliwat.

Johor Daily percaya, ketika ini sedah tentu Saiful dalam kebinggungan seperti yang dialami oleh Azizan. Dimaklumkan, ada anak gadis yang pernah terserempak dengan Saiful terus tersenyum-senyum sambil berbisik-bisik.

Adakah ia akan mempengaruhi pilihanraya kecil di Manek Urai. Kita tunggu dan lihat keputusannya. Yang pasti Pahang Daily masih tersenyum menunggu saman dari Saiful.

Menang Sorak Manek Urai Tergadai

Johor Bahru - Dalam PAS giat memperkemaskan jentera dan kempen. Hari ini Umno yang akan mewakili Barisan Nasional, di Piliharan Kecil Manek Urai seperti lumrahnya 'berebut menjadi calon'. Johor Daily mendapati masalah utama Umno di setiap pilihanraya kecil ialah berebut menjadi calon wakil rakyat.

Pemerhati berkata , Umno bahagian kini terbahagi kepada dua kumpulan iaitu kumpulan Datuk Ramzi Abdul Rahman dan bekas ketua bahagian Datuk Wan Zaid Abdullah.

Kedua-dua tokoh itu dikatakan kian akrab dengan pemimpin Umno pusat untuk melobi mejadi calon. Satu sumber berkata 28 daripada 42 cawangan Umno di Kurai Krai merupakan cawangan yang menyokong Wan Zaid sejak sekian lama. Dan selebihnya menyokong Ramzi.

Umno juga mengalamai kegagalan di Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu juga disebabkan rebutan menjadi calon. Tidak mustahil jika di Manek Urai jika kalah juga berpunca dari calon yang dibantah oleh orang dalaman.

Sementara itu poster dan bendera PAS dikatakan telah bertambah dari sehari ke sehari. Manakala jentera Umno menanti habuan dari lawatan pemimpin Umno pusat untuk bekerja lebih bersungguh-sungguh.


Cheng Terima Padah

Johor Bahru - Naib Presiden Gerakan, Huan Cheng Guan sebelum ini lantang mengkritik parti itu, kini digantungke ahliannya selama tiga tahun. Sepanjang tempoh tersebut jawatan Huan sebagai naib presiden digantung dan beliau tidak boleh mengambil bahagian dalam sebarang aktiviti parti.

Oleh kerana tiada parti lain sudi mengambil beliau, Cheng terpaksa menarik balik kenyataan akhbarnya untuk keluar dari Gerakan. Setiausaha Agung Gerakan, Teng Chang Yeow berkata, keputusan tersebut disebut selepas CWC mempertimbangkang semua fakta dan faktor terbabit.

Menurutnya, tindakan tersebut diambil kerana tindak tanduk Huan yang prejudis terhadap kepentingan parti itu dengan secara terbuka mengecam parti dan kepimpinannya, mengisytiharkan untuk meletak jawatan dan mengancam untuk membawa penyokongnya meninggalkan Gerakan.

Teng berkata, semua kenyataan Huan itu yang dibuat melalui media kerana beliau dan beberapa pemimpin akar umbi parti itu membantah pelantikan seorang penyelaras dalam sebuah kawasan pilihanraya di Pulau Pinang.

Katanya, Chuan yang juga anggota CWC yang membuat keputusan muktamad mengenai pelantikan penyelaras tersebut, telah membantah atas alasan orang yang dicalonkan itu dibawa masuk dari luar.

Saifuddin Akan Mengamuk Di Manek Urai !

KUALA KRAI - Sehingga hari ini kerajaan Barisan Nasional belum membuat penjelasan mengenai pendakwaan Saifuddin Nasition mengenai kegagalan BN melunaskan royalti minyak di kelantan. Malah Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata,"Keupayaan BN untuk bangunkan negara lebih kuat berbanding keupayaan Pas di bawah pimpinan Nik Abdul Aziz Nik Mat,"

Malah dengan ego beliau berkata sama ada rakyat mengundi Barisan Nasional atau pun Pas, kedua-duanya pun membolehkan umat Islam masuk syurga. Muhyiddin berkata, perkara yang boleh menghalang orang Islam daripada masuk syurga adalah dosa mereka dan bukannya kerana memilih suatu parti.


Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, hakikatnya kedua-dua parti memperjuangkan agama Islam namun apa yang membezakan BN dan Pas adalah BN kononnya ada kekuatan untuk memaju dan menggerakkan negara.


Johor Daily difahamkan esok Saiffuddin akan berada di Manek Urai bagi memperjelaskan lagi penipuan demi penipuan yang dilakukan oleh kerajaan BN di Kelantan. Beliau adan bersama Daruk seri Anwar Ibrahim dan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalm satu majlis yang dijangka kehadirannya lebih 5,000 orang.


Kerajaan Perpaduan Cuma Impian Umno - Azizah

SHAH ALAM - Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata parti itu tidak membantah mana-mana parti politik termasuk PAS mengadakan perbincangan dengan sesiapa pun demi kepentingan negara. "Saya tidak fikir sebarang parti dihalang daripada membincangkan dengan mana-mana pihak tetapi kerajaan perpaduan adalah isu berlainan sama sekali.

"Kami adalah dalam Pakatan (Rakyat), jadi kami semua komited kepada Pakatan," katanya lagi. Dr Wan Azizah menghadiri sebuah majlis menyambut ulang tahun kelahiran pemimpin demokrasi Myanmar Aung San Suu Kyi ke-64 anjuran Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan Selangor, Elizabeth Wong.

Katanya terma "kerajaan perpaduan" adalah tidak betul kerana hanya sebilangan pemimpin PAS sahaja yang ingin mengadakan perbincangan dengan UMNO. "Ia bukan satu kerajaan, istilah itu bukan mengenai kerajaan perpaduan. Sebenarnya ia hanya mengenai perbincangan dan bukan perbincangan perpaduan," katanya.

Ahmad Maslan Tidur Rumah Termiskin di Manek Urai ?

Johor Bahru - Dalam masa majoriti pemimpin Umno menagihkan Kerajaan perpaduan. Ketua Penerangan Umno Ahmad Maslan yang pernah menghentam 60,000 jentera Umno pada PRU-12 . Ahmad kini membidas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Beliau mendakwa kumpulan yang menyokong Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bagi menentang usaha perpaduan antara parti itu dan UMNO adalah suara minoriti rakyat negara ini dan tidak perlu diberi perhatian.

Beliau berkata suara majoriti rakyat Malaysia tanpa mengira kaum inginkan perpaduan dan inginkan politik yang lebih stabil, aman dan tenteram pada masa depan.

Suara minoriti itu tidak perlu diberi perhatian kerana ini akan menyebabkan usaha yang lebih besar dan mulia gagal," katanya .

Idea bagi penubuhan kerajaan perpaduan dicetuskan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang tetapi mendapat teguran daripada Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan.

Dalam perkembang lain, penyokong Pakatan Rakyat bertanyakan Johor Daily, " bila Ahmad Maslan nak tidor rumah paling miskin di Manek Urai, kita tunggu di TV3 dan Utusan Malaysia, " kata seorang ahli PKR.

Tegasnya lagi, "aku pasti dalam masa berkempen mesti banyak rumah usang di Manek Urai akan Ahmad Maslan perbaiki macam di Pontian."

Friday, June 19, 2009

Umno Makin Gelojohkan Kerajaan Perpaduan

KUALA KRAI - Dalam majoriti pimpinan PAS menolak kerajan Perpaduan Umno pula mahukan perbincangan dengan Pas mengenai kerajaan perpaduan disegerakan dan meminta pemimpin Pas melupakan persengketaan lama.

Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin, Timbalan Presiden Umno berkata beliau berharap perbincangan itu berjaya diadakan kerana jika perkara itu dibiarkan berlarutan akan timbul perpecahan dalam kalangan umat Islam.

"Kita tidak akan tetapkan apa-apa syarat dan kita terima apa saja syarat yang ditetapkan oleh Pas. Bagi saya kita perlu bersikap terbuka," katanya.

Beliau meminta melupakan sengketa yang pernah berlaku antara Pas dan Umno pada era 70-an dahulu sewaktu kedua-dua parti bekerjasama. "Itu zaman lampau. Sebagai umat Islam kita digalak bermaaf-maafan," katanya.

"Perkara yang penting adalah hasrat Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mahu menjayakan kerajaan perpaduan itu malahan Muhyiddin mahukan perlu ada usaha daripada PAS untuk mewujudkan satu usaha sebagai pembuka tirai dalam menjayakan kerajaan perpaduan.

Ditanya mengenai pandangan Pakatan Rakyat bahawa Umno lemah kerana inginkan kerjasama dengan PAS, beliau menafikan pandangan itu kerana BN masih kuat di dalam kerajaan.

Katanya hasrat beliau ingin melihat umat Islam di negara mempunyai satu pemikiran yang sama walaupun berbeza dalam pandangan politik.

Beliau kesal kerana senario politik di negara ini sekarang memperlihatkan perpecahan di kalangan umat Islam hanya kerana perbezaan politik sehingga meminggirkan soal perpaduan dan integrasi umat Islam.

Zabidie Tetap Maafkan Felda & BN

By : http://amkj.blogspot.com

Beberapa pandangan kini tertumpu kepada Pakatan Rakyat. Saya ibaratkan seperti menangguk di air yang jernih untuk melepaskan tekak yang kering.

Saya simpati dengan BN ketika ini. Sebelum ini mencaci-cerca Pakatan Rakyat. Hari ini lihat sahaja di koran-koran utama. BN begitu tagihkan simpati Pakatan Rakyat terutama PAS agar menyertai matlamat serong mereka.

Dimanakah maruah BN-Umno selama ini yang mendakwa partinya kukuh dan kebal. Jika sudah tiada pemimpin yang baik dan berketerampilan. Ayuh serta Pakatan Rakyat, bukan mempelawa Pakatan rakyat menaiki bahtera mereka yang sudah bocor dan usang.

Saya tidak bersimpati dengan Najib Tun Razak. Talian hayat terakhir mereka hanya tinggal undi pos sahaja. Peneroka Felda dan generasi peneroka sudah tidak boleh diperkudakan lagi. Ayuh hulurkan habuan lagi ke kawasan Felda. Kami akan ambil kerana itu sewajarnya hak kami (generasi Felda). Dan usah lupa hutang-penipuan FELDA masih banyak yang tertunggak.

ANAK (Persatuan Anak-Anak peneroka Felda) tetap memaafkan BN-Umno tetapi undi dan sokongan kepada BN-Umno tidak sekali. Setiap kesalahan pasti dihukum. Maaf tidak semestinya tiada pendakwaan, kami akan membongkarkan segala ketirisan, penyelewangan dan penipuan hak milik peneroka dan generasi Felda.




Muslimat PAS Tolak Pelawaan Wanita Umno

KUALA LUMPUR - Dalam hampir semua pemimpin Umno mendesak agar kerajaan perpaduan menjadi kenyataan. Dewan Muslimat Pas tetap berpegang teguh dengan keputusan muktamar parti itu dan menolak sebarang kerjasama politik dengan UMNO dan kekal bersama Pakatan Rakyat.

Timbalan Muslimat PAS, Senator Siti Zailah Yusof berkata, pihaknya memahami kecelaruan yang timbul di kalangan ahli-ahli Pas akar umbi, pimpinan peringkat bawahan, penyokong dan pengundi Pas berhubung isu kerjasama politik antara Pas dengan UMNO.


"Bagaimanapan, Muslimat Pas akan tetap berjuang bersama dengan Parti Keadilan Rakyat dan DAP sebagai satu gagasan.


"Kami menyeru kepada ahli-ahli supaya bertenang dan jangan cepat cemas dengan usaha pihak-pihak tertentu yang cuba memecah belahkan pakatan pembangkang dan perpaduan dalam Pas," katanya .


Siti Zailah berkata, pihaknya ingin menyeru kepada semua pimpinan Pas supaya tidak membuat cadangan baru di luar keputusan muktamar atau yang tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Pusat serta Majlis Syura Ulama.


"Pas adalah parti yang sudah lama berkecimpung dalam arena politik di negara ini dan mempunyai pengalaman luas untuk menangani pelbagai cabaran politik yang dihadapi.


"Pemimpin-pemimpin dan ahli Pas seharusnya meletakkan kesetiaan dan kepercayaan mereka kepada perjuangan jemaah," kata beliau.


BN Sangat Tagihkan Kerajaan Perpaduan

KUALA LUMPUR - Kerajaan Barisan Nasional kian beranggan-anggan agar kerajaan perpaduan menjadi kenyataan. Walaupun BN tahu ianya tidak akan menjadi kenyataan, BN dilihat cuba menjadi 'hero' perpaduan setelah bayanyak harta negara didakwa telah dilesapkan dakwa pemimpin Pakatan Rakyat.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, UMNO dan BN akan tetap meneruskan kerja membantu rakyat di negara ini sama ada kerajaan perpaduan itu wujud atau tidak. "Saya lihat setiap hari ada syarat baru, kalau jadi, Alhamdulillah, tetapi kalau tidak, kita terus jalankan tugas kita.


''Rakyat mahukan kerja kita diteruskan dan saya tengok Perdana Menteri masih bersungguh mahukan agenda besar negara dijayakan," katanya lagi.


Beliau mengulas kenyataan Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustapha Ali yang mahukan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berbincang dengan semua parti dalam pakatan pembangkang sebelum memutuskan sebarang kerjasama mengenai kerajaan perpaduan.


Sebelum ini, Nik Abdul Aziz membidas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa agar keluar Pas dan menyertai UMNO jika berminat mewujudkan kerajaan perpaduan.Namun, beliau berharap Pas tidak terlalu kerap meletakkan syarat dalam usaha pembentukan kerajaan perpaduan.


Obama Mula Hilang Taring

WASHINGTON - Populariti Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama sudah merosot dan kebanyakan rakyat Amerika menentang usaha beliau untuk menutup kem penjara Teluk Guantanamo dan campur tangan beliau untuk menyelamatkan General Motors, menurut satu kaji selidik terbaru semalam.


Hampir lima bulan selepas Obama memasuki White House, tinjauan pendapat umum Wall Street Journal/NBC semalam mendapati 52 peratus rakyat Amerika menentang penutupan kem Guantanamo manakala 39 peratus lagi menyokong.


Sebanyak 56 peratus responden pula menegaskan, mereka menentang campur tangan kewangan Washington untuk menyelamatkan syarikat pengeluar kereta AS yang bermasalah itu, berbanding hanya 35 peratus yang menyokongnya. Sejumlah 69 peratus responden melahirkan kebimbangan mengenai campur tangan kerajaan itu.


Kira-kira 48 peratus menyokong keputusan Obama mengharamkan kaedah soal siasat yang dilihat sebagai penyeksaan, termasuk waterboarding, manakala 41 peratus menentang keputusan tersebut.


Sokongan terhadap Obama telah menyusut kepada 56 peratus daripada 61 peratus pada April lalu, menurut tinjauan tersebut.

Tinjauan itu juga mendapati hanya 37 peratus rakyat Amerika yang menganggap Obama telah cuba menyelesaikan terlalu banyak isu, manakala 60 peratus berpendapat usaha beliau mencakupi banyak perkara kerana negara ini berdepan dengan banyak masalah mendesak.


Rundingan Konsesi Air Selangor Lancar

KUALA LUMPUR - Kumpulan Perangsang Selangor Bhd (KPS), berkata rundingan mengenai konsesi air Selangor masih berjalan. Pengerusi Eksekutifnya Datuk Abdul Karim Munisar enggan membuat penjelasan lanjut mengenai isu itu.


"Tarikh itu ditetapkan oleh kerajaan persekutuan dan bukan kami," kata Abdul Karim. Sebelum ini, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Peter Chin Fah Kui mengumumkan kerajaan persekutuan mengarahkan rundingan penstrukturan khidmat air Selangor itu dimuktamadkan pada 30 Jun, 2009.


Abdul Karim berkata kerajaan negeri sedang menyemak semula tawarannya kepada empat syarikat konsesi air sebelum itu.


Kerajaan negeri Selangor membuat tawaran bernilai kira-kira RM6.0 bilion untuk membeli aset air di negeri itu. DanPuncak Niaga Holdings Bhd sebelum ini menawarkan RM3.1 bilion untuk aset dan perkhidmatan air selain 70 peratus lagi milik anak syarikatnya, Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd, tanpa menanggung sebarang liabiliti.


Syarikat Pengeluar Air Selangor Sdn Bhd (SPLASH), yang 40 peratus sahamnya dimiliki Gamuda Bhd, ditawarkan RM2.1 bilion tanpa menanggung liabiliti manakala Konsortium Abbas Sdn Bhd milik KBS ditawarkan RM525.7 juta.


"Kerajaan negeri Selangor menemui keempat-empat pihak berkenaan baru-baru ini untuk merundingkan semula perjanjian, dan proses itu masih berjalan," katanya.


Abdul Karim berkata KDEB memain peranan penting dalam industri air Selangor, dengan menguasai pelaburan kumpulan sebanyak 57 peratus, membekalkan air di kawasan Kuala Lumpur, Lembah Klang dan Putrajaya.


Pemerhati pasaran menganggarkan aset air Selangor bernilai 10 hingga 15 kali lebih tinggi daripada RM1.21 bilion perbelanjaan kerajaan persekutuan untuk mengambil alih aset dan operasi air di Negeri Sembilan.


BN Tetap Bertanding Di Manek Urai

SAMARAHAN - Pelbagai pihak berpendapat bahawa Barisan Nasional tidak perlu bertanding di DUN Manek Urai dengan pelbagai alasan. Beberapa NGO juga mendesak BN agar berkecuali di Pilihanraya Kecil itu. Sehingga hari ini belum diketahui penyertaan calon bebas.

Namun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bertegas BN akan tetap meletakkan calon dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manik Urai 14 Julai ini kerana isu kerajaan perpaduan dan pilihan raya kecil di Kelantan itu adalah berbeza dan memerlukan penyelesaian tersendiri.

Najib yang juga Presiden UMNO dan BN berkata, ini memandangkan perkara pembentukan kerajaan perpaduan dengan PAS masih belum memasuki peringkat perbincangan lagi.

"Belum ada perbincangan mengenai perkara ini (kerajaan perpaduan), kita terpaksa melalui proses pilihan raya (Manek Urai)," katanya .

Johor Daily dapati di sekitar Manek Urai, perang poster dan kempen sedang giat dijalankan oleh Pakatan Rakat. Walaupun PKR tidak bertanding, kelihatan beberapa bendera PKR berada di situ. Johor Daily dapati jentera PKR Kelantan turut membantu jentera PAS Kelantan.

Sharizat Berminat Dengan Kerajaan Perpaduan

KUALA LUMPUR - Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil akan menghantar surat esok kepada Ketua Dewan Muslimat PAS Nuridah Saleh untuk menjemput beliau bagi memulakan rundingan mengenai kerajaan perpaduan.


Shahrizat melahirkan harapan agar Nuridah menerima jemputan itu dan meletakkan ideologi politik di belakang untuk mengatasi krisis politik yang dihadapi negara ketika ini.


"Wanita ada cara tersendiri untuk menangani isu ini. Saya berharap Ustazah Nuridah akan menerima jemputan saya untuk bertemu dan mengetepikan ideologi politik dan berbincang untuk mencari jalan penyelesaian bagi kemelut politik.


"Walaupun belum tentu kami dapat menyelesaikan kesemua masalah, tetapi kalau dalam tiga hingga empat isu itu pun sudah bagus. Islam harus bersatu dan mesti kekalkan perpaduan yang ada," katanya.


Shahrizat yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata rundingan ini dimulakan atas dasar Muslim ke Muslim sebelum memperluaskan termasuk bukan Islam terutamanya sejak idea ini dimulakan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.


Bagaimanapun, dalam beberapa minit selepas Shahrizat mengadakan persidangan akhbar itu di Parlimen, 10 anggota Parlimen PAS termasuk wanita mengadakan persidangan akhbar dengan mengatakan mereka enggan mengadakan sebarang rundingan perpaduan dengan Umno.


Thursday, June 18, 2009

Pendedahan Surat Rasmi Mengenai PKFZ



Johor Daily difahamkan, surat tersebut adalah surat arahan/permintaan Datuk Seri Ong Tee Keat agat pembayaran tamabahan RM12.5 Billion diluluskan.

http://pkfz.blogspot.com/2009/06/test.html
.

Nik Aziz Mencadangkan Mesyuarat Ukhuwah

Kota Bharu - Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sedang merancang mengadakan mesyuarat khas yang hanya dihadiri pemimpin tertinggi PAS termasuk Abdul Hadi dan timbalannya Nasharudin Mat Isa.

"Saya sendiri akan menjemput Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, timbalan presiden dan beberapa pemimpin PAS lain yang akan saya tentukan kemudian. Kenyataan tersebut dilihat oleh pendokong Pakatan Rakyat sebagai langkah pantas meredakan suasana.

"Pertemuan ini saya namakan mesyuarat ukhuwah (persaudaraan) yang akan menyelesaikan isu kerajaan perpaduan ini. "Buat masa ini masa, tarikh dan lokasinya belum lagi dapat ditentukan sama ada di Kuala Lumpur atau di Kelantan, bergantung kepada kesesuaian masa tetapi akan diadakan secepat yang boleh," kata Nik Aziz lagi.


AMK Bantah Wajib Lulus Bahasa Inggris

Johor Bahru - Angkatan Muda Keadilan (AMK) beranggapan isu mensyaratkan Bahasa Inggris mesti lulus untuk menentukan tahap lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sebagai agenda kerajaan melambat-lambatkan penyelesaian isu sebelumnya iaitu Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris ( PPSMI).

Timbalan Ketua AMK Pusat, Fariz Musa berkata di blognya, sekiranya cadangan ini dilaksanakan sudah pasti yang menjadi kesan ialah kepada para pelajar di luar bandar , desa dan pendalaman . Kajian terperinci adalah perlu dilakukan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia sebelum cadangan tersebut diimplimentasikan .

AMK mengharapkan agar pendidikan negara jangan dipolitikkan dan lebih ketara lagi apabila pendidikan di'niaga'kan bagi meraih keuntungan dan laba daripada kontrak pembelian komputer riba , perisian , projektor LCD , buku-buku dan sebagainya yang kononnya atas prinsip pendidikan negara atau memperkasakan BI kepada para pelajar , katanya lagi.

Zabidi Abas, Ketua AMK Johor berkata, "jika BI disyaratkan wajib untuk penerimaan ke universiti dan syarat penerimaan pinjaman ( kelolaan kerajaan) mungkin ada logiknya." Tambah beliau kerajaan Barisan Nasional kerap mengubal akta tanpa memikirkan kesan ekonomi negara serta bebanan ibubapa.

Zabidi menyelar Menteri Pelajaran atas cadangan itu kerana sengaja memainkan isu politik untuk masadepan anakbangsa. Ketika ditanya mengenai kesan kepada pelajar jika ianya diwajibkan, beliau berkata "pekara terpenting displin pelajar ditahap terburuk, jenayah pelajar perlu dititik-beratkan. Apa perlunya sijil yang baik jika negara sering dibelenggu oleh masalah displin dan jenayah yang mendadak meningkat."

Fariz berkata lagi diblognya, "AMK membantah cadangan tersebut dan meminta agar pihak Kementerian Pelajaran Malaysia bertindak secara rasional dan relevan dan jangan memperjudikan nasib para pelajar kita dengan dasar yang " setiap kali menteri baru mengambil alih , setiap kali dasar baru akan dicipta ". Para pelajar kita yang menjadi mangsa dengan kerakusan pimpinan UMNO yang tidak memikirkan nasib dan kemampuan para pelajar kita terutama para pelajar di desa , luar bandar dan pendalaman yang serba kekurangan ."

Sultan Johor Tidak Mahu Jambatan Ke-3

JOHOR BAHRU - Sebelum ini Perdana Menteri Malaysia dan Menteri Mentor Singapura telah membuat perbincangan mengenai Jabatan ke-3 antara Johor dan Singapura. Namun hari ini Sultan Johor Sultan Iskandar bertitah , Baginda tidak bersetuju dengan cadangan pembinaan jambatan ketiga antara Malaysia dan Singapura di bahagian Johor Timur.

Titah Sultan Iskandar itu disampaikan melalui Tunku Mahkota Johor Tunku Ibrahim Ismail semasa berucap mewakili ayahandanya pada perasmian persidangan Dewan Undangan Negeri Johor, di Kota Iskandar, Nusajaya.

"Saya dititahkan oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku bahawa Tuanku tidak setuju dengan cadangan untuk membina jambatan ketiga," kata Tunku Ibrahim Ismail.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini mengumumkan mengenai minat Singapura membina jambatan ketiga bersama Malaysia apabila hasrat itu dilahirkan oleh Menteri Mentor Singapura Lee Kuan Yew pada pertemuan mereka di Putrajaya.

Sebelum ini bekas Perdaana menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad juga melahirkan rasa tidak senangnya mengenai pembinaan jambatan tersebut. Mahathir berkata, Singapura hanya menentingkan diri sendiri dan hanya mahukan pasir dari Malaysia.

Dalam titah yang disampaikan menerusi Tunku Mahkota itu juga, Sultan Iskandar menasihatkan rakyat supaya menyambut langkah kerajaan untuk membina ekonomi yang maju.

"Sungguhpun ada masalah ekonomi pada masa kini, namun rakyat perlu yakin bahawa ekonomi negeri Johor ada asas-asas yang kuat," titah baginda.

AMK Johor Sedia Jentera Ke Manek Urai

Johor Bahru - Dalam kemelut Dewan Pemuda PAS dikatakan berlaku perpecahan dan beberapa negeri enggan menghantar jentera di Pilihanraya Kecil manek Urai, Ketua Angkatan Muda Keadilan Johor telah merancang menghantar jenteranya.

Sdr. Zabidie Abas, Ketua AMK PKR Johor ketika dihubungi Johor Daily memberitahu, " AMK Johor akan ke Manek Urai sekitar 4-5 Julai, insyallah". Beliau menambah lagi, "walaupun jumlahnya tidak ramai AMK Johor akan membantu."

Sehubungan itu beliau menyeru AMK negeri lain turut bersama membantu calon PAS yang akan bertanding pada 14 Julai nanti. Ketika ditanya mengenai jumlah jentera AMK Johor, beliau sedang mengumpulkan seberapa ramai dan akan berkerjasama dengan Dewan Pemuda PAS Johor.

Zabidie menjawab ketika ditanya mengenai peluang calon Pakatan Rakyat di DUN Manek Urai, " jika memandang remeh, kita akan menerima kekalahan seperti di Batang Ai".

Dalam perkembangan lain ketika ditanya mengenai had umur AMK kepada 35 tahun, Zabidie berkata, "Undi majoriti telah bersetuju, kita bukan Umno yang semua setuju semasa membuat keputusan kemudian bertelagah." tegasnya lagi.
.

Percaturan Dan Pertembungan

Pilihanraya Kecil DUN di Manek Urai bukan percaturan BN (puak sana) mahupun Pakatan Rakyat, begitu juga di DUN Penanti. Raykat (pengundi) yang menentukan adakah calon-parti itu layak untuk mewakili mereka dalam apa juga permasalahan.

Apa juga tanggapan 'puak sana' tentang Pakatan Rakyat, jelas dan terbukti iltizam 'puak sana' amat menzalimi rakyat Malaysia. Ekonomi Malaysia telah merundum, tetapi pesta-pesti masih berkumandang sana-sini. Kononnya untuk memangkinkan ekonomi dan mengalakkan perlancongan.

Adakah agenda berpesta itu berlaku di Singapura, Jepun, Korea, Jerman dan negera-negara lain untuk mengalakkan perlancongan dengan alasan memangkinkan ekonomi rakyat keseluruhan. Jelas ianya pembaziran.

Pilihanraya Kecil dahulu adalah 'Pesta' buat 'puak sana', kini menjadi sesautu yang menakutkan mereka. Pakatan rakyat bukan memfitnah, segalanya dengan bukti dan fakta. Pertembungan Pilihanraya Kecil, untuk rakyat menentukan 'ratio' pemerintahan semasa. '

Puak sana' bukan sahaja menindas rakyat, kezaliman lumrahnya menghasilkan kehancuran.

Zabidie Abas
http://amkj.blogspot.com
.

Nasaruddin Di Pelawa Menyertai UMNO

KUALA LUMPUR - Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa yang menjadi kemarahan Datuk Nik Aziz Nik Mat dipelawa menyertai UMNO.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, "Saya selaku Ketua Pemuda berpendapat bahawa sekiranya Nasharudin tidak lagi dihargai oleh Pas dan dihalau keluar, lebih baik beliau meneruskan perjuangan bersama UMNO."


Naib Ketua Pemuda Umno, Datuk Razali Ibrahim berkata, kenyataan Nik Abdul Aziz itu adalah perkara yang malang bagi parti berkenaan kerana ia akan menyebabkan mereka kehilangan pemimpin yang bijak.

Katanya, "Niat baik Nasharudin disalah terima oleh Menteri Besar Kelantan dan kenyataan yang dikeluarkan beliau itu sangat berat untuk diterima."Idea yang dicadangkan Nasharudin itu patut dikaji semula kerana beliau adalah seorang pemimpin yang bijak dan saya yakin tujuannya adalah untuk kebaikan semua dan beliau ikhlas dalam perjuangannya."


"BN sentiasa terbuka malahan sering mengadakan gerakan untuk menarik minat ramai dan kami menyambut baik penyertaan ahli baru terutamanya mereka yang mempunyai pucuk kepimpinan yang tinggi," katanya.


Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata, "Saya lihat tindakan Nasharudin tiada salahnya. Idea ini sepatutnya diterima dengan hati terbuka kerana ia mencerminkan pandangan majoriti ahlinya.


"Bersama siapa atau pihak mana perundingan kerajaan perpaduan harus dilakukan tidak perlu ditimbulkan. Apa yang penting adalah ia memberi kesan yang positif terhadap semua pihak terbabit dan bukan demi keuntungan individu. "Janganlah kita menutup atau menyekat kesemua jalan kebaikan yang kita rancang," katanya.


Lim Paksa Azmi Letak Jawatan

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang mahu Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Datuk Seri Azmi Khalid mengosongkan jawatannya semasa PAC menjalankan siasatan ke atas kes penyelewengan Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).


Kata Lim, Azmi perlu mengosongkan jawatan itu memandangkan timbulnya pertentangan kepentingan beliau sebagai seorang anggota Kabinet dari 2004 hingga 2008.


“Dalam tempoh itu, Kabinet membuat pelbagai keputusan mengenai PKFZ, termasuk meluluskan surat-surat sokongan untuk projek berkenaan.


“Surat-surat sokongan itu bagaimanapun dikeluarkan secara tidak sah di sisi undang-undang oleh dua orang bekas Menteri Pengangkutan iaitu Tun Dr. Ling Liong Sik dan Datuk Seri Chan Kong Choy,” dakwanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen di sini hari ini.


Sebelumnya, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia menolak usul yang dibawa oleh Kit Siang supaya ditubuhkan suruhanjaya diraja bagi menyiasat individu yang terbabit dalam penyelewengan Zon PKFZ.


Menurut Pandikar Amin, walaupun isu berkenaan berkepentingan awam, ia bukan sesuatu yang perlu disegerakan.


Bantahan Penebangan Pokok Bakau - SUAKAM

SUARAM cawangan Johor Bahru mendesak pihak berkuasa wajib menjawab persoalan yang dibangkitkan berikutan cadangan pembangunan industri petrokimia dan industri maritim yang melanggar polisi dan akta-akta.


[kenyataan akhbar SUARAM caw. JB pada 9hb Jun 2009]


Dua minggu selepas MB Johor Datuk Abdul Ghani melancarkan program penanaman anak pokok bakau di Stesen Janakuasa Tanjung Bin, Pontian, penebangan hutan paya bakau seluas 913 hektar untuk memberi laluan kepada pembangunan industri petrokimia telah bermula sepertimana yang telah dirancangkan. Tindakan pihak berkuasa yang tidak mempedulikan suara penduduk sekitar Mukim Serkat sebelum ini jelas apabila mereka mula menebang pokok bakau secara senyap-senyap. Ini juga jelas menunjukkan bahawa program pelancaran penanaman anak pokok bakau hanyalah suatu sandiwara pihak berkuasa untuk menipu rakyat bahawa kononnya kerajaan negeri Johor mencintai dan memelihara alam sekitar.


Pada 8 Jun 2009, lebih kurang jam 5:30 petang, kira-kira 50 orang penduduk kampung telah hadir dan mengadakan perarakan sejauh 500 meter ke tempat penebangan pokok bakau untuk membuat bantahan. Mereka yang menyertai himpunan aman ini bukan sahaja terdiri dari orang dewasa, bahkan turut disertai oleh anak-anak sekolah. Muka mereka dilukis dengan pelbagai imej spesis hidupan laut seperti ikan, kuda laut, penyu dan sebagainya. Ada juga yang memakai kad-kad dengan gambar ikan dugong, rumpai laut dan ada juga kad yang memaparkan mesej supaya penebangan pokok bakau ini dihentikan. Kain pemidang dengan perkataan “Kami SOKONG tanam Pokok Bakau, Kami BANTAH tebang Pokok Bakau” sekali lagi direntang oleh penduduk kampung dengan tujuan agar tuntutan mereka didengar oleh pihak berkuasa.


Pelbagai soalan perlu dijawab oleh pihak berkuasa. Antaranya termasuk:-


Soalan Pertama; Kawasan Sungai Pulai yang diitakrifkan sebagai Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS) tahap pertama tidak boleh digunakan untuk sebarang penebangan, pembalakan dan projek besar-besaran, tetapi bagaimana cadangan pembangunan industri petrokimia ini boleh diluluskan?


Soalan Kedua; pembangunan projek mega yang memerlukan penebangan hutan paya bakau melebihi 500 hektar perlu menjalankan kajian Detail Environmental Impact Assessment (DEIA), tetapi dimanakah kajian DEIA?


Soalan Ketiga; perlindungan kepada haiwan terancam seperti dugong dan kuda laut adalah wajib dibawah Akta Perikanan 1985. Pembangunan industri-industri berat seperti kilang petrokimia dan maritim di Sungai Pulai akan memusnahkan pokok-pokok bakau dan rumpai laut yang merupakan habitat bagi pelbagai hidupan laut, dan haiwan-haiwan yang mengalami kepupusan seperti dugong dan kuda laut. Apakah jaminan keatas pemulihan haiwan terancam dan pembekalan sumber laut di selatan Johor?


Soalan keempat; industri petrokimia memberi kesan ketara terhadap kesihatan penduduk yang tinggal berhampiran (lingkungan kurang dari 1km) akibat pelepasan polycyclic aromatic hydrocarbon (PAH) dan bahan toksik lain, Mengapa industri tersebut dicadangkan untuk dibina di lokasi kurang dari 1 km dari kawasan kampung di Mukim Serkat, Pontian?


SUARAM cawangan Johor Bahru mendesak kepada pihak berkuasa agar persoalan-persoalan diatas wajib dijawab kepada rakyat kerana cadangan projek petrokimia dan industri maritim di Sungai Pulai telah melanggar polisi dan akta-akta institusi kerajaan Persekutuan dan Negeri yang dirangka untuk menjamin perlindungan sumber asli dan kesihatan penduduk sekitar.


SUARAM cawangan Johor Bahru berpendapat bahawa segala pembangunan perlulah mengutamakan kepentingan rakyat dan juga nelayan-nelayan sekitar Mukim Serkat dan bukan hanya untuk kepentingan pihak korporat semata-mata serta tidak mempedulikan risiko kesihatan yang bakal timbul akibat aktiviti-aktiviti pembangunan Wilayah Pembangunan Iskandar yang diwar-warkan.


SUARAM cawangan Johor Bahru juga menyeru agar pihak berkuasa melibatkan peranan penduduk kampung dan nelayan secara langsung dalam segala proses perancangan pembangunan perairan Tanjung Bin supaya kepentingan dan hak mereka dapat dipertahankan.


Akhirnya kami menyeru kepada semua lapisan masyarakat, badan-badan NGO, parti-parti politik dan pihak media agar terus memberikan tumpuan kepada masalah-masalah akibat pembangunan Industri Petrokimia dan Industri Maritim ke atas penduduk kampung dan nelayan-nelayan sekitar Mukim Serkat.


Nyam Kee Han
Johor Branch Coordinator
http://suaramjb1.blogspot.com/